Sumber: Astro Awani

Setelah lama menyepi dalam gerakan politik tanah air, Datuk Ibrahim Ali bakal mewarnai landskap politik negara dengan parti barunya Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra). Putra telah mendapat kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 8 Mei yang lalu.

Ia merupakan satu lagi parti politik Melayu terbaru selepas kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum. Sebagai parti yang berlambangkang ‘tengkolok’ sudah pasti perjuangan utama Putra adalah untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Islam selaras dengan perlembagaan persekutuan.

Sumber: Malaysiakini

Dianggotai Bekas Pemimpin UMNO dan Bersatu

Selain beliau selaku Presiden parti itu, Putra turut dianggotai oleh mantan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Khalid Yunus sebagai timbalan parti dan mantan Naib Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman selaku pemimpin kanan.

Bagi memastikan roh perjuangan Melayu terus terpelihara, sebanyak 95 peratus perlembagaan Putra berasaskan perlembagaan UMNO lama yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Di saat pembangkang yang dibarisi oleh UMNO dan Pas mendapat sokongan kuat oleh pengundi Melayu pada beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu, kewujudan Putra dilihat seperti ‘mengganggu’ pengaruh Pas dan UMNO. Ini kerana asas perjuangan Putra tidak jauh beza dengan perjuangan UMNO dan Pas.

Parti Alternatif?

Sungguhpun Putra dikatakan menjadi parti alternatif atau ‘third force’ rakyat yang menolak Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), yang pasti perjuangan Putra lebih dekat bersama pembangkang.

Ini kerana Ibrahim Ali berkata, Putra hanya menumpukan sasaran mereka untuk menawan negeri Selangor dan Perak yang jelas milik PH. Walaupun dikatakan Putra mampu bekerjasama dengan mana-mana parti gabungan kerajaan, namun Putra telah menetapkan syarat untuk tidak bekerjasama dengan parti DAP.

Sumber: BFM

Mampukah Mempengaruhi Orang Melayu?

Sejuah mana hala tuju yang dapat digarap oleh Putra masih menjadi tanda tanya. Ini kerana mereka tidak mempunyai figura-figura penting politik yang mampu menarik segmen pengundi-pengundi Melayu sama ada pengundi muda atau pun tua, sama ada pengundi luar bandar atau pun bandar.

Sumber: RTM

Ditambah pula dengan kekecewaan Ibrahim Ali sendiri yang meletakkan jawatan selaku presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pada 16 Mei tahun lalu ekoran orang Melayu tidak menyokongnya.

Mungkin terlalu awal untuk mengatakan bahawa Putra tidak akan kekal lama dan bakal terkubur seperti mana parti lain yang diasaskan seperti Parti Bebas Rasuah yang ditubuhkan oleh Datuk Ezam Mohd Nor dan banyak lagi. Yang pasti, faktor kewangan menjadi cabaran utama Putra.

Kebimbangan Ramai Pihak

Sebagai sebuah negara demokrasi, sudah pastinya kewujudan parti-parti baru sangat dialu-alukan bagi menyuburkan lagi gelanggang demokrasi di Malaysia. Namun, bagi sesetengah pihak khususnya orang Melayu, ramai yang menzahirkan rasa kurang senang dengan kehadiran parti-parti baru Melayu.

Kewujudan parti Melayu yang baru hanya dilihat sebagai memecah-belahkan lagi politik  Melayu-Islam di negara ini. Untuk rekod, UMNO dan Pas merupakan parti utama orang Melayu, diikuti oleh Amanah dan Bersatu.

Sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) terdiri daripada majoriti orang Melayu, namun parti tersebut merupakan parti pelbagai kaum. Dengan kewujudan Putra ia bakal memecahkan lagi politik Melayu-Islam di negara ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Parti Putra bakal terkubur seperti mana parti-parti lain
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN