Jesnita’, ‘Alasanmu’, ‘Dirantai Digelangi Rindu’, ‘Untukmu Ibu’ antara lagu hits yang memperkenalkan kumpulan Exist.

Siapa yang membesar pada era 80-an dan 90-an pasti kenal dengan lagu-lagu yang dihasilkan oleh kumpulan itu.

Sumber:KOOL Fm

Kini, peminat-peminat Exist akan disajikan dengan lagu-lagu popular mereka dalam satu konsert Exists Reunion .

Akan tetapi muncul pula sedikit dugaan bagi kumpulan tersebut apabila vokalis utama kumpulan itu, Mamat ditangkap pihak polis kerana penyalahgunaan dadah.

Konsert Diteruskan Seperti Dirancang

Mamat telah pun dibebaskan dengan jaminan polis dan Mamat akan tetap beraksi dalam konsert tersebut seperti yang telah dirancang.

Sumber: Best FM

Penyanyi dan komposer Ajai mengakui ada hikmah disebalik isu yang berlaku terhadap Mamat. Ajai mengakui Mamat mempunyai masalah yang terpaksa ditanggungnya selama ini.

Konsert Exists Reunion ini buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalist iaitu Mamat dan Ezad.

 Konsert Exists Reunion bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019 dan Mes Theatre at Media Corp, Singapura pada 5 Oktober ini.

 Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket Konsert Exists Reunion ini boleh melayari laman web www.mytiket.asia.

 Tiket dijual pada harga RM 700, RM360, RM260, RM160 dan RM130.

Mamat Kurang Kasih Sayang Punca Terjebak Dadah?

Bagaimanapun, Ajai mempertahankan Mamat dengan menyatakan bahawa kumpulan berkenaan tidak akan menyingkirkan Mamat walaupun dia terjebak dengan dadah.

Menjelaskan hal tersebut, Ajai berkata Mamat terjebak dengan penyalahgunaan dadah adalah kerana dia kurang kasih sayang.

Sumber: Malaysia Gazzete

Memetik kenyataan di astro gempak, Ajai  menyatakan sebagai ‘brotherhood’  kumpulan Exist akan memberi peluang terakhir dan membantu Mamat untuk berubah.

Sayang kerana Mamat mempunyai bakat yang besar dalam industri ini namun menjadi rosak kerana najis dadah.

Mamat Minta Maaf Tak Akan Ulangi Lagi

Pembebasan Mamat dilakukan atas perbincangan pihak penganjur dengan pihak polis supaya Mamat dapat turut serta dalam konsert Reunion ini.

Sumber: PressReader

Bagi penganjur konsert Exists Reunion, Shirazdeen Karim, perkara itu dilakukan bagi memberi laluan kepada Mamat membuat persembahan pada konsert berkenaan termasuk memberi jaminan terhadap konsert yang akan berlangsung seperti yang dirancang.

Susulan itu, Mamat memohon maaf terutama kepada peminta-peminat Exist kerana kesalahan yang dilakukannya itu.

Dia menyesal dengan apa yang telah terjadi dan berjanji akan mengubah hidupnya supaya menjadi yang lebih baik pada masa akan dating.

“Singkirkan Mamat”

Rata-rata peminat kumpulan Exist mahu Mamat disingkirkan dari konsert tersebut kerana ia telah mencermarkan nama kumpulan itu.

Mereka melabelkan Mamat sebagai ‘sampah masyarakat’ yang tidak patut simpan kerana Exist antara kumpulan yang mempunyai peminatnya tersendiri.

Sumber: FB Astro Awani

Mereka menyatakan ini bukan kali pertama Mamat terlibat dengan dadah dan ketika dia menyertai Gegar Vaganza sebelum ini pun telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak produksi jadi mereka bimbang konsert yang bakal berlangsung nanti akan mengalami nasib sama.

“Tak Ada Mamat Tak Guna Reunion”

Bagaimanapun, ada peminat Exist yang tidak mahu isu dadah ini diperbesar-besarkan oleh pihak lain. Mereka mahu Mamat bersama dalam konsert itu nanti.

Mamat dikenali kerana suaranya yang merdu ketika menyanyikan lagu’ Untumu Ibu’.

Memang salah kerana menggunakan dadah, bagaimanapun ahli kumpulan tersebut juga memberi sokongan kepada Mamat dan diharap peminat-peminat yang lain juga turut memberi sokongan yang sama.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa Mamat patut disingkirkan?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN