Setiap kali menjelangnya perayaan Aidilfitri, setiap pereka fesyen pasti akan berlumba-lumba menghasilkan pelbagai jenis rekaan baju Melayu bagi memenuhi cita rasa pelanggan.

Sumber: Astro Awani

Belum pun reda fesyen kurta ala Superman, muncul pula satu lagi rekaan baju Melayu ala-ala kelawar di media sosial yang diperagakan oleh model lelaki dan wanita.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya motif sebenar disebalik rekaan ini tetapi apa yang pasti rekaan tersebut mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.

 

Seolah-Olah Patung Sawah

Walaupun rekaan baju Melayu itu direka dengan ukuran lebar pada bahagian lengan dan senteng pada bahagian badan, namun netizen masih tidak dapat menerima fesyen sebegini.

Sumber: meOw’s Blog

Malah, ada yang menyamakan rekaan baju tersebut dengan “patung orang” di sawah padi, selain menggelarkannya sebagai fesyen “tutup perut.”

Maklumlah, zaman sudah berubah. Kaum lelaki juga sudah mula menjaga penampilan dan ingin nampak berbeza daripada sebelumnya yang mana golongan muda masa kini lebih terbuka kepada budaya pemakaian yang kelihatan lebih “style” serta moden.

Namun, dalam pada keghairahan menghasilkan rekaan itu, janganlah pula anda mengubah reka bentuk baju Melayu hingga tampak keterlaluan yang seakan-akan memperli rekaan baju Melayu tradisional yang dihasilkan sejak zaman nenek moyang kita.

 

Pereka Fesyen Makin Ketandusan Idea?

Sumber: rojakdaily.com

Jika anda sedar, sekarang ini jubah, kurta antara yang menjadi pilihan ramai anak muda

Setiap tahun, apabila muncul rekaan baju yang sebegini, pereka fesyen yang akan dipersalahkan.

Yang si pemakainya juga, tidak terkecuali untuk dijadikan bahan lawak oleh ahli keluarga dan sanak-saudara di kampung.

Jika dilihat dari segi rekaanya, memang tidak dapat dinafikan pereka fesyen masa kini sudah hilang idea untuk menghasilkan rekaan baju Melayu tanpa mengubah rekaan aslinya.

Walaupun rekaan sebegini hanya untuk menarik minat anak muda sahaja namun hakikatnya ia telah memberi ancaman terhadap budaya dan warisan kita.

Sumber: maskulin.com.my

Anak-anak muda masa kini adalah penerus kepada generasi yang akan datang. Sekiranya mereka sering disogok dengan fesyen yang pelik-pelik, jangan terkejut jika suatu hari nanti fesyen tradisional ini hilang sebegitu sahaja.

Dalam hal ini, tidak salah berfesyen tetapi sekiranya anda merasakan fesyen itu sudah keterlaluan, seeloknya kita abaikan sahaja dan sama-sama mengekalkan pemakaian baju Melayu tradisional

Sekiranya generasi muda tidak bangga dengan baju tradisional Melayu, siapa lagi yang akan memartabatkan tradisi ini kalau bukan generasi kita?

Sekiranya masyarakat Cina dan India boleh mengekalkan baju tradisional mereka mengapa tidak kita?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah fesyen baju sebegini sesuai dipakai pada hari lebaran?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN