Hanya menagih simpati orang ramai untuk mendapatkan wang bagi menampung kos perjalanan ketika melancong di Malaysia.

Itulah yang dilakukan oleh pelancong asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini melalui satu video tular, dimana seorang bayi dilambung dan dihayun secara berbahaya oleh seorang ‘begpackers’.

‘Begpackers’ adalah istilah yang merujuk kepada golongan pelancong asing, yang meminta derma atau sumbangan (begging) daripada orang ramai untuk menampung kos perjalanan mereka.

Aksi ala-akrobatik yang dilakukan ke atas bayi yang hanya memakai lampin pakai buang itu turut dirakam seorang pemilik akaun Facebook, Zayl Chia Abdullah.

 

Melalui statusnya, Zayl marah dengan tindakan pelancong berkenaan yang dipercayai untuk mendapatkan sumbangan bagi menampung kos pengembaraannya.

Sumber: FB Zayl

Turut kelihatan, seorang lagi wanita asing yang bermain alat sejenis muzik.

Dia juga menggesa pihak berkuasa polis mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan dan berharap bayi itu tidak mengalami kecederaan.

 

Penguatkuasaan Lemah, Tiada Tindakan Tegas

Kebanyakan netizen mengecam tindakan berkenaan dan meminta supaya pihak berkuasa memantau kumpulan pelancong berkenaan yang dilihat mengeksploitasi anak mereka sendiri bagi tujuan meraih simpati.

Mereka mendakwa tindakan itu bukan sahaja berbahaya kepada fizikal bayi berkenaan sebaliknya boleh mendatangkan kecederaan dalaman termasuk kepada perkembangan otak bayi yang dikhuatiri mengalami gangguan.

Sumber:FMT

Menurut mereka, tindakan menghayun itu sesuatu yang tidak boleh diterima dalam masyarakat.

Kalau warga asing, ke­napa pihak berkuasa tidak ambil tindakan tegas­
terhadap mereka kerana me­lakukan kegiatan me­nge­mis di negara ini? Ini bukan soal permit ker­ja, tetapi mereka telah me­ngambil kesempatan atas kemurahan hati rakyat Ma­laysia.

 

Sumber:mStar

Hari demi hari jika pihak berkuasa kita membiarkan mereka mengemis tanpa kawalan, nama negara akan busuk. Para pelancong akan beranggapan pengemis itu adalah rakyat tempatan.

Malulah kita sebagai rakyat Malaysia, sudah lama kegiatan mengemis dibiar tanpa kawalan. Samalah macam penyakit tibi dan sebagainya. Yang dahulu dapat dikawal tetapi sekarang penyakit seperti ini timbul kembali.

Hakikatnya sudah tidak banyak rakyat kita yang mengemis. Kalau ada pun cuma golongan kurang upaya atau cacat penglihatan yang bermain muzik atau menjual kertas tisu. Itu pun tidak boleh dikategorikan mengemis sebab mereka mengadakan persembahan atau menjual barangan. Mereka pun malu untuk meminta sedekah.

Sumber:YouTube

Diharap pihak berkuasa peka dengan keadaan ini, jangan hanya zalim pada rakyat sendiri, tegas juga pada warga asing yang berleluasa di negara ini.

Tiada Aduan, Tiada Tindakan Akan Dibuat

Susulan video tular itu, polis berkata ia tidak akan mengambil tindakan ke atas lelaki Rusia yang video aksinya “melambung” seorang bayi tular di media sosial semalam selagi tiada laporan dibuat.

Sumber:Astro Awani

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mana-mana pihak yang bertanggungjawab perlu tampil untuk mengesahkan kejadian itu.

Mazlan berkata, sekiranya perbuatan itu melibatkan bayi atau kanak-kanak, maka pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengambil tindakan.

Beliau turut berkata, jabatan itu perlu mengambil tanggungjawab utama kerana ia melibatkan kanak-kanak.

Nampaknya, kena tunggu aduan dan laporan polis dibuat beramai-ramai, barulah polis bertindak. Nampaknya, kes sebegini dipandang sepi oleh pihak berkuasa.

 

Malaysia ‘Sarang’ Pengemis Asing

Kalau sebelum ini kita hanya melihat pengemis di kalangan rakyat Malaysia, iaitu Melayu, Cina Dan India yang benar-benar susah, tambahan pula yang hidup di bandar.

Sumber:Utusan Online

Sekarang, secara terangan kita boleh bezakan peminta sedekah warga tempatan dengan rakyat asing. Ka­lau rakyat kita, mereka tidak minta dengan tangan ko­song, ada barang sebagai pertukaran dan biasanya kertas tisu.

Sumber:Suara Insan

Tetapi sekarang, kaedah yang sama juga diguna pakai oleh pengemis asing, selain taktik biasa yang tunjuk kecacatan diri atau anak kecil yang asyik tidur di ribaan wanita pengemis.

Kegiatan mengemis di negara kita seolah-olah ti­dak ada noktah. Kadar rakyat yang miskin di Malaysia sudah tidak banyak. Kalau miskin dan papa sekali pun, mereka tidak minta sedekah. Siapa yang jadi peminta sedekah sekarang? Rakyat Malaysia atau rak­yat asing?

Cukup tempoh perjalanan mereka di negara ini, mereka perlu balik ke negara asal, kemudian datang semula untuk mengemis. Tidak adakah rekod individu pengemis asing ini dalam pangkalan data Jabatan Imigresen supaya kedatangan mereka semula dapat dipantau.

 

Kesan Buruk Pada Imej Negara

Jika sebelum ini kita mungkin biasa melihat pengemis yang duduk di kaki-kaki lima bangunan, tetapi kini senarionya berbeza.

Sumber:mStar

Bagi mereka yang biasa ke luar negara terutama Jakarta, Manila, Mumbai dan beberapa bandar besar di dunia ketiga yang lain, senario pengemis mengetuk cermin kereta ketika berhenti di lampu isyarat mungkin perkara biasa.

Tetapi, kini ia sudah menular ke negara ini. Sebenarnya, isu pengemis di negara ini tidak pernah selesai walaupun pelbagai usaha dan tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Tetapi apa yang membimbangkan hari ini, aktiviti mengemis ini bukan semakin berkurangan bahkan ‘berkembang’ dan menukar operasinya dengan mengemis di jalanan terutama di sekitar persimpangan lampu isyarat.

Golongan ini dengan beraninya mendekati dan mengetuk pintu satu demi satu kenderaan yang berhenti ketika lampu merah bagi meminta sedekah dan sesetengahnya berselindung di sebalik aktiviti menjual pen dan ayat suci al-Quran.

Tidak kurang juga ada yang memancing simpati dengan menunjukkan kekurangan fizikal mereka seperti cedera atau kudung tangan dan kaki.

Senario ini jika dibiarkan berterusan pasti akan mengubah wajah Kuala Lumpur dan ia bakal menjadi kota pengemis.

Ke mana-mana sahaja kita pergi sekarang ini, sama ada ketika makan bersama keluarga dan berhenti di lampu isyarat, kita akan di sapa oleh pengemis. Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai ‘lubuk rezeki’ bagi peminta sedekah.

Tidak salah sekiranya ingin menghulurkan bantuan tetapi rasanya lebih elok jika disalurkan kepada pihak yang sesuai supaya wang yang dihulurkan itu benar-benar memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Malah, lebih mengejutkan ada kalangan pengemis asing ini meminta sedekah sehingga mendapat ribuan ringgit sehari.

 

Rakyat Malaysia Pemurah

Boleh dikatakan sikap rakyat Malaysia yang suka menderma antara faktor yang menyumbang kepada kedatangan pengemis antarabangsa ini.

Sumber:Majalah Dunia

Memanglah agama apa sekalipun menggalakkan umatnya bersedekah. Tetapi kena berpada-pada jangan sampai ia membuka ruang dan peluang untuk dieksploitasi oleh pengemis atas kebaikan kita.

Sebelum negara kita menjadi lokasi utama sindiket pengemis antarabangsa, hentikanlah memberi wang kepada pengemis warga asing. Jangan lekatkan fahaman dalam otak mereka bahawa begitu mudah mendapat wang daripada rakyat Malaysia.

Sumber:Wanista.com

Memang tidak wajar kita menghukum semua pengemis adalah sama hanya berdasarkan kepada dua tiga penemuan kes pengemis menipu.

Namun diharapkan ketegasan pihak berkuasa yang berkenaan amat dituntut supaya menjaga imej Malaysia.

Dan kita harapkan badan-badan yang dipertanggungjawabkan menjaga golongan miskin nampak belum kemas pentadbirannya hingga masih wujud peminta sedekah yang seolah-olah memperlihatkan kebajikan mereka diabaikan lalu terpaksa minta sedekah di tempat awam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah memberi wang kepada pelancong asing untuk menampung kos perjalanan mereka?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN