Melihat kepada perkembangan positif industri koko negara yang semakin meluas, negara kita sama sekali berpotensi untuk dibangunkan menjadi hub coklat Asia pada masa depan.

Sumber: Bernama

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim yang mengatakan industri koko negara sememangnya memiliki potensi besar untuk menjana pulangan ekonomi baru buat negara.

Bukan itu sahaja, industri penanaman koko ini juga pada masa yang sama dilihat mampu membantu petani koko mengupayakan hasilnya disamping meningkatkan permintaan dalam pasaran tempatan.

Namun, lain pula jadinya apabila apa yang diperkatakan Teresa dipersoal netizen di media sosial yang mendesak kementerian tersebut supaya menyelesaikan isu kelapa sawit terlebih dahulu berbanding isu koko.

 

Industri Koko Juga Tidak Harus Diketepikan  

Cubalah berfikiran terbuka sikit.

Permintaan pasaran tempatan kita bukan hanya bergantung kepada sesebuah industri itu sahaja tetapi banyak lagi industri lain perlu diberi perhatian dari kementerian.

Meskipun sekarang ini, ramai yang tidak berpuas hati dengan nasib industri kelapa sawit yang kian terancam disebabkan keputusan Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis melarang bahan api-bio sawit memasuki Kesatuan Eropah (EU) bermula 2021.

Sumber: Toodia

Namun, janganlah disebabkan isu tersebut, kita melupakan nasib industri lain yang turut sama berpotensi besar untuk dimajukan.

Mana tidaknya, industri koko juga mampu mendatangkan hasil lumayan memandangkan harga koko mencecah RM9 sekilogram atau RM8,900 bagi satu tan.

Jadi tidak hairanlah, para pekebun kecil masa kini digalak untuk menanam serta mengusahakan koko untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka tanpa perlu bergantung kepada satu industri sahaja.

 

Jangan Pandang Rendah Coklat Tempatan

Sebenarnya, jika penanaman koko ini diperluaskan lagi, tiada apa yang mustahil untuk Malaysia menjadi hub coklat Asia dengan pembukaan muzium coklat sama seperti muzium di negara luar.

Sumber: Siakap Keli

Jangan ingat di luar negara sahaja yang mempunyai muzium coklat, Malaysia juga sebenarnya mempunyai banyak muzium coklat yang menempatkan coklat berjenama tempatan.

Antaranya coklat Beryl’s, Vochelle, Grandeur, Munchy’s, Alfredo dan banyak lagi yang produk yang  berjaya menembusi pasaran luar negara.

Bayangkan sekiranya kuantiti koko dipertingkatkan lagi, industri ini pasti akan mendapat banyak permintaan sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Lebih-lebih lagi apabila adanya kilang coklat yang ditempatkan di kawasan tarikan pelancong, ianya pasti dapat memberi nilai tambah terhadap industri koko di negara ini.

Mengambil contoh di Indonesia, mereka sama sekali bangga dengan industri kopi luwak yang dihasilkan sehingga mendapat banyak tempahan dari negara luar.

Jadi, sekiranya negara kita memiliki kelebihan dalam industri koko, apa salahnya ia dibangunkan untuk menjadi satu industri yang lebih gah dan mantap selepas ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah dengan menjadikan Malaysia sebagai hub coklat Asia mampu menjana pulangan ekonomi baharu buat negara?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN