Keraguan ibu bapa masa kini untuk memberi suntikan vaksin dan imunisasi terhadap anak semakin menjadi-jadi.

Sumber: Astro Awani

Malah, keraguan mengenai status halal vaksin itu juga menjadi punca utama segelintir ibu bapa menolak vaksin tersebut.

Tetapi tanggapan tersebut pastinya bakal dihakis memandangkan kilang vaksin halal pertama bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Keputusan itu bukan sahaja mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa tetapi juga bakal menempatkan Malaysia sebagai peserta antarabangsa dalam pengeluaran vaksin halal.

Jadi, adakah negara kita sudah bersedia?  

 

Hakis Tanggapan Elemen ‘Haram’

Isu mengenai soal halal atau haram sesuatu vaksin itu pernah menjadi topik hangat sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga ada ibu bapa yang terpengaruh mengenai dakwaan tersebut.

Sumber: CNN Indonesia

Apa yang membimbangkan, terdapat juga sekumpulan golongan ‘anti-vaksin’ ini cuba untuk menyebarkan fakta yang tidak benar mengenai kandungan vaksin itu sendiri yang dikatakan menggunakan asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir serta bakteria yang tidak baik untuk kesihatan.

Jadi, sudah pasti ramai ibu bapa khuatir akan fakta tersebut walaupun sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa pihaknya telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sampel vaksin bagi memastikan tiada sampel yang mengandungi DNA khinzir seperti yang digembar-gemburkan itu.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga sudah mengeluarkan fatwa bahawa vaksin yang dihasilkan di negara ini adalah halal dan telah mendapat kelulusan daripada semua pihak.

Sumber: https://www.bbc.com/indonesia

Namun, masih ada segelintir ibu bapa yang tidak yakin sekaligus enggan membenarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Adakah mereka tidak sedar, bahawa tindakan tidak memberi suntikan vaksin itu, boleh mengancam nyawa anak mereka sendiri?

 

Salah Faham Punca Ibu Bapa Tolak Vaksin

Dalam hal ini, salah faham mengenai vaksin menjadi punca mengapa ramai ibu bapa menolak suntikan tersebut.

Sumber: https://iluminasi.com

Antara salah faham tersebut termasuk andaian yang mengatakan imunisasi tidak berkesan memandangkan susu ibu adalah sumber antibodi terbaik untuk anak.

Sekiranya tiada penyakit berjangkit yang menular maka vaksin tidak perlu diberi kepada anak, vaksin mengandungi bahan merbahaya yang merosakkan perkembangan anak, vaksin mendatangkan kesan sampingan dan membahayakan kesihatan dan vaksin adalah haram di sisi Islam.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, tanggapan seperti itu sama sekali tidak boleh diterima kerana ia bakal meletakkan diri anak dalam bahaya.

Sumber: bldaily.my

Mana tidaknya, bayi serta kanak-kanak berpotensi besar untuk mendapat 12 jenis penyakit berbahaya seperti difteria, beguk, HPV, demam campak, rubella, tetans, polio, batuk kokol serta lain-lain lagi.

Melihat kepada kes difteria yang berlaku baru-baru ini hingga meragut nyawa seorang kanak-kanak dua tahun di Johor yang disahkan tidak pernah menerima suntikan vaksin difteria itu sewajarnya menjadi teladan kepada ibu bapa di luar sana.

Jangan sampai berlaku perkara yang tidak diingini, barulah hendak insaf.

Mungkin, selepas tertubuhnya kilang vaksin halal pertama, tiada lagi alasan daripada ibu bapa untuk tidak memberi suntikan vaksin dan imunisasi kepada anak mereka. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kerajaan menubuhkan satu kilang vaksin yang halal ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN