Melihat kepada satu kajian yang dilakukan oleh ValueChampion baru-baru ini, negara kita merupakan antara negara kelima yang paling selamat untuk wanita menetap di 14 negara Asia Pasifik di kawasan bandar-bandar utama.

Sumber: The Vocket

Jika dilihat daripada senarai negara yang paling bahaya untuk wanita duduki pula, negara kita tersenarai di tempat ke-10 daripada 14 negara Asia Pasifik itu. 

Kajian itu turut menyatakan Singapura dan New Zealand antara negara yang tersenarai di tempat pertama bagi negara yang selamat diduduki untuk wanita yang merangkumi aspek keselamatan, kesihatan serta peluang diberi kepada wanita.

Melihat kepada aspek itu, Malaysia juga sama seperti negara jiran, Singapura tetapi mengapa ia masih terpalit dengan risiko bahaya?

 

Perkosaan Perkahwinan, Gangguan Seksual Dan Keganasan Rumah Tangga

Melihat kepada perihal isu rumah tangga yang sering dipaparkan di media sosial serta di akhbar sekarang ini, memang tidak dinafikan lagi kes keganasan rumah tangga di negara ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Sumber: Astro Awani

Dan yang terbaru, semalam, baru sahaja dilaporkan satu kes keganasan rumah tangga yang mana seorang pemandu lori direman selepas dipercayai mencederakan isterinya dengan menggunakan penyodok sampah.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua-dua pasangan ini sedang bertengkar sebelum berlaku perselisihan faham hingga menyebabkan lelaki berkenaan bertindak menyimbah minuman panas ke dada isterinya sebelum membaling penyodok ke  arah mangsa hingga menyebabkan kecederaan di dahi (20 jahitan).

Sumber: Harian Metro

Itu belum lagi diambil kira dengan kes ganguan seksual melibatkan golongan wanita baik di tempat kerja dan juga di tempat awam.

Bagi kes yang melibatkan perkosaan perkahwinan, masih ada wanita yang sudah berkahwin diperkosa oleh pasangannya tanpa kerelaaan hingga menyebabkan luka, lebam atau calar pada tubuh wanita tersebut.

Walaupun kes ini tidak termasuk dalam definisi merogol namun perbuatan itu boleh disifatkan sebagai perbuatan ganas yang menafikan hak asasi serta kebebasan asas wanita.

 

Ketahui Hak Wanita, Jangan Berdiam Diri  

Sumber: https://memahamiwanita.weebly.com

Bagi wanita yang pernah berada di dalam ketiga-tiga senario ini, anda jangan risau kerana di Malaysia, terdapat hak dan undang-undang yang melindungi golongan wanita sekiranya berlaku jenayah kekerasan.

Dalam hal ini, sekiranya seseorang wanita itu dikasari lelaki, mereka perlu membuat laporan kepada pihak berwajib.

Jangan berdiam diri kerana takut untuk melaporkan kekerasan itu kerana lambat laun kekerasan yang dilakukan oleh lelaki boleh menjadi lebih parah lagi apabila mereka mulai naik tangan.

Bagi wanita yang mengalami gangguan seksual, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan merakam perbuatan si pelaku.

Sumber: ProjekMM

Selepas ada bukti, buat laporan kepada pihak berwajib seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau terus ke balai polis berhampiran kemudian ke hospital bagi membuat pemeriksaan kesihatan.

Kalau takut, minta tolong saksi dan perlu diingatkan wanita ada banyak saluran seperti Talian Nur dan pertubuhan bukan kerajaan wanita.

Dalam hal ini, seseorang wanita itu perlu tahu bahawa mereka sebenarnya dilindungi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1995 (Akta 514).

Apa sahaja hak dan undang-undang yang diwujudkan bagi melindungi wanita bukannya bertujuan untuk menyebelahi mereka tetapi disebabkan wanita adalah kaum yang lemah dan wajar untuk dilindungi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda berpuas hati dengan hak dan undang-undang yang melindungi wanita di negara ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN