Tular baru-baru ini di media sosial tentang kanak-kanak yang berusia 10 tahun di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan idea lintasan pejalan kaki tiga dimensi (3D). Tindakan mereka adalah bertujuan untuk menarik perhatian pemandu kenderaan untuk memperlahankan kenderaan.

Idea tersebut tercetus ekoran seorang kanak-kanak nyaris dilanggar oleh sebuah kereta. Berang dengan keadaan itu, Isa dan Eric hadir ke Pusat Kewarganegaraan dan Tanggungjawab Sosial dengan membawa idea tersebut.

Sebuah organisasi anak muda bersama artis tempatan Nate Swain telah merealisasikan hasrat tersebut. Melalui foto WBZ, lintasan pejalan kaki 3D yang telah siap dilukis jelas seakan-akan seperti bongkah kayu berwarna putih yang sebenar.

Sumber: Sinar Harian

Buatkan Pemandu Lebih Berhati-Hati

Ini sudah tentunya membuatkan pemandu yang melalui kawasan tersebut lebih berhati-hati lantas akan memperlahankan kenderaan. Idea bernas ini dijangka bakal digunakan di beberapa lintasan pejalan sekolah di Medford bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya membabitkan pejalan kaki.

Selain AS, idea sama turut diaplikasikan di Singapura. Memetik laporan Mynewshub, pihak berkuasa Singapura menjadikan rekaan lukisan 3D jalan raya sebagai penanda jalan terbaru. Tindakan tersebut dilakukan bagi tujuan menggalakkan pemandu mengurangkan kelajuan kenderaan di kawasan-kawasan tertentu.

Sumber: Bazookapenaka

Berdasarkan Kajian Singapura Dapat Kurangkan Kemalangan

Malah, kadar kemalangan dalam Zon Perak dijangka dapat mengurangkan hampir 75 peratus daripada purata 14 kes setahun kepada hanya empat kes setahun.

Jika diluar negara ia diguna untuk tujuan keselamatan lain pula ceritanya di Malaysia. Lintasan pejalan kaki 3D telah diperkenalkan di Kampung Jembal, Kuala Nerus, Terengganu semenjak tahun 2017 lagi. Berdasarkan laporan Harian Metro, idea tersebut telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Kuala Nerus bagi menarik perhatian orang ramai.

Sumber: Harian Metro

Untuk Tarik Pelancong

Selain menarik perhatian orang ramai, ia juga merupakan satu langkah memperkenalkan pelukis berkemahiran dari Terengganu kepada masyarakat luar. Jelas, idea tersebut diterima ramai, malah kawasan perkampungan Jembal telah menjadi tarikan pelancong dengan adanya lukisan 3D.

Malangnya, idea penggunaan rekaan pejalan kaki 3D di Malaysia hanyalah sekadar seni dan tarikan pelancongan, bukan bertujuan meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan pejalan kaki.

Sumber: Siakap Keli

Tiada Usaha Untuk Diperkasakan Rekaan 3D

Ini kerana, tidak ada apa-apa usaha oleh pihak yang bertanggungjawab dalam mempertingkatkan tahap keselamatan orang awam di sebalik rekaan lukisan 3D. Sedangkan lukisan pejalan kaki 3D mampu diperkasakan penggunaannya dengan penambahan ciri-ciri keselamatan.

Sekiranya idea tersebut benar-benar direalisasikan dengan tujuan mempertingkatkan tahap keselamatan, sudah tentu idea rekaan pejalan kaki 3D dikaji untuk penambahbaikkan jalan raya di Malaysia. Malah, penggunaan rekaan 3D juga diperluaskan ke seluruh negara khususnya di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Pemandu Tidak Lagi ‘Lut’ Peraturan

Yang pasti ketika ini, sebanyak mana peraturan jalan raya di Malaysia hari ini, rakyat khususnya pemandu kenderaan amat sukar untuk mematuhi peraturan jalan raya. Lebih-lebih lagi dalam menghormati hak golongan pejalan kaki dalam mendapatkan akses keselamatan melintasi jalan.

Sumber: Pulsk

Pihak berkuasa wajar memikirkan solusi terbaik di sebalik tarikan lukisan 3D dalam mendidik golongan pemandu untuk bertimbang rasa di jalan raya. Penggunaan lukisan 3D berbentuk lubang-lubang di jalan raya misalnya mampu mengurangkan kadar kelajuan pemandu. Perkara ini perlu diteliti dengan lebih lanjut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, mampukah lakaran 3D jalan raya mengurangkan kadar kemalangan?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN