Sumber : Hangat.com

Tiada pasangan yang mahu mengakhiri bahtera perkahwinan mereka dengan perpisahan dan penceraian.

Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah mempunyai cahaya mata bersama, pasti banyak faktor yang perlu diambil kira seperti kos kehidupan yang perlu ditanggung selepas bercerai malah kesan penceraian itu sendiri terhadap emosi dan kehidupan anak-anak mereka.

Namun, jika benar sesebuah ikatan perkahwinan itu sudah tidak boleh diselamatkan lagi, terpaksalah jalan perpisahan dipilih agar kedua-dua pihak tidak menderita.

Bagi sesetengah wanita, penceraian bermaksud tamatlah kehidupan mereka.

Tiada lagi kebahagiaan yang akan ada untuk mereka, mereka akan dibiarkan hidup terkontang-kanting bersama anak-anak malah penceraian adalah permulaan kepada titik hitam hidup mereka.

Nafkah Dari Bekas Suami

Dan antara perkara yang paling ditakuti mereka ialah bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan selepas mereka diceraikan si suami.

Makan, pakai dan tempat tinggal untuk diri dan anak-anak? Lebih parah apabila mereka merupakan suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai sijil mahupun apa-apa kelayakan yang boleh digunakan sebagai modal untuk mencari kerja.

Dan dengan duit nafkah bulananlah mereka bergantung hidup, namun malangnya bukan semua bekas suami menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Terlalu ramai yang begitu liat bab melunaskan nafkah anak-anak walaupun sudah mendapat perintah mahkhamah, mereka tetap buat tidak tahu sahaja.

Malahan ada juga yang sangat kedekut dalam menetapkan nafkah bulanan mereka sedangkan mereka bergaji dan berpangkat besar.

Perkongsian yang dibuat di laman Facebook ini menerima reaksi ramai orang dek kerana tindakan bekas suami yang membuat cadangan jumlah nafkah untuk si anak terlalu sedikit.

Anda rasa patut ke cadangan tersebut diluluskan pihak makhamah? RM2 dapat makan apa zaman sekarang ni? 

 

Liat Bayar Nafkah, Akaun Bank Akan Disekat

Sebelum bercerai, nafkah isteri dan anak wajib ditanggung oleh suami. Namun selepas bercerai, suami hanya wajib menanggung nafkah si isteri dalam tempoh iddah  sahaja.

Bagi si anak, ada pelbagai tuntutan yang boleh dibuat si ibu kepada bekas suami bagi memenuhi keperluan si anak. Contohnya, nafkah makan minum, pakaian, persekolah, perayaan dan juga wang saku.

Dan setiap daripadanya boleh dicadangkan oleh si ibu sebanyak mana yang mahu dituntut dan diserahkan kepada pihak makhamah untuk dipertimbangkan.

Namun setiap jumlah nafkah yang ditetapkan oleh pihak makhamah akan turut mengambil kira kemampuan si bapa samada mampu atau tidak untuk menyediakan tuntutan yang dibuat.

Setiap keputusan yang dikeluarkan pihak makhamah wajib dilaksanakan oleh si bapa bagi mengelakkan sebarang sekatan dibuat samada ke atas harta mahupun akaun bank mereka.

Awal Januari 2019, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud mendesak undang-undang untuk menyekat akaun bank milik bekas suami yang culas membayar nafkah diperkenalkan dan dikuatkuasakan agar dapat mengelak masalah ini daripada berterusan sekaligus dapat membela kaum wanita yang tidak mempunyai suara dalam menuntut hak mereka.

Malah Dr Mujahid Rawa juga turut menyokong pelaksanaan ini.

 “Jadi kita perlu ada penguatkuasaan yang lebih tegas supaya mereka tahu bahawa keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguatkuasaan ke atas diri mereka,” katanya.

 

Lepas Di Dunia, Akhirat Belum Tentu

Apabila sesuatu nafkah itu tidak dilunaskan ianya akan menjadi hutang yang mengunung dan akan dibawa ke akhirat dan dihisab kelak.

Bagi muslim, pasti ramai yang sedia maklum akan hukuman yang menunggu orang-orang yang tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dan hukuman bagi orang yang berhutang.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi: “Dan hak-hak isteri ke atas kamu (suami) hendaklah berbuat baik ke atas mereka (isteri-isteri) dan kewajipan ke atasmu memberi makan dan pakaian mereka menurut yang sesuai.”

Ianya dituntut keras di dalam Islam dan tidak wajar dipelekehkan sesuka hati. Jika benar anda tidak mampu, jelaskanlah perkara yang sebenarnya dan jangan membiarkan anak-anak terkontang-kanting menjalani kehidupan bersama ibu mereka.

Mungkin anda boleh terlepas bebas sekarang, tapi di akhirat kelak tiada peluang untuk anda lari lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN