Niat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengimbau kenangan sewaktu kecil di laman sosial miliknya telah dikecam hebat warganet.
Rata-rata pengguna media sosial dilihat kurang senang dengan gambar yang dimuatnaik Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu yang sedang menikmati makanan masak lemak siput sedut.
Gambar itu dikatakan diambil selepas menteri itu membuat lawatan mengejut ke Malaysian Future Leaders School Batch 2 di Negeri Sembilan.
Syed Saddiq Cuma Teringat Nostalgia Waktu Kecil
Difahamkan, keadaan Syed Saddiq ketika itu kurang sihat dan beliau dikatakan demam.
Siput sedut masak lemak itu merupakan masakan ibunya ketika beliau jatuh sakit waktu kecil. Beliau hanya mengimbau nostalgia sewaktu dijaga ibunya ketika demam.
Sesiapa pun apabila sakit atau tidak sihat pasti akan teringat masakan ibu mereka. Tidak kiralah anda itu siapa, takkanlah nak imbau nostalgia itu salah.
Fikir Soal Rakyat, Bukan Asyik Makan
Boleh dikatakan sebilangan besar warganet mengecam gambar menteri sukan itu dan menyifatkan ia tidak sewajarnya ditunjukkan di khalayak umum.
Mereka mahu menteri itu memikirkan soal kebajikan dan janji-janji menteri berkenaan kepada pengundi di kawasan Muar.
Memang beliau seorang menteri perlu fikirkan soal rakyat. Namun, takkan tiada waktu rehat dan makan.
Macam-macam rakyat Malaysia hari ini, menilai berdasarkan gambar berkenaan tanpa mengetahui situasi sebenar.
Kalau Syed Saddiq pergi melancong agaknya kena kecam lagi teruk daripada ini.
Tiada Selera Makan
Apabila kita sakit atau demam, mestilah kita akan hilang selera makan dan sebagainya. Tak lalu nak makan apa-apa. Mungkin Syed Saddiq sudah telan panadol untuk kurangkan demam atau pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Makan siput sedut tak ada masalah pun, itu mungkin selera beliau nak makan siput sedut masak lemak. Setiap orang kan selera berbeza-beza.
Bebas Bersuara Bukan Bermaksud Bebas Mengecam
Rakyat semakin bebas bersuara dan memberi pandangan mereka, kalau kritikan membina dan ada pandangan yang lebih positif itu adalah lebih baik.
Namun, rakyat lebih bebas menghina dan mengecam menteri-menteri terutama kalangan menteri-menteri kerajaan PH.
Rakyat Masih Tuntut Janji, Apa Menteri Buat Pasti Jadi Isu
Mereka tuntut janji-janji yang dilafazakan oleh kerajaan PH. Sehingga hari ini, janji itu dikatakan tidak menepati apa yang diumumkan.
Dalam menuju ke Malaysia yang lebih maju, rasanya rakyat perlu lebih berfikiran terbuka dan memandang ke hadapan. Berikan kerajaan masa untuk ubah semua ini.
Lepas ni siapa deman tak yah g klinik dah tak yah makan ubat, makan siput sedut jer deman pasti pulih dgn cepat, bagus petuan ni, maju lah siput utk negara,
— Ewan Pasir Mas (@EwanPasir) April 17, 2019
Mcm sial punya tajuk berita.. rakyat xnak dgr ko makan apa mangkuk.. yg rakyat nak masalah rakyat selesai.. life cost turun, org muda nak rumah murah.. minyak turun.. ko punya sembang seblum jd menteri lebat...bukan ko makan siput sedut.. menyirap plk aku
— Mr.RugbyCoach (@rugbyloverno8) April 17, 2019
Mahasiswa ikat perut, dia makan lauk harga mahal bila demam!
— azmyklanajaya (@azmyklanajaya) April 17, 2019
Dulu cabar #bossku hidup dengan gaji RM1500 sebulan, sekarang menteri siput ni gajinya dibayar dengan duit rakyat RM50,000 lebih sebulan.
Dah tak nak sawan seru orang suh hidup dengan gaji RM1500 ke?
🐷 pic.twitter.com/Ao9wVrxhwq
tak tahu pulak siput boleh sembuhkan demam....YB, siput banyak parasites..kot demam lega, sakit lain pulak dapat...kurangkan makan siput. https://t.co/XLyiuhqtwT
— Reef Pendragon (@zhariframli) April 17, 2019