Sebut sahaja mee segera sudah pasti setiap orang mengenalinya, dari golongan kanak-kanak sehinggalah warga emas. Boleh dikatakan bahawa mee segera merupakan makanan popular rakyat Malaysia kerana mudah disediakan tanpa perlu memasak. Ditambah pula dengan harganya yang sangat murah sekitar RM3 – RM7.

Sumber: Twitter Ah Yeah

Makanan Utama Pelajar

Makanan ini sudah pasti menjadi makanan rutin bagi golongan pelajar dan mahasiswa sewaktu di kampus. Ini kerana mereka perlu mengikat perut untuk berjimat-cermat bagi meneruskan kelangsungan hidup di kampus.

Kalau bercerita tentang bahaya dan kemudaratan pengambilan mee segera sudah pasti ramai yang tahu. Walau bagaimanapun mungkin ramai tidak tahu pemakanan mee segera boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gay! Patutlah dunia hari ini semakin gila dengan bertambahnya golongan (Lesbian Gay Bisexual dan Transgander) LGBT. Tetapi benarkah dakwaan tersebut?

Ahli Politik Indonesia Kata Boleh Jadi Gay Makan Mee Segera

Memetik artikel daripada pakdin.my, seorang ahli politik Indonesia telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kesan buruk memberikan mee segera dan susu formula kepada bayi. Ini kerana kandungan dalam kedua-dua produk tersebut boleh menyebabkan bayi menjadi homoseksual.

Sumber: Wikipedia

Datuk Bandar Bandaraya Tangerang, Arief R Wismansyah telah mengeluarkan kenyataan tersebut semasa berlangsungnya seminar kehamilan. Kenyataan yang dikeluarkan bertujuan untuk memastikan generasi Indonesia yang seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat, berdaya saing dan mendapat nutrisi yang mencukupi.

Sungguh pun begitu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau lebih berdasarkan andaian semata-mata tanpa merujuk pandangan doktor atau pakar kesihatan. Bahaya mee segera tetap ada tetapi tidaklah sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi gay.

Kanduangan Ramuan Yang Berbahaya

Berdasarkan carian yang dilakukan, mee segera mempunyai 10 ramuan melampau yang memberi kesan buruk kepada tubuh badan kita. Antaranya ialah kalsium sulfat, asid tartarik, kalsium oksida, tertiary butylhydoxyquinone (produk berasaskan petroleum), BHT, propyl gallate, pentasodium triphosphate, propylene glycol, polydimethylsiloxane dan pewarna tiruan.

Jika diamati kesan-kesan sampingan ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kanser, kerosakan buah pinggang dan menghalang pengeluaran sperma, tetapi tidaklah sehingga menyebabkan seseorang itu bertukar kecenderungan menjadi gay.

Sumber: Siakap Keli

Lainlah sekiranya dikatakan mee segera boleh digunakan untuk tampal bahagian kereta yang kemik, pinggan yang sumpik, atau  menampal singki kaca yang sumpik. Yang itu sudah pasti ramai yang percaya.

Isu Gempar Sampai Ke Malaysia

Kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Wirmansyah telah menggemparkan orang ramai sehingga isu ini tempias ke negara kita yang berjiran dengan Indonesia.

Apa pun, niat beliau sangat baik iaitu memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk menyediakan nutrisi yang sempurna kepada bayi menerusi susu ibu.

Ini kerana kesibukan masa ibu bapa bekerja telah menyebabkan ibu bapa cenderung menyediakan mee segera, lantas anak-anak tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda bahaya mee segera?
73 votes · 73 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN