Bukan hanya jenis makanan dan pola makan saja yang mempengaruhi naik atau turunnya berat badan. Tapi cara makan juga dikatakan berperanan dalam menentukan kenaikan berat badan kita.

Sumber:Uprint.id

Mesti ramai yang merasakan walaupun sudah mengamalkan cara pemakanan yang sihat tetapi berat badan masih tidak turun. Mengapa keadaan ini berlaku?

Hal ini kerana ada kajian yang telah mengesahkan bahawa cara makan kita juga menjadi salah satu punca berat badan makin naik.

 

Bahaya Makan Gelojoh

Cara seseorang itu makan sama ada laju atau perlahan berisiko untuk individu terlibat menghadapi penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes.

Sumber:Starberita.com

Menurut satu penyelidikan awal, makan dan kunyah secara perlahan, membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolesterol tidak normal.

Sebaliknya, makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.

Menurut penyelidikan yang dikemukakan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017, makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.

Satu pasukan dari Universiti Hiroshima, Jepun menjalankan kajian terhadap 642 lelaki dan 441 wanita, dengan usia purata 51.2 tahun, tiada yang mempunyai sindrom metabolik, pada 2008.

Makan Perlahan Kenyang Awal

Mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan.

Sementara, mereka yang mengunyah makanan atau makan dengan cepat, cenderung tidak berasa kenyang dan akan makan lebih banyak.

Sumber:oe24.at

Makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.

Tetapi, sekarang ramai orang makan laju sebab ingin kejar masa untuk ke pejabat dan sebagainya.

Tanda-Tanda Lain Individu Makan Gelojoh

Jangan cakap anda beradab bila makan dengan gelojoh, banyak tanda-tanda mereka ini dilabel sebagai gelojoh, antaranya adalah cakap semasa makan.

Sumber:www.suaramerdeka.com

Ini perkara paling asas sekali kerana ada sesetengah dari kita yang suka bercakap ketika makan.

Apa salahnya habiskan dulu makanan tu dan baru bersembang. Ini tidak, melompat-lompat nasi jatuh atas meja, dah macam mesin masak bertih jagung.

Makanan penuh dalam mulut pun tidak peduli, asalkan jalan cerita itu perlu dihabiskan terlebih dahulu. Kesian kawan-kawan lain yang perlu hadam apa kau cakap.

Sumber:KAKI TULAR

Selain itu, kunyah makanan dengan bunyi yang kuat. Paling sakit hati bila melihat kawan-kawan mengunyah nasi tetapi keluar bunyi ibarat sedang mengunyah kulit pokok. Chupp chapp chupp chapp bunyinya. Sangat menganggu konsentrasi untuk makan, selera juga terbantut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Makan Laju-laju boleh gemuk ke?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN