Wah, semakin berani ‘mak nyah’ atau pondan sekarang ini melakukan keganasan di tempat awam, buat aksi tampar menampar, lagak gaya kalah macam perempuan asli tau.

Ia susulan video yang tular semalam, dikatakan pembantu kepada usahawan kosmetik Nur Sajat, yang dikenali sebagai @diammonds_isabella di laman Instagram atau nama samaran perempuannya adalah Sheryna Mazlan.

Menerusi rakaman video tersebut, individu yang menyerangnya itu dilihat telah menarik mangsa keluar dari farmasi tempatnya bekerja dan menamparnya sebanyak 3 kali sebelum terjadinya pergelutan.

 

Dipanggil ‘Anjing’ Punca Pergaduhan

Selepas viral isu itu, sajat sebagai sahabat pastinya pertahankan kawan dia itu dan punca pergaduhan adalah disebabkan pekerja farmasi itu dikatakan tidak mempunyai adab dan tiada budi bahasa.

Sumber:RotiKaya

Sajat memberitahu pekerja farmasi itu dikatakan memanggil pembantu peribadinya dengan nama ‘anjing’ dan berkata macam-macam tentang dirinya.

Bukan cara dengan bergaduh kerana tidak puas hati dipanggil anjing. Negara kita ada undang-undang, bawa kes ini kepada polis untuk diambil tindakan. Bukan buat tindakan sendiri, akhirnya kes ini dibawah siasatan polis.

 

Mufti Perlis Tegur

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu pihak berkuasa sewajarnya menangani isu mak nyah yang bertindak ganas sebagai perbuatan seorang lelaki bagi mengelakkan gejala itu berleluasa.

Sumber:khalifahmailonline.com

Jika tidakan tegas tidak diambil, akan ada lelaki lain yang mengambil kesempatan untuk menzalimi wanita.

Kata Mohd Asri, pada masa sama masyarakat pula tidak menunjukkan sikap sensitif apabila melihat mak nyah menzalimi wanita seperti mana mereka melihat lelaki memukul wanita.

Sumber:YouTube

Isunya, umum tahu mak nyah adalah jadian sebagai perempuan dan dia tetap seorang lelaki dan dayus jika lelaki menaikkan tangan terhadap wanita. Ini akan lebih mengelirukan pemikiran masyarakat di negara ini.

 

Penampilan Tidak Mengubah Undang-Undang

Menurut Dr Mohd Asri, Islam hanya mengiktiraf dua jantina iaitu lelaki atau perempuan, dan menganggap “bidaah” bagi jantina yang dinamakan mak nyah atau yang seumpama dengannya.

Pada masa sama, beliau berkata memperagakan pakaian perempuan dan bergaya seperti perempuan tidak akan mengubah hakikat bahawa individu terbabit seorang lelaki.

Sumber:Kosmo

Katanya dengan tegas, jika tidak menangani kelompok songsang ini, banyak hak wanita – bahkan hak lelaki – yang akan dicerobohi.

Maka, jika melihat mak nyah memukul perempuan, bertindaklah seperti kita melihat lelaki memukul perempuan.

Jangan dikelirukan dengan penampilan yang palsu. Selepas ini, mak nyah tidak boleh berbuat sesuka hati, bukan menolak hak anda sebagai mak nyah tetapi perbuatan songsang ini tidak boleh diterima dalam agama Islam.

Undang-undang tetap undang-undang yang sah, lelaki yang pukul perempuan begitu juga sebaliknya boleh diambil tindakan tegas untuk elakkan perkara lebih buruk berlaku di masa akan datang.

 

Polis Sudah Ambil Tindakan

Polis akan menjalankan siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua individu dipercayai pembantu peribadi Sajat dengan seorang jurujual di sebuah farmasi di pusat beli belah KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, kedua-dua pihak telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian sejurus kejadian itu.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sumber:rotikaya

Ia berikutan mangsa telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Menurut laporan polis, mangsa telah diserang oleh 3 orang individu termasuk suspek. Akibat daripada serangan tersebut mangsa mengalami beberapa kecederaan di jari dan muka, malah telefon bimbitnya juga telah hilang sewaktu kejadian tersebut berlaku.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah tindakan keras diambil terhadap golongan mak nyah yang melakukan kekecohan di tempat awam?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN