Kebelakangan ini kita lihat ramai yang menceburkan diri dalam dunia solekan atau lebih sinonim dipanggil Make-up Artist (MUA) bagi merebut peluang menjana pendapatan yang lumayan.

Dikatakan permintaan yang tinggi daripada orang ramai juga menjadi pendorong utama kepada pertambahan lebih ramai MUA yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Sumber: The Malaysian Insight

Kalau dijenguk di laman sosial seperti facebook, Instagram dan Youtube, banyak yang menampilkan diri dengan menunjukkan kemahiran masing-masing dalam dunia solekan yang mengikut citarasa masa kini dan ia menjadi ikutan orang ramai untuk nampak cantik dan lawa.

Jangan terkejut kerana MUA juga ramai dari kalangan lelaki, mereka juga berlumba-lumba mencungkil bakat dengan wanita untuk menjadi mak andam moden ini, dan permintaan juga agak tinggi bagi MUA lelaki.

Sumber: Facebook

Pendapatan MUA Lumayan

Purata harga solekan yang dikenakan adalah antara RM150 hingga RM450 bagi jurusolek baharu dan RM500 sehingga RM1,200 kepada MUA lama yang berpengalaman.

Pun begitu, harga itu berbeza bergantung kepada kualiti dan pengalaman jurusolek tersebut.

Difahamkan ada kalangan MUA yang terkenal di negara ini mencecah pendapatan sehingga RM30,000 sebulan berdasarkan kepada komitmen masing-masing.

Berpandukan kemahiran dalam dunia solekan dan pengalaman mereka, ada MUA yang menghasilkan produk kecantikan sendiri atau barang-barang solekan kepada orang ramai.

Sumber: Facebook

Sebagai contoh MUA Bellaz, yang kini semakin dikenali ramai dan mendapat perhatian dari pengguna laman sosial kerana beliau dikenali melalaui hasil makeup yang dtunjukkan di Facebook dan Instagram Makeup by Bellaz.

Kini beliau mengeluarkan berus solekan dan juga lipstik untuk mereka yang selalu mengikuti perkembangan beliau.

Dulu beliau hanya mak andam kampung, tetapi usaha untuk membantu keluarga dan minat mendalam dalam dunia solekan, kehidupan beliau kini semakin baik dan beliau juga sudah membuka butiknya sendiri di Kedah.

Sumber: Websta

Selain itu, siapa yang tidak kenal dengan Datuk Alhaalfa? Beliau menceburi bidang solekan dan mengenakan solekan kepada ramai artis tanahair yang terkenal. Malah beliau juga banyak menghasilkan produknya sendiri, iaitu AlhaAlfa Cosmetics seperti lipstik, bedak, alas mata dan sebagainya. Kehidupannya kini juga agak mewah.

Ramai lagi MUA yang berjaya di negara ini, bermula sebagai kecil-kecilan kini lebih dikenali ramai dan mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada orang ramai.

Kelas Makeup

Terdapat juga bengkel solekan untuk mereka yang tidak pandai menata rias diri juga diperkenalkan. Bagi MUA yang terkenal dan berpengalaman mengenakan caj bayaran sebanyak RM800-RM2000 untuk satu sesi.

Ada juga yang mengenakan caj antara RM150-RM550 bagi MUA yang betul-betul ingin membantu orang lain pandai bersolek dan jana pendapatan jika mereka sudah mahir.

Siapa kata jadi MUA tak boleh kaya raya. Hujung pangkalnya diri anda sendiri, perlu berusaha untuk berjaya dan jangan harapkan orang untuk bawa anda berjaya jika anda tidak bertindak.

Apa jua bidang pekerjaan, jika ada minta dan ikhlas melaksanakannya, pasti urusan kerja anda dipermudahkan.

Ramai MUA Punca Harga Perkhidmatan Jatuh

Lambakan perkhidmatan MUA baharu yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan dalam industri solekan juga akan memberikan kesan MUA yang berpengalaman dari sudut penurunan harga khususnya bagi majlis perkahwinan.

Melihat hasil kerja MUA baharu ini juga ia menepati selera semasa pelanggan tetapi lebih menjurus kepada solekan trend.

Solekan trend ini sangat mudah dilakukan sehingga menyebabkan persaingan, yang mana secara tidak langsung mendesak MUA bepengalaman ini menurunkan harga bagi mendapatkan tempahan.

Ada terpaksa mengambil caj bayaran antara RM150 hingga RM200, sedangkan caj perkhidmatan sebenar adalah lebih dari jumlah itu.

KATA ORANG

Ramai yang menyatakan sokongan kepada MUA yang mereka kenal, mahu menjadikan idola mereka inspirasi untuk berjaya kelak dan menyokong orang Melayu amnya.

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Bakat dan minat yang ditonjolkan dalam dunia solekan sebenarnya dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan. Patutkah kemahiran sebegini diperluaskan untuk membantu orang lain juga?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN