Cuaca panas yang melanda negara ketika ini jelas sekali menyebabkan bahang di dalam rumah dan kawasan sekitar hingga menyukarkan kita untuk melakukan aktiviti harian dengan selesa.
Tetapi kini, kejadian ribut kencang pula dilihat semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari sehingga menyebabkan pokok tumbang dan menimpa beberapa buah kereta milik penduduk.
Selain itu, turut dilaporkan juga kejadian di mana seorang warga Myanmar maut manakala tiga rakan senegaranya cedera akibat dipanah petir selepas menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Bola Setia Badminton Academy di Setia Alam, semalam.
Difahamkan, kejadian tersebut berpunca disebabkan mangsa, Rohimullah, 19, leka bermain telefon bimbit di tengah padang sebelum disambar petir dan maut.
Laporan mengenai insiden itu bagaimanapun telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial yang dilihat tidak putus-putus berkongsi berita mengenainya malah turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit pada waktu kilat dan petir.
Bahaya Guna Telefon Bimbit Ketika Kilat Dan Petir
Memang tidak dinafikan lagi, penggunaan telefon bimbit ketika kilat dan petir boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna termasuk berisiko tinggi untuk terkena panahan petir itu.
Mana tidaknya, telefon bimbit yang selama ini kita gunakan sememangnya mempunyai antena yang memiliki gelombang elektronik berfrekuensi antara 9,900 MegaHertz (MHz) hingga 1.2 GigaHertz (GHz) serta mengandungi bahan logam yang boleh menjadi punca panahan petir.
Jadi, apabila pengguna berkomunikasi melalui telefon bimbit, gelombang elektronik yang menghantar isyarat kepada pengguna lain melalui antena aktif itulah yang menarik punca panahan petir tersebut.
Perlu diingat bahawa, petir atau kilat itu bukan sahaja tertumpu ke atas awan sahaja tetapi kawasan bawah (tanah) turut sama dijadikan sasaran.
Bagi panahan petir ke kawasan bawah (tanah), kebiasannya panahan itu akan mencari punca tertinggi di satu lokasi bagi membolehkan arus elektrik yang terkandung disalurkan ke objek tumpuan.
Jadi, tidak hairanlah mereka yang berada di kawasan lapang dan terbuka sambil menggunakan telefon bimbit kerap kali menjadi mangsa panahan petir disebabkan mereka inilah yang menjadi punca tertinggi di sesuatu lokasi itu.
Elakkan Bermain Telefon Ketika Berada Di Luar Rumah
Kejadian yang menimpa warga Myanmar ini sewajarnya dijadikan iktibar buat kita semua.
Jika berada di luar rumah, seeloknya anda cari perlindungan dalam bangunan besar dan kukuh, di dalam kenderaan atau berlindung di bawah struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas bagi mengelak diri daripada terkena panahan.
Selain itu, anda juga tidak digalakkan untuk menggunakan payung ketika hujan dan elakkan daripada bersentuhan dengan objek besi seperti pagar atau tiang besi.
Dan yang paling penting sekali, ketika berada di luar rumah sewaktu petir atau kilat, anda juga disarankan untuk tidak menggunakan telefon bimbit atau mematikan telefon bimbit tersebut.
Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan anda untuk berkomunikasi, seeloknya cari tempat perlindungan sebaik mungkin sebelum menggunakan telefon bimbit. Gunakan telefon bimbit apabila perlu sahaja!
KATA ORANG
Berita td ckp dorg berkumpul tengah padang. Masa tu tak main bola dh. Mmg semua dh kluar padang. Tapi ada yang main phone masa tu, kena sambar kilat. Jadi, masa kilat beringat la jgn la dok main phone.
— Mia. (@myrafz_) March 10, 2019
Mmg nak kena elak dr berada ditempat terbuka spt padang dsb masa kilat,petir..Malang tidak berbau tp kena lah sentiasa beringat..
— Ziey Endon (@EndonZiey) March 10, 2019
Subhanaallah. Mohon la jika nmpk nak hujan tu elakkan berada di tanah basah. Petir walau tak kena direct tetap ada kesan melalui tanah basah.
— no rules (@norazwan97) March 10, 2019
This is no joke okey ! Jgn berada di kawasan terbuka smsa waktu guruh/baru nak hujan/semasa hujan. Bahaya 👌🏻
— VKIMSHVH (@amier_akim) March 10, 2019