Sumber: Kameron MF

Main kutu ini biasanya sinonim dengan kaum wanita dalam masyarakat kita. Main kutu ini boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah menyimpan wang. Tetapi bukan dalam akaun bank, sebaliknya setiap orang akan bayar jumlah yang ditetapkan oleh “Ibu kutu” pula.

“Ibu” kutu adalah orang yang diamanahkan untuk pegang dan simpan wang dari pemain lain, bila cukup waktu, wang yang dikumpulkan itu diberikan kepada mereka yang bermain mengikut turutan yang telah dipersetujui. Dan begitulah akan diulangi sehingga semua pemain mendapat wang mereka.

 

Kutu Atas Talian Semakin Popular

Kalau dulu orang main kutu antara jiran-jiran, kawan sepejabat, adik beradik dan sebagainya. Namun kini, ia semakin menular dan sudah popular dimainkan secara atas talian.

Sumber: Facebook

Kalau kita lihat tawaran menyertai permainan kutu telah diperluaskan melalui media sosial terutamanya di laman Facebook tanpa perlu bersemuka melakukan pembayaran dan kutipan wang.

Maknanya anda kena percaya sesama sendiri walaupun tidak kenal identiti masing-masing. Wang anda perlu masukkan secara talian dan hanya maklumkan kepada ibu kutu.

Sumber: Seri Gold

Main kutu atas talian ini bukan sahaja untuk mendapatkan sejumlah wang yang dikumpulkan daripada ahli, namun untuk membeli barangan dijual seperti barangan bayi, barangan rumah, aksesori perhiasan seperti rantai emas, jam tangan, beg tangan dan sebagainya sehingga mencecah harga ribuan ringgit.

Dan ia menjadi kegilaan masyarakat kita sekarang ini bermain kutu. Nak simpan duit sendiri akan ambil masa lama untuk dapatkan apa yang kita kehendaki, jadi main kutu pilihan alternatif mereka.

 

Kebaikan Main Kutu

Sumber: Says.com

Dengan anda bermain kutu, duit mudah didapati dan fleksibel untuk dapatkan wang. Apa yang penting anda dapat duit tanpa pinjaman, tak perlu penjamin dan tanpa faedah yang dikenakan. Senangkan.

Ia juga mewujudkan sikap menabung dan juga disiplin menyimpan wang. Duit anda tidak nampak tetapi bila tiba masanya anda dapat jumlah anda kehendaki. Tidakk perlu pening mahu pinjam mak, adik beradik, kawan untuk bayar kereta atau kahwin, anda sudah ada wangnya.

Sumber: Babab

Bila sudah bermain kutu dengan kawan-kawan yang kita kenali lebih mudah dan dapat wujudkan silaturrahim.Yang penting jangan ‘makan kawan’ dan saling mempercayai sesama sendiri, barulah berkat duit kita ada itu.

Dengan serendah RM10 seminggu pun boleh main kutu kalau ada duit lebih sampai mencecah RM1,000 sebulan pun ada. Lagi banyak simpan lagi banyak untung. Macam pelaburan juga.

 

Keburukan Main Kutu

Ada pula yang salah guna permainan ini sehingga sanggup menipu duit orang ramai.

Ada kes tahun 2011, hampir 100,000 individu di Malaysia didapati terjebak dalam skim kutu haram menerusi pelbagai medium terutama Internet, yang membabitkan pelaburan kira-kira RM33 juta.

Selain menggunakan laman web, blog dan seumpamanya, penganjur skim kutu haram juga melantik ejen-ejen atau pun menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta menggunakan pembayaran secara perbankan dalam talian, wang pos atau kiriman wang.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 214 aduan berkaitan skim pelaburan dengan 62 peratus daripadanya melibatkan skim pelaburan haram.

Akibat dari itu satu akta dipinda iaitu Seksyen 3 Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 di mana Kabinet telah meluluskan Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011.

Difahamkan pelaburan kutu telah wujud sejak 1970, namun skim itu kini diharamkan kerana ia mengenakan caj dan yuran perkhidmatan yang berbentuk perniagaan dan menipu orang ramai.

Sumber: Telegraph

Tahun 2018 ini pula pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosial Facebook Cyber Crime Alert memaklumkan, mereka yang terlibat dan didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau ke­dua-duanya sekali.

Menurut jaba­tan itu, orang ramai berisiko untuk ditipu pada bila-bila masa kerana terdapat beberapa kes penganjur atau­ ‘ibu kutu’ didapati menghilangkan diri bersama wang yang disimpan oleh peserta.

Kesimpulannya, jadi pengguna bijak untuk menguruskan wang anda dengan cara yang betul.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah diharamkan bermain kutu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN