Tular satu gambar yang menunjukkan seorang lelaki di pejabat Menteri Belia Dan Sukan (KBS) bermain golf di pejabat berkenaan.
Gambar itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang kurang senang dengan tingkah laku yang dilakukan oleh pegawai dibawah Syed Saddiq Abdul Rahman.
Netizen mempersoalkan tindakan Syed Saddiq dan pegawai-pegawainya yang kelihatan bersenang-lenang dengan jawatan dan gaji serta kemudahan-kemudahan yang dibayar oleh rakyat.
Netizen Mahu Pegawai KBS Cari Solusi Masalah Anak Muda
Sepatutnya, Zainal Abidin yang juga Exco Armada Bersatu perlu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan muda ketika ini, bukannya mengambil gambar yang hanya mengundang spekulasi rakyat.
Peluang pekerjaan masih lagi tiada solusi, gaji masih ditahap yang belum memuaskan, kos sara hidup pula semakin tinggi dan sebagainya.
Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan, jangan jadi seperti ‘kera dapat bunga’ pula.
Apabila diberikan mandat oleh rakyat, menteri dan pegawai-pegawainya perlu bekerja untuk rakyat, bela rakyat. Bukannya hanya menaburkan janji-janji kosong.
Kalau tidak akan dilabel lebih kurang sama sahaja dengan pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Berlagak Samseng Undang Lagi Kemarahan Netizen
Bukan sahaja tidak menjaga tingkah lagu dalam perbuatan malah Zainal dalam percakapan juga dianggap kurang ajar dan berlagak samseng apabila mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengugut orang lain.
Dalam gambar berkenaan disusuli dengan kenyataan yang kurang enak didengar dan tidak sepatutnya kenyataan sebegitu dikeluarkan.
Zainal Tampil Beri Penjelasan
Selepas gambar itu tular dan mendapat kecaman hebat dari netizen, Zainal dalam posting facebook miliknya tampil memberi penjelasan berhubung gambar yang beliau muatnaik itu.
Beliau menerima semua teguran itu dan menganggap ini ujian daripada Tuhan.
Tetapi netizen beranggapan Zainal sepatutnya tampil mohon maaf akibat perbuatannya itu dan bukannya mengalihkan isu lain.
Kalau tak mahu kena kecam jagalah adab itu sikit, jangan gunakan kedudukan untuk menghalalkan cara hidup itu.
Rakyat bayar cukai dan gaji untuk menteri bertanggungjawab dan buat kerja bagi ringankan beban bukannya tambah beban lagi.
KATA ORANG
Salah satu cara nak hilangkan stress oleh Exco Armada @PPBMofficial iaitu main golf di pejabat menteri depan staf. Tahniah @KBSMalaysia tahniah @SyedSaddiq
— Abdul Rasyid Mohd Zamri (@rasyidzamri) January 17, 2019
Harap PM @chedetofficial atau TPM @drwanazizah dapat kembangkan idea ni ke pejabat kementerian lain. Contoh main #PUBG ke pic.twitter.com/abXEh9A6v4
Zainal Abidin mendakwa BUKAN SAYA YANG MAIN GOLF TU!
— Aaron saiful (@saifulv39) January 18, 2019
Menurutnya, beliau hanya lah seorang penyapu sampah di pejabat Menteri KBS. Gambar beliau bermain golf yang tular disunting bagi menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai penyapu sampah. pic.twitter.com/oABAXbhY7x
Exco Armada ni bengap pergi main golf dekat pejabat menteri. Punyalah mcm pak pandir dia punya bebal tu. Berlagak sgt dengan pangkat, lain kali tanya la orang2 bawah ni mana tempat hiburan dalam menara KBS tu. Ada port baek banyak kot
— maman (@aimanazshar) January 17, 2019
Ameno World: Viral Gambar Main Golf Di Pejabat Menteri KBS, Jadi Tempat Melepak, EXCO Armada Dikecam. https://t.co/wSiaOwLDCo
— #AnwarPM8 (@AmenoWorld) January 17, 2019