Kehangatan politik tanah air sejak beberapa minggu yang lalu terus dihangatkan kembali. Kali ini, terdapat kain rentang yang berunsur provokasi dipasang di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai di sekitar ibu negara. Setakat hari ini, tidak ada pihak yang tampil mengaku mendalangi kegiatan tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Unsur Provokasi

Kain rentang tersebut memaparkan unsur-unsur provokasi dengan meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed meletak jawatan dan meminta Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim di angkat menjadi Perdana Menteri Ke-8 demi menyelamatkan Malaysia. Dalam paparan tersebut turut disertakan gambar Anwar dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Satu daripada kain rentang tersebut dinaikkan di jejantas Jalan Bangsar berhampiran Pangsapuri Abdullah Hukum/Putra Ria. Manakala satu lagi digantung di lebuh raya MRR2, berdekatan pasar raya besar Giant.

Didalangi Musuh PH

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menerusi laman Facebook mendakwa kain rentang terbabit berniat jahat, tindakan itu dipercayai didalangi oleh musuh politik Pakatan Harapan (PH).

Kain rentang di Jalan Bangsar telah diturunkan oleh ahli PKR dan satu laporan polis telah dibuat berkenaan insiden itu.

Sumber: Bacalah Malaysia

Kontroversi Mahathir

Sebelum ini tindak-tanduk yang dilakukan oleh Mahathir menimbulkan kontroversi di kalangan parti komponen PH dan juga sekutu PH iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan).

Baru-baru ini Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bertindak menerima kemasukan 6 orang bekas ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu menjadikan Bersatu ketika ini mempunyai sebanyak 21 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat.

Kemasukan bekas ahli Parlimen UMNO tersebut mendapat reaksi negatif di kalangan beberapa pemimpin PKR dan reaksi sinis oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sumber: Malaysiakini

Selang seminggu selepas itu, Mahathir telah memungkiri janjinya dengan melebarkan sayap Bersatu ke Sabah atas alasan bagi mengukuhkan PH di Sabah. Tindakan kontroversi tersebut memberi tamparan yang hebat kepada Warisan dan di kalangan anggota PH.

Bagaimana Muafakat Di Kalangan PH?

Adakah tindak-tanduk Mahathir yang menjengkelkan serta membelakangi PH mendapat bantahan hebat di kalangan pemimpin tertinggi parti? Sekali lagi perkara tersebut tidak berlaku. Muafakat dalam PH dan rakan komponen parti dari Warisan tetap utuh.

Sumber: Perak Today

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemasukan bekas ahli parlimen UMNO ke dalam Bersatu tidak akan menggugat agenda pembaharuan PH. Malah, beliau berpendapat Bersatu mempunyai hak untuk menerima bekas ahli UMNO selagi tidak melanggar peraturan.

Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang juga selaku Presiden Warisan meredakan ketegangan dengan membenarkan kemasukan Bersatu ke Sabah kerana undang-undang negara membenarkan mana-mana parti ditubuhkan.

Sehingga kini masih belum ada sebarang reaksi di kalangan pemimpin tertinggi DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), namun sokongan positif pemimpin tertinggi kedua-dua parti komponen tersebut dizahirkan ketika Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih.

Sumber: NSTP

Kelihatan pemimpin tertinggi DAP dan Amanah turun menyokong calon Bersatu Muhamad Aiman Zainali. Tindakan ini melenyapkan desas-desus yang menyatakan bahawa PH di ambang pergolakan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Benarkah kain rentang provokasi tersebut di pasang oleh musuh PH?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN