Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiktiraf sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah berita antarabangsa, Time Magazine.
Dr Mahathir tersenarai bersama beberapa nama besar lain daripada pelbagai bidang dalam senarai tahunan yang dikeluarkan semalam oleh majalah tersebut.
Antara individu ternama dalam bidang politik yang turut tersenarai adalah Presiden Donald Trump, pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan ahli kongres wanita Amerika Syarikat paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez.
Ketua Senarai 500 Individu Islam Berpengaruh 2019
Dr Mahathir Mohamad juga dipilih sebagai Muslim Man of the Year oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019.
Menerusi edisi 2019 yang dikeluarkan sempena ulangtahun ke-10 penerbitan itu, Dr Mahathir berada di tangga teratas, mengetuai senarai 500 individu Islam terhebat dunia.
Kejayaan beliau memimpin Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus bergelar Perdana Menteri kali kedua selepas pemerintahan 22 tahun sebelum ini.
Faktor Harimau Ekonomi Asia
Dr Mahathir disifatkan individu satu dalam sejuta yang memacu Malaysia sehingga menjadi Harimau Ekonomi bagi Asia Timur pada era pemerintahan terdahulu, selain mempunyai prinsip kepimpinan yang digeruni kawan dan lawan.
Turut berada dalam senarai itu ialah Raja Abdullah II dari Jordan, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
The 500 Most Influential Muslims adalah penerbitan tahunan yang pertama kali diterbitkan pada 2009, yang mengiktiraf individu Islam paling berpengaruh di dunia.
Ia disusun oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam yang berpusat di Amman, Jordan.
PM Paling Tertua Memerintah Negara
Dr Mahathir melakar sejarah sebagai perdana menteri tertua di dunia yang diundi rakyat Malaysia.
Berada dalam kuasa sepanjang 22 tahun, dari 1981 hinggalah meletak jawatan pada 2003, kini kembali selepas 15 tahun berehat. Pada usia 93 tahun, beliau masih tajam dan aktif melibatkan diri dengan permainan politik.
Malah tindakannya menduduki kerusi perdana menteri sekali lagi menjadikannya buruan media termasuk antarabangsa. Bukan itu sahaja, beliau juga dijulang sebagai faktor di sebalik pilihan raya yang paling besar dan berpengaruh.
Permainan politiknya sebagai perdana menteri kali ini sangat berbeza, tidak seperti pemerintahan ketika beliau orang kuat parti Umno dan Barisan Nasional (BN).
Kini, beliau bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan negara dalam landasan yang betul.
Dr Mahathir Disifatkan Sebagai ‘Kuda Perang Gagah’
Dalam profail yang ditulis oleh pengasas Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown, Dr Mahathir disifatkan sebagai ‘kuda perang gagah’ yang berjaya menghimpun perhatian orang ramai dalam kempen sengit Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.
Brown mengimbas kemenangan Mahathir dalam PRU-14 setelah membuat kemunculan semula untuk berhadapan dengan bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh dengan penyelewengan bernilai jutaan ringgit daripada 1MDB.
Ulasnya lagi, Dr Mahathir komited untuk menyerahkan pemerintahan kepada bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, yang dibebaskan dari penjara beberapa hari selepas kemenangan bersejarahnya.
Buat Malaysia, episod ini telah meletakkan demokrasi pada tempat sepatutnya- yang hampir kecundang dalam amalan totalitarianisme.
Peralihan Kuasa Kepada Anwar Juga Faktor Kemenangan PRU-14
Mungkin juga kemenangan pada PRU-14 itu kerana rakyat betul-betul mahu menjatuhkan Najib dan Umno BN kerana telah banyak merosakkan negara dan rakyat semakin menderita.
Banyak faktor yang terjadinya kemenangan itu, Dr Mahathir dilihat sebagai lebih berpengalaman dalam kerajaan kerana itu beliau dipilih sebagai perdana menteri ke-7.
Selepas dua tahun beliau memegang jawatan itu, ia akan diambil alih oleh Anwar sebagai perdana menteri ke-8. Itu juga salah satu faktor PH menang besar dalam pilihanraya umum itu.
Rakyat mahu melihat Anwar memerintah negara seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian yang telah dibuat dalam parti gabungan kerajaan hari ini.
Rakyat Patut Bangga, Bukan Cemuh
Dengan pengiktirafan itu, sepatutnya rakyat Malaysia bangga perdana menteri mereka antara tokoh Islam yang berpengaruh di serata dunia.
Namun, ia sebaliknya apabila mereka mencemuh dan mengkritik Dr Mahathir berhubung pengiktirafan yang dibuat itu.
Mereka merasakan pengiktirafan tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada mereka selagi kerajaan dibawah pemerintahan Dr Mahathir tidak melaksanakan janji-janji kepada rakyat.
Mereka mahukan kerajaan PH menyelesaikan masalah kebajikan rakyat, kos sara hidup dan sebagainya.
Majalah Time Pernah Dedah Najib Lebih Teruk Dari Trump
Pada 2017, majalah berita Time yang berpangkalan di New York, mendedahkan ada lebih ramai lagi pemimpin yang rating mereka lebih teruk berbanding Trump.
Time menamakan salah seorangnya ialah Najib Razak.
Time turut mengaitkan Najib dengan syarikat pelaburan negara cetusan ilhamnya, 1MDB, dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Saudi.
Ketika itu juga, Time turut menamakan pemimpin lain dalam senarai itu, termasuk Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Presiden Brazil Michel Temer, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras.
Pendedahan ini sangat memalukan negara Malaysia ketika itu dan juga hari ini. Imej negara tercemar kerana penyelewengan yang dilakukan Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan pada waktu itu.
Rasanya, rakyat perlu tahu siapa yang lebih teruk sebagai perdana menteri. Jangan dilupa apa yang berlaku hari ini kerana salah siapa.
Tahukah anda, 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dan Tun Mahathir Mohamad perdana menteri kita tersenarai dalam 100 org tersebut oleh majalah Time. pic.twitter.com/j0IFcMhFr0
— ENCIK (@_ahmadsyfq) April 18, 2019
Orang Afrika memg sanjung gila PM Tun Dr Mahathir sbb era beliau byk bawa Awang Hitam ke Malaysia.
— Kah!! Hau!! (@Kah11Hau11) January 16, 2019
Tak silap Tun Daim pun nama yg agak dihormati/berpengaruh di Afrika.
Maklumlah bank dia kan kat sana.
Kah!! https://t.co/EN49VMC24u
Tak dapat dinafikan Tun Mahathir adalah org yg berpengaruh di Malaysia dan luar Malaysia tetap anggapan beliau dlm hal islam amat merosot dn beliau menyamakan semua islam atas dunia ini adlh sama walhal warid dlm hadis sahih bahawasa golongan yang terselamat hanya 1 iaitu aswaja
— آيمن شافيق ﷽ (@berkatpenyayang) July 12, 2018
Pemimpin unik memecah rekod dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh walau berusia di dunia. Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-7 Malaysia
— NgekTsai (@NgekTsai) May 10, 2018