Pilihan Raya Kampus (PRK) atau Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan proses pemilihan pemimpin pelajar yang diadakan di semua Universiti Awam (UA) pada setiap tahun.
Baru-baru ini, mahasiswa di Universiti Malaya (UM) telah menjalankan proses pilihan raya bermula dengan penamaan calon pada 25 Februari yang lepas dan hari mengundi pada 4 Mac 2019.ย
Seterusnya UM telah menjadi universiti pertama yang mengendalikan proses pilihan raya kampus oleh mahasiswa sepenuhnya tanpa campur tangan pihak pengurusan universiti.
Selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus pada September tahun lalu, yang mahukan pelajar diberi mandat untuk mengendalikan pilihanraya kampus secara bebas dan telus.
Bebas Dari Pengaruh Pihak Pengurusan Universiti
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UM (JPRKUM), Veness Eunice Scully berkata, langkah ini diyakini dapat memperkasakan pelajar dan melahirkan pelajar yang lebih aktif bukan sahaja dalam akademik, bahkan dalam kepimpinan dan pengurusan.
Tambahnya lagi, sukar untuk mendapatkan kepercayaan dan penghormatan dari pelajar (sebagai pengendali pilihan raya) kerana sekian lama PRK diuruskan oleh pegawai universiti.
Bukan di UM sahaja yang berlaku, tetapi hampir di semua universiti seluruh negara di mana proses PRK diuruskan oleh pegawai universiti sepenuhnya sebelum ini.ย ย
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pernah memberitahu, yang berlaku pada pilihan raya kampus sebelum ini ialah dikawal oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di bawah kuasa Barisan Nasional (BN) dan pelajar serta pensyarah yang tidak sehaluan dengan BN dikenakan sekatan yang pelbagai.
ย
Oleh Pelajar, Daripada Pelajar, Untuk Pelajar
Menurut Ketua Jentera Suara Mahasiswa, Wong Yan Ke, beliau bersama beberapa aktivis Suara Mahasiswa telah mengadakan pertemuan bersama Dr Maszlee sebanyak 4 kali sebelum ini di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga di parlimen.ย
Dalam pertemuan itu, mereka menuntut reformasi dalam pilihan raya kampus yang sebelum ini tercemar dengan penglibatan pihak lain dengan menguasai sistem demokrasi pilihan raya kampus.
Pada 10 Disember 2018 yang lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan AUKU 1971 yang membolehkan mahasiswa terlibat aktiviti parti politik di dalam kampus.
PRK telah berlangsung di beberapa buah Universiti Awam yang memberikan ruang kepada pelajar untuk terlibat sebagai petugas dan pemerhati dimana ia sedikit sebanyak telah mendedahkan dan menyediakan mereka dengan skil kepimpinan dan pengurusan seterusya sebagai persediaan kepada pelajar untuk mengendalikan PRK sepenuhnya untuk sesi akan datang.
Kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, kebebasan pelaksanaan PRK ini menjadi medan latihan untuk pelajar menentukan pemimpin yang akan memperjuangkan hak dan hasrat mereka.
Kurang Dapat Sambutan Dari Mahasiswa
Apabila tiba sahaja musim pilihan raya kampus, suasananya semakin sunyi setiap tahun disebabkan tiada kesedaran daripada mahasiswa untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Hal ini dapat dilihat melalui peratusan mahasiswa yang keluar mengundi yang berada pada tahap yang tidak memuaskan hampir di semua universiti seluruh negara.
Apa sebenarnya faktor berlakunya hal ini? Antara faktornya ialah sikap sambil lewa dan turut menganggap pilihan raya kampus bukanlah suatu perkara yang penting bagi mereka serta proses pilihanraya yang tidak teratur dan tidak telus.
Bukan itu sahaja, mereka tidak berapa gemar dengan tindakan segelintir mahasiswa yang begitu taksub dan ekstrem dengan kumpulan pelajar mereka sehingga merosakkan harta benda universiti, berlakunya pergaduhan dan sebagainya.
Selain itu, masalah seperti perlu beratur panjang untuk menunggu giliran mengundi, dan tarikh pengundian juga tidak sesuai menjadi antara sebab kenapa mahasiswa tidak turun mengundi.
Tetapi dengan adanya reformasi dalam PRK kali ini, diharapkan akan lebih membuka peluang kepada mahasiswa untuk bebas melontarkan pandangan, membuat kritikan dan sebagainya.ย
Dr Maszlee Malik di laman Facebook dan Twitternya telah mengucapkan tahniah kepada mahasiswa dan pengurusan Universiti Malaya kerana PRK tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa tanpa campur tangan pengurusan.
Di akhir statusnya, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang bertanding dan mengucapkan syabas kepada UM dan beliau mengharapkan apa yang dilakukan UM itu boleh dicontohi oleh universiti lain di seluruh negara.
ย
KATA ORANG
tahniahhhhh....
— JUNAIDI ABDULLAH (@junaidipk) February 26, 2019
sesuatu yg baru selepas 50thn pun masih ada yg komen negatif ... biarlan mereka , yg penting kita lakukan reform๐๐๐
Di sebalik org mengutuk, KPM ada kemajuan. Ranking universiti makin naik, pilihanraya university bleh bt sendiri dan elaun sara hidup IPG di kembalikan, sejak ia di hentikan pd zaman najib.
— aponakdikato (@apanakdikato) February 26, 2019
Definitely @maszlee menteri pendidikan yg terbaik Malaysia pernah ada! Dari sekecil2 pekara sehingga sebesar pekara dia cuba beri perubahan yg baik. Now dia makin matang n bijak mengendalikan KPM. Kudos YB @maszlee ..keep it up!
— ejato.hjr (@hjr_ejato) February 26, 2019
Kalau prkum tu buat dr sem lepas, takdalah isu tak boleh bertanding. Siapa duk tangguh prkum tu, bertanggungjawablah. Ughh geram baca.
— pjajeli (@FizaZaili) February 25, 2019