Personaliti YouTube, Alieff Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Irfan Aziki tidak asing lagi dalam kalangan penonton laman popular itu.

Aliff dikenali kerana menghasilkan beberapa filem pendek menerusi studio produksinya sendiri yang diberi nama Alieff Irfan Studio Production (AI Studios).

Namun, percaturannya menghasilkan satu filem pendek yang menceritakan perjalanan hidup seorang mat rempit dan minah rempit mendapat kecaman wargamaya.

Tajuk yang berjudul “Perjalanan seorang mat rempit dan minah moto dalam misi mencari flavour vape ” WAISU” untuk dapatkan ganjaran misteri iaitu Shoei J-Force Jack kuning yang bernilai RM70 ribu” itu tidak menggambarkan mesej yang baik kepada penonton.

“Pelakon Wanita Seksi, Macam Tengok Video Lucah Jer..”

Nampaknya apa yang menjadi perdebatan wargamaya adalah barisan pelakon wanita didalam cerita Mat Rempit V1 (Versi 1) dan V2 (versi 2) ini yang tidak menutup aurat serta menggayakan pakaian yang menampakkan susuk tubuh yang agak mencolok mata penonton.

Mereka merasakan tindakan Aliff menampilkan barisan pelakon seperti itu kurang tepat dan tidak mencerminkan negeri Kelantan yang dikenali sebagai negeri “Serambi Mekah”.

Sewajarnya, Aliff menjaga sensitiviti masyarakat Islam di negeri itu. Rata-rata mereka sangat menentang barisan pelakon wanita yang ditampilkan dalam filem pendek ini.

Tambahan pula, dengan lagak gaya serta percakapan wanita itu didalam filem pendek ini sangat tidak boleh diterima ramai.

Jalan Cerita Kosong, Tiada Mesej Baik

Selain itu, jalan cerita yang ditampilkan juga tidak memberikan mesej yang jelas dan baik kepada penonton. Filem pendek ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan sebenar Mat Rempit dan Minah Rempit yang ada di negeri Kelantan.

Sumber: FB Aliff Irfan

Dalam cerita itu juga dapat dilihat dengan jelas, wanita dan lelaki menaiki motor bersama-sama, walaupun ada yang mengatakan mereka mungkin suami isteri tetapi ia telah menimbulkan spekulasi yang tidak baik terhadap Mat Rempit dan Minah Rempit ini.

Sumber: FB Aliff Irfan

Mungkin apa yang cuba disampaikan Aliff adalah misi untuk mencari ‘reward’ yang disebutkan dalam tajuk filem ini, kononnya pengorbanan sejati Mat Rempit Dan Minah Rempit dalam mendapatkan ganjaran topi keledar idaman ramai, iaitu Shoei J-Force Jack yang berwarna kuning.

Marketing ‘Propaganda’ Untuk Raih Jumlah Penonton

Namun, ada juga yang melihat ini adalah mungkin disengajakan oleh Aliff dan produksinya untuk meraih perhatian wargamaya dan mendapatkan jumlah tontotan yang paling tinggi.

Senang cerita ini adalah salah satu strategi pemasaran produksi itu untuk mencari publisiti murahan dan meraih untung yang tinggi.

Sebelum ini, produksi Aliff banyak menghasilkan filem pendek yang lebih kepada percintaan, persahabatan dan sebagainya. Dan percubaannya dalam menghasilkan filem ini tidak seperti yang diharapkan atau sebaliknya.

Di Akhir Cerita Ada Juga Pengajaran

Dalam mendapat kritikan yang hebat, ada juga wargamaya yang berpendapat filem pendek ini ada juga terselit pengajarannya yang tidak dilihat secara terperinci oleh para penonton.

Sumber: FB Aliff Irfan

Pengajarannya adalah untuk mendapatkan sesuatu seseorang itu perlu berusaha untuk mendapatakannya dan bukannya duduk berdiam sahaja.

Mungkin penonton perlu melihat dari sudut lain selain melihat arisan pelakon, adab percakapan dan sebagainya. Ada mesej tersurat dan tersirat dalam filem pendek ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah filem pendek ini ada maksud tersendiri atau hanya sebarkan spekulasi negatif terhadap negeri Kelantan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN