Baru-baru ini, tular mengenai kejadian yang mana remaja berusia 13 tahun ditampar sebanyak dua kali oleh pengawal keselamatan rangkaian kedai buku terkemuka MPH, Nu Sentral.

Dalam kejadian itu, difahamkan berlaku salah faham di antara pengawal keselamatan tersebut yang menyangka remaja terbabit tidak membuat bayaran terhadap sebuah komik sebelum keluar daripada kedai buku itu.

Tanpa sebarang usul periksa, dua pengawal itu dikatakan menarik remaja terbabit ke dalam sebuah bilik untuk disoal siasat tanpa memberi peluang remaja itu untuk membuat penjelasan.

Sumber: Astro Awani

Walhal, buku tersebut sebenarnya sudah pun dibayar dan jelas sekali memperlihatkan ‘sticker paid’.

Kejadian tersebut bagaimanapun hebat dikecam warganet yang rata-ratanya mendesak MPH untuk membuang pengawal keselamatan terbabit kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk melakukan usul periksa terlebih dahulu.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoal syarikat yang merekrut pengawal terbabit kerana gagal melatih pekerja-pekerja mereka mengenai prosedur operasi standard (SOP) sebagai seorang pengawal keselamatan.

 

MPH Gantung Khidmat Pengawal Keselamatan

Sumber: Astro Awani

Untuk meredakan isu, pihak pengurusan kedai buku itu telah menggantung dua pengawal keselamatan itu buat sementara waktu sementara siasatan dilakukan ke atas mereka.

Malah, pihaknya juga akan menyiasat kes tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka.

 

Boleh Ke Tampar Pelanggan?

Dalam hal ini, tindakan menampar muka pelanggan adalah tidak wajar sama sekali tanpa sebarang unsur periksa.

Memang apa yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu betul kerana jelas sekali mereka telah menjalankan tanggungjawab dengan mengawal pintu masuk dan pergerakan pelanggan untuk mencegah kecurian.

Sumber: Lobak Merah

Tetapi, cara mereka menampar pelanggan itu salah!

Walaupun seseorang itu disyaki mencuri sekalipun, pengawal keselamatan tiada hak untuk menampar pelanggan.

Sekiranya ada pelanggan yang dilihat mencurigakan, mereka perlu menangkap dan memeriksa terlebih dahulu dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat penjelasan.

Sekiranya disyaki terlibat dengan kecurian, barulah mereka boleh mengiringi pelanggan ke dalam bilik untuk disoal sekiranya perlu supaya kes tersebut boleh diselesaikan dengan cara yang betul.

Ini tidak, semberono sahaja menampar muka anak orang tanpa usul periksa.

 

Ketahui Hak Sebagai Pengguna

Sumber: KPDNKK

Ungkapan ‘customer is always right’ seringkali kita dengar di mana-mana.

Tidak kira perkhidmatan apa yang ditawar sekalipun, hak pengguna tidak boleh dipertikai dan perlu dituruti.

Sebagai pengguna, kita sememangnya dilindungi dengan peraturan yang dibuat kerajaan bagi melindungi kepentingan pengguna.

 

 

Berikut adalah lapan hak anda sebagai seorang pengguna:

  1. Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.

 

  1. Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

 

  1. Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

 

  1. Hak untuk membuat pilihan

Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

 

  1. Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

 

  1. Hak untuk mendapat ganti rugi

Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

 

  1. Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

 

  1. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:

Talian bebas tol : 1 – 800 – 886 – 800

Portal Rasmi: www.kpdnkk.gov.my

https://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/my/ .

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, siapa yang wajar dipersalahkan dalam insiden ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN