Permohonan maaf yang ingin dibuat oleh Muhammad Akmal Akif Alias iaitu ‘orang kena tuduh’ (OKT) terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia dua tahun lalu dalam satu kes deraan nampaknya tidak diterima orang ramai.

Sumber:OhBulan

Mereka merasakan apa yang cuba dibuat oleh Akmal sudah terlambat kerana tindakannya itu telah ‘melayangkan’ nyawa seseorang.

Jika dia bertindak lebih bijak dalam langkah menyelamatkan Zulfarhan, pasti perkara ini tidak akan berlaku.

Terlepas Semua Tuduhan

Pada 31 Julai lalu mahkamah Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Akmal dibebaskan daripada semua tuduhan manakala 18 lagi tertuduh diarah membela diri.

Sumber:mStar

Dengan keputusan yang dibuat itu, Akmal serta seluruh keluarganya berasa amat bersyukur apabila dia sebenarnya tidak bersalah dalam kes deraan tersebut.

Dan Akmal sejurus itu menyatakan bahawa seandainya arwah masih hidup dia nak sangat minta maaf dekat arwah sebab tak dapat nak menyelamatkan arwah pada ketika itu.

“Tak Guna Mohon Maaf”

Dek kerana kenyataan Akmal itu, rata-rata orang ramai merasakan kesal dengan Akmal yang tidak berbuat apa-apa ketika arwah didera raka-rakannya itu.

Sumber: FB Malaysiakini

Hanya melayangkan surat menyatakan arwah Zulfarhan didera? Kenapa tidak memanggil terus warden yang bertugas? Kenapa tidak dilaporkan terus ke pihak atasan?

Bagaimana rasanya jika kamu ditempat arwah dan menderita ketika didera padahal kamu tahu ada seseorang boleh membantu kamu? Sekarang barulah nak mohon maaf, sudah tidak ada guna pun

Itu antara tanda tanya yang bermain difikiran orang ramai.

Mereka membuat spekulasi seolah-olah Akmal juga antara orang yang bersalah dalam kes ini dan perlu diberikan hukuman juga.

Ada Hikmah Disebaliknya

Bagaimanapun, ada juga pihak yang tidak menyalahkan Akmal dan merasakan apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya. Mungkin apa yang dilakukan Akmal itu ada baik dan buruknya.

Buruknya pada pandangan mereka adalah Akmal yang dilihat tidak bertindak apa-apa.

Baiknya pula adalah sekurang-kurangnya Akmal bertindak membantu menulis dua surat layang bagi memaklumkan keadaan Zulfarhan yang memerlukan rawatan.

Menurut laporan Bernama pada 28 Jun 2018, perkara itu dinyatakan oleh saksi pendakwaan Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi yang menulis surat tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, Muhammad Aiman berkata surat pertama diselit di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017, dan surat kedua di bawah pintu bilik seorang jurulatih sehari kemudian.

Diharap orang ramai tidak mengeluarkan spekulasi yang memburukkan lagi keadaan terutama kepada Akmal dan keluarganya.

Bapa Arwah Bersyukur Nasib Anaknya Terbela Juga

Ibu bapa mana yang tidak rasa gembira dan bersyukur apabila nasib anaknya terbela.

Zulkarnain Idros bapa kepada arwah Zulfarhan melakukan sujud syukur di luar kamar mahkamah selepas hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 penuntut UPNM untuk membela diri.

Menerusi entri di Instagram (IG), Astro Awani telah berkongsi sepotong video Zulkarnain melakukan sujud syukur yang menyentuh hati ramai pihak.

Selama dua tahun anaknya itu meninggal dunia kerana kes penderaan, ibu bapa mana yang tidak meruntun jiwa apabila anak harapan keluarga mati akibat kes buli yang melampau.

Anak mereka menjadi mangsa kekejaman rakan-rakannya sendiri. Dan hari ini tiada satu pun yang boleh terlepas lagi daripada menerima hukuman yang setimpal.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah permohonan maaf Akmal perlu diterima?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN