Beberapa hari lalu kecoh beberapa menteri Pakatan Harapan di dalam kabinet berdebat isu Lynas.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof dilaporkan berkata kilang nadir bumi itu boleh terus beroperasi di negara ini dengan menekankan kepentingan untuk membawa masuk pelaburan langsung asing ke negara ini.
Redzuan juga mendakwa keputusan menteri Tenaga, Sains dan Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca (MESTECC) Yeo Bee Yin yang meminta sisa Water Leach Purification (WLP) dari kilang Lynas dihantar ke luar negara tidak disokong oleh kabinet.
Bukan Bidang Kuasa Redzuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, yang juga Ahli Parlimen Kuantan kemudian meminta Redzuan berhenti mengulas isu itu dengan mengatakan ia bukan di bawah bidang kuasanya.
Malah, anggota Parlimen Bentong, Wong Tack yang sebelum ini mengetuai protes terhadap Lynas, juga membuat gesaan serupa.
Pandangan ini juga turut disokong Sahabat Alam Malaysia (SAM).
Mereka ini semua berpendapat sisa nadir bumi itu tidak selamat berada di negara ini dan memberi kesan buruk kepada rakyat terutama penduduk di kawasan tersebut.
Fuziah Kecewa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh sebelum ini pernah menyuarakan kekesalannya berkenaan pihak dalam kerajaan yang meyakini naratif Lynas bahawa sisa yang dihasilkan di kilangnya di Gebeng, Kuantan, memiliki radiasi yang rendah.
Menurut Fuziah, hayat radiasi yang lama boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Jelas Fuziah, selepas lima tahun operasi dan membuang sisa radioaktif di tapak mereka serta sisa berjadual berjumlah 1.5 juta metrik tan, air bawah tanah di bawah Lynas telah pun tercemar dengan logam berat.
Redzuan Tidak Fikir Keselamatan Rakyat, Hanya Keuntungan
Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menyelar Mohd Redzuan Yusof atas dakwaan lebih mengutamakan keuntungan berbanding keselamatan penduduk dan alam sekitar.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, SAM menyokong penuh keputusan MESTECC yang meminta kilang Lynas dipindahkan dan membuang sisa radioaktifnya dalam proses Water Leach Purification (WLP), selaras dengan dua surat yang diberikan oleh syarikat kepada kerajaan pada Februari dan Mac 2012.
Redzuan dilaporkan berkata, Lynas tidak sepatutnya dipaksa mengeksport pembuangan sisa radioaktif ke Australia, kecuali dinilai sebagai ‘sangat tidak selamat’, memandangkan pelaburannya terlalu besar untuk diabaikan.
Jelas Idris, sisa berkenaan patut dieksport kerana ia tidak boleh dianggap bahan radioaktif yang berlaku secara semula jadi, tetapi dipertingkatkan secara teknologi yang berbahaya.
Tambahnya lagi, dakwaan bahawa unsur radioaktif seperti uranium dan thorium dalam WLP (water leached purification) boleh dicairkan dan kurang beradioaktif adalah tidak berasas.
Fakta Lynas
Lynas sebelum ini menegaskan bahawa loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan mematuhi peraturan ketat oleh kerajaan.
Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) terletak dalam kawasan Parlimen Fuziah.
Kilang Lynas menghasilkan dua jenis sisa, iaitu Water Leached Purification (WLP) dan Neutralization Underflow Residue (NUF) – yang tidak mengandungi radioaktif tetapi membawa risiko pencemaran logam berat.
Setakat Disember tahun lalu, sisa WLP terkumpul di kilang Lynas adalah sebanyak 451,564 tan manakala NUF pula sebanyak 1.113 juta tan.
Redzuan, Yeo berdebat secara sihat
Dalam kekecohan ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah berpendapat, pandangan yang berbeza diliuahkan antara menteri kabinet ini sebagai ‘perdebatan sihat’ .
Kata Wan Azizah, Mohd Redzuan bercakap dari aspek pelaburan Lynas, manakala Yeo pula melihat isu berkenaan dari segi pengurusan sisa bahan nadir bumi oleh kilang itu.
Kedua-duanya mempunyai locus standi untuk bercakap pasal Lynas.
Setakat ini, kabinet belum membuat sebarang keputusan sama ada akan membenarkan Lynas terus beroperasi atau sebaliknya.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga ada memberitahu isu berkenaan akan ditentukan di peringkat kabinet tidak lama lagi selepas semua aspek diteliti.
Walau apa pun, keputusan yang bakal diambil kerajaan mestilah mengambil kira kepada kepentingan rakyat dan juga negara ini.
KATA ORANG
Dahulu projek Lynas ni cukup ditentang. Tapi hari ni bila mereka dah memerintah semua sudah lupa. Dulu menghasut rakyat sekarang sudah u turn. Kilang Lynas akan diteruskan. pic.twitter.com/S9N47EagyH
— My Bujang Senang (@MyBujangSenang) April 1, 2019
Apa kejadah menteri kereta buloh ni nak komen hal Lynas pulak?
— srzain (@SSRzain) March 30, 2019
konon2 hang nak buat projek kereta terbang dah handal pasal radioaktif apa semua pulak! https://t.co/3ew1ogKGf1
It's ok to sacrifice the health of Pekan residents? Revenue more important than people's welfare. Do anyone know why Australia transports the rare earth to Malaysia.
— Suriakl (@Suriakl4) April 1, 2019
Satu menteri yg nampak dia bekerja. Satu menteri pula nampak macam tak ada output sendiri tapi suka sibuk halehwal kementerian lain. Dulu dia nak ambil tugas2 MITI. Boleh nampak siapa menteri yg mengabis boreh ni.
— MZA (@MZAusj) April 1, 2019