Zaman serba moden dan canggih ini, ramai yang cenderung meluahkan perasaan di media sosial mengenai masalah yang dihadapi. Tidak kisah lah masalah dengan rakan, keluarga, tempat kerja, jiran malah rumah tangga juga.

Banyak juga dapat dilihat isteri terutamanya gemar ‘tag’ pasangan mereka pada artikel tertentu dengan harapan mereka suami memahami atau mengambil maklum perkara yang mereka ingin sampaikan.

Sumber: Google

Tidak semua perkara kita boleh tulis di laman sosial dan dipertontonkan kepada umum. Tindakan menulis masalah rumah tangga di laman sosial tidak seharusnya berlaku dalam hubungan suami isteri.

Untuk pengetahuan, meluahkan ketidakpuasan hati dalam rumah tangga dan menceritakan masalah peribadi pasangan secara terbuka di laman sosial adalah haram kerana boleh menyebabkan salah faham dan fitnah serta mengeruhkan lagi keadaan.

 

Luah Perasaan di Laman Sosial Memudaratkan

Menurut pendakwah Noraini Mat Din atau dikenali Ustazah Nony berkata, tindakan meluahkan perasaan dan memohon pandangan berkenaan rumah tangga di media sosial bukanlah jalan terbaik untuk suami mahupun isteri.

Ini kerana katanya, kemudaratan yang lebih besar bakal berlaku daripada tindakan itu.

Sumber : Google

Sebagai contoh, keaiban pasangan dan ahli keluarga menjadi perbualan ramai. Salah faham dan sangka buruk turut boleh berlaku menyebabkan ramai yang menghukum tanpa mengetahui hal sebenar.

Selain itu, tidak semua orang akan bersimpati dengan masalah yang kita hadapi sebaliknya mungkin ada mereka yang gembira dan mengambil kesempatan diatas kesusahan kita.

Kenapa Isteri Kongsi Masalah di Laman Sosial?

Sebab utama kaum wanita terutama sang isteri mengadu masalah mereka di media sosial adalah kerana tekanan.

Ramai pakar di dalam rumah tangga berpandangan, kebayakkan wanita akan berasa lega apabila mereka dapat meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati mereka.

Ada kalanya mereka tidak berniat untuk membuka aib atau memalukan si suami tetapi sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung.

Di media sosial juga terdapat halaman yang digemari kaum isteri untuk meluah perasaan iaitu ‘Kisah Rumah Tangga’ . Disitu banyak kaum-kaum isteri meluahkan perasaan tidak puas hati terutama terhadap suami masing-masing.

 

Dekat Siapa Boleh Mengadu?

Tanpa sedar sebenarnya luahan tersebut dianggap mengumpat yang diharamkan. Masalah rumah tangga tidak boleh disebarkan kepada orang lain terutama di laman sosial.

Ia hanya boleh diluahkan kepada seseorang yang diyakini mempunyai autoriti seperti ibu bapa, mertua, atau adik beradik yang diyakini boleh membantu.

Sumber : Utusan Online

Selain itu boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan seperti ustaz atau ustazah juga kaunselor rumah tangga.

 

 

Cara Atasi Masalah Suami Isteri

Terdapat pelbagai kaedah yang digariskan Islam kepada suami isteri sebagai persediaan menempuhi gerbang perkahwinan, antaranya ialah kematangan menyelesaikan konflik yang berlaku di dalam rumah tangga.

Ia merangkumi cara berfikir, membuat keputusan, perbuatan dan tindakan, komunikasi serta pergaulan.

Islam turut mengajar umatnya beberapa cara untuk kekal harmoni dan mengatasi masalah dalam rumah tangga. Yang paling utama ialah berkomunikasi. Suami dan isteri mesti memahami pasangan masing-masing.

Sumber: Buletin Daily

Digalakkan untuk berkomunikasi secara berhadapan kerana lebih efektif dan penjelasan dapat diberikan dengan jelas.  

Kepada mereka yang mempunyai masalah rumah tangga, Haram kongsi masalah rumah tangga di media sosial

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN