Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 sudah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Diam tidak diam acara sukan tersebut sudah memasuki edisi yang ke-24 buat negara. Ia merupakan acara sukan yang berprestij memandangkan disertai pelbagai pasukan pelumba dunia dengan melalui kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia.
Lebih manis, kejohanan sukan tersebut kembali ke tempat asalnya iaitu Langkawi sejak dipertandingkan pada tahun 1996. Kali terakhir Langkawi menjadi medan saingan perlumbaan ialah pada tahun 2015.
Prestasi Pelumba Negara Hari Ini Lebih Baik
Jika dibandingkan pembabitan awal pelumba-pelumba negara dalam saingan LTdL, ternyata amat jauh prestasi mereka dengan prestasi pelumba Malaysia hari ini.
Bermula pada 9 tahun dahulu, pelumba berbasikal negara, Anuar Manan mencipta kejutan dengan memenangi satu peringkat perlumbaan pada tahun 2010 di Port Dicksondan memberi persaingan sengit pada tahun-tahun berikutnya.
Hari ini, Mohd Harrif Saleh telah melakukan kejutan dengan menjadi pelumba handalan negara apabila bergelar juara peringkat di Melaka. Kejayaan itu dilakar bersama pasukan Terengganu Cycling Team setelah tampil buat kali ke-10 pada siri LTdL.
Malah, beliau turut menaiki podium dalam peringkat yang seterusnya. Ini jelas membuktikan, sukan trek berbasikal negara berada dalam landasan sebenar dan sedang berkembang pesat. Justeru, perkembangan sukan ini wajar diberi pandangan serius.
Bertambahnya Pasukan Profesional Negara
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan bertambahnya pasukan-pasukan profesional negara. Jika dahulu LTdL hanya disertai oleh skuad kebangsaan, namun hari ini kita mampu berbangga kerana skuad pasukan negara telah bertambah kepada Terengganu Cycling Team dan Team Sapura Cycling (TSC).
Lebih membanggakan, pasukan profesional negara berjaya melahirkan juara keseluruhan dua tahun berturut-turut. Pada tahun lalu, Terengganu Cycling Team menjadi juara keseluruhan, manakala bagi tahun ini kejuaraan dilakukan oleh Team Sapura Cycling (TSC) yang menempatkan pelumba Australia, Benjamin Dyball selaku pemilik Jersi Kuning PETRONAS.
Mampukah Kejayaan Negara Terus Dilakar?
Apa yang pasti pelumba berbasikal negara mempunyai barisan pelapis yang mampu memberi persaingan sengit pada masa akan datang iaitu Muhammad Zawawi AzmanMuhamad Nur Aiman Mohd Zarif dan ramai lagi.
Bagi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, kemeriahan perlumbaan LTdL pada edisi kali ini seperti ‘hidup semula’ selepas kelihatan malap dalam beberapa edisi yang lalu. Ia berikutan liputan media dan saluran televisyen yang memberi publisiti cukup baik.
Dianggarkan seramai 400 juta orang menyaksikan perlumbaan LTdL ketika laluan ke Genting Highlands. Bagi Mahathir, beliau selaku orang yang bertanggungjawab membawa LTdL ke Malaysia berkata, jumlah tontonan tersebut merupakan jumlah tontonan teramai pernah dicatatkan.
KATA ORANG
Tahniah!
— Nur Azizul (@nurazizul) April 7, 2019
Alhamdulillah. Semoga ia menjadi pengalaman paling bermakna di dalam karier anda👏🏼
— ai[D]eal (@ParkBhai) April 14, 2019
Kalau bab LTDL kurang promosi tu aku setuju.. bab kau x kenal harif salleh aku marah !
— -HM17- (@AnipsMrc) April 8, 2019
Harif Salleh ni follow guardini je ni 🤭🤣
— © (@benjy_131) April 8, 2019