Bercerita sahaja tentang soal kebersihan, pasti ramai yang akan memberi contoh daripada negara Jepun.

sumber: blog mazeer

Mana tidaknya, tahap kebersihan mereka itu sehingga longkang di kawasan perumahan mereka pun  boleh dijadikan kolam ikan.

Namun, tidak perlu lagi ke negara Jepun untuk melihat keadaan tersebut kerana kegiatan membela ikan di dalam longkang ini sudah mula dipraktikkan oleh sebuah sekolah di Perak.

 

Ilham Daripada Kujungan Ke Indonesia

Melihat keindahan dan kejernihan longkang di negara Jepun sehingga boleh membela ikan di dalamnya sudah pasti melahirkan rasa teruja di dalam diri kita.

sumber: sinar harian

Namun, baru-baru ini telah tular di mana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinji, Perak telah menjadikan longkang sepanjang 25 meter sebagai tempat membela ikan talapia.

Menurut sumber daripada Utusan, pengetua SMK Pinji, Noreha Salbidi telah mendapat ilham tersebut semasa membuat kunjungan ke Padang, Bukit Tinggi di Indonesia kira-kira 10 tahun yang lalu. Katanya di sana hampir kebanyakkan penduduk memiliki kolam ikan.

Bermodalkan hanya RM100, projek rintis ini yang dimulakan pada enam bulan yang lalu berjaya membuahkan hasil dan kini dikatakan sudah memiliki kira-kira 100 ekor ikan talapia.

 

Boleh Dijadikan Sumber Pendapatan Sampingan Sekolah

Projek tersebut bukan sekadar membela ikan sahaja, tetapi ia adalah sebahagian daripada pendekatan pihak sekolah untuk mengajak para pelajar untuk berfikir di luar kotak dan lebih kreatif.

Selain itu, projek tersebut juga sebahagian daripada subjek Biologi dan para pelajar ditugaskan bersama petugas am sekolah untuk menjaga serta mencuci longkang berkenaan pada setiap tiga bulan.

Bukan itu sahaja, pengetua sekolah tersebut merasakan projek tersebut boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan sekolah apabila telah mula menjual sebahagian ikan-ikan tersebut serta merancang untuk membela pelbagai jenis ikan selepas ini.

 

Bukanlah Sekolah Pertama Yang Melakukannya

Mengikut sumber yang diperolehi daripada laman xtra.com, SMK Agama Miri telah pun mulakan projek seakan sama pada tahun lalu.

sumber: press reader

Sekolah tersebut telah mengambil inisiatif dengan memulakan projek longkang bersih dengan melepaskan ikan jenis Karb Jepun di dalam longkang tersebut.

Walaupun projek tersebut menerima terlalu banyak komen negatif, namun pihak sekolah tersebut yakin dengan projek tersebut dan mereka juga telah melakukan banyak perubahan dari segi budaya dalam kalangan pelajarnya.

Antara yang dilakukan oleh pihak sekolah tersebut ialah seperti mengamalkan sifar tong sampah,  menukar selipar apabila masuk ke tandas dan budaya ibu bapa membawa pulang sisa sampah makanan apabila berjumpa anak di hujung minggu.

 

Ubah Persepsi, Semuanya Pasti Boleh

Kita sedia maklum di mana masyarakat Jepun amat disiplin dalam aspek menjaga kebersihan. Mereka telah di didik semenjak dari kecil supaya mengutamakan kebersihan walau di mana mereka berada.

Bagi mereka yang pernah melawat negara Jepun, sudah pasti akan perasan bilangan tong sampah di sana sangat sedikit. Rakyat negara itu akan membawa pulang sampah ke rumah dan tidak hairanlah longkang di kawasan perumahan mereka juga kelihatan bersih.

Namun, semuanya bergantung kepada sikap dan mentaliti masyarakat kita sendiri. Sebenarnya negara kita juga mampu ke arah negara bersih jika rakyatnya mampu mengubah kepada mentaliti kelas pertama. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN