Logo kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 sebelum ini hebat dikecam netizen , kini Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo baru yang dilihat lebih segar dan sinonim dengan imej Malaysia.

Logo baru itu dilaporkan telah menampilkan beberapa ciri yang melambangkan Malaysia seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna jalur gemilang digunakan.

Tidak seperti logo sebelum ini yang dilihat tidak profesional dan tidak berkualiti yang didakwa direka oleh kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tanpa sebarang bayaran.

Logo lama yang direka berbentuk setem itu memaparkan imej Menara KLCC, Orang Utan, monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata hitam.

Sekiranya logo lama tersebut digunakan untuk mempromosikan negara kita, agaknya apa pelancong luar negara fikir tentang Malaysia? Adakah mereka akan mencuba nasib memohon jawatan pereka grafik di Malaysia?

 

Logo Baru Diciplak?

Logo baru ini dipilih berdasarkan ratusan penyertaan di dalam pertandingan mencipta logo Visit Malaysia 2020 yang dibuka kepada orang ramai selepas logo lama tidak diterima ramai.

Logu baru yang dicipta untuk melambangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia di samping pengalaman yang ditawarkan sebagai sebuah destinasi percutian tidak terkecuali dinilai oleh netizen.

Walaupun logo baru TMM 2020 itu mendapat pujian ramai, ada pulak timbul cerita yang tidak enak berlegar-legar di media sosial.

Dikatakan logo yang dicipta oleh pereka grafik muda berusia 23 tahun, Alfred Phua Hong Fook, ini telah diciplak gambarnya dari laman web jual beli gambar, video, music ‘shutterstock’.

Logo itu dikatakan hanya disalin dan ditampal (copy paste), tukar warna dan tambah sedikit sahaja.

Tidak tahu siapa yang memilih pemuda ini sebagai pemenang dan ternyata netizen lebih membuat ‘homework’ dan dapat kenalpasti ketidak aslian logo tersebut.  

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga telah menegaskan tidak akan menukar logo Tahun Melawat Malaysia 2020 walaupun reka bentuknya mendapat kritikan.

 

SloganTarik Pelancong?

Bukan itu sahaja, cogan kata yang diletakkan pada logo tersebut ‘Visit Truly Asia Malaysia’ ini juga telah menjadi perdebatan.

Ramai netizen di luar sana tiba-tiba menjadi guru Bahasa Inggeris dan ‘grammar nazi’ mempertikaikan cogan kata tersebut.

Bagi mereka yang pakar Bahasa Inggeris, mendakwa cogan kata tersebut tidak menggunakan frasa Bahasa Inggeris yang tepat.

Sumber: Dhia

Malah ia menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang melihat dan mungkin akan menterjemahkan dengan maksud yang salah.

Namun ini mungkin strategi untuk menarik lebih ramai pelancong menghayati logo ini. Logo baru ini akan membuatkan mereka akan memandangnya dan baca berkali kali cogan kata tersebut sehingga menarik minat mereka.

Logo ini juga dikatakan akan mengembara ke pelusuk dunia melalui sayap penerbangan rasmi negara, Malaysia Airlines.

Sebelum menjangkau kepada kesimpulan, kita juga perlu berfikir diluar kotak disebalik apa yang cuba disampaikan kepada kita. Tidak semua perkara disuap ke mulut terus.

 

Apa pentingnya logo?

Ramai betul orang diluar sana atau lebih tepat lagi netizen memberi pandangan masing-masing berhubung logo TMM2020 ini. Apa yang pentingnya sebuah logo kepada negara?

Logo bukan hanya digunakan untuk sesuatu produk perniagaan tetapi juga ia merupakan satu bentuk komunikasi secara visual dan memberi keyakinan kepada mereka yang melihatnya.

Logo juga berfungsi sebagai identiti. Di dalam logo TMM2020 ini, secara jelas identitI Malaysia ditunjukkan.

Selain itu, logo juga memainkan peranan penting untuk mempromosikan sesuatu barang. Dalam konteks ini, logo TMM2020 mahu mempromosikan kempen tahun melawat negara Malaysia. Setiap yang melihat logo tersebut perlu dipastikan tertarik untuk datang ke negara ini.

Apabila ramai pelancong melawat Malaysia, secara tidak langsung ekonomi negara kita akan meningkat dan keistimewaan negara ini akan dibawa balik ke negara masing-masing.

Tahun depan kerajaan menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong luar dengan jangkaan hasil berjumlah RM100 bilion.

Untuk rekod, Malaysia tahun lalu menerima kedatangan 25.8 pelancong luar negara.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasakan Pulau Perak sememangnya berhantu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN