Bila bercakap mengenai masalah longgokan sampah, memang dari dahulu sehingga ke hari ini isunya takkan pernah selesai.

Dalam isu sebegini, ada yang menuduh pihak berkuasa tempatan gagal mengutip sampah mengikut jadual sehingga menyebabkan sampah sarap berlonggok di tepi jalan.

Sumber: Sinar Harian

Disebabkan masalah yang seringkali berlaku ini, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mencadangkan sensor dipasang pada tong sampah jenis ‘leach bin’ bagi memastikan tiada longgokan sampah berlaku walaupun kutipan secara berjadual dijalankan.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, dengan pemasangan sensor tersebut, ia akan memberi maklumat sekiranya tong sampah terbabit penuh sekaligus memastikan tiada longgokan sampah mencacatkan pemandangan.

 

Tidak Disambut Baik Ramai Pihak

Cadangan tersebut bagaimanapun dilihat tidak disambut baik ramai pihak yang menyifatkan cadangan itu sebagai suatu pembaziran dan tidak relevan untuk dilaksanakan di negara ini.

Gambar sekadar hiasan

Malah, ada yang menyarankan supaya pihak berkenaan menambahbaik pengurusan kutipan sampah terlebih dahulu daripada memasang sensor pada setiap tong sampah tersebut.

Ada juga yang mengatakan sekiranya sensor diletak pada tong sampah, ianya akan dilakukan secara kasar dan boleh menyebabkan sensor tersebut rosak.

Akhirnya, rakyat juga yang perlu menanggung beban untuk memperbaiki dan menggantikan sensor yang baru kepada mana-mana sensor tong sampah yang telah rosak.

 

Sampah Tidak Dikutip Undang Banyak Risiko

Memang lah idea yang dicadangkan ini sesuatu yang menarik untuk menyelesaikan masalah sampah yang tidak dikutip mengikut jadual malah adakalanya longgokan sampah terbiar dan tidak dikutip sehingga lebih dari tempoh seminggu.

Namun, ianya dilihat tidak praktikal untuk dilaksanakan di negara ini memandangkan kerajaan perlu berhabis wang ringgit bagi kos untuk memasang sensor itu sahaja.

Sumber: Utusan

Apa salahnya sekiranya pihak terlibat memperbaiki dan laksanakan secara sistematik jadual kutipan sampah mengikut waktunya.

Sekiranya langkah sebegini dilakukan dengan cekap rasanya tidak akan timbul masalah longgokan sampah yang tidak dikutip di sesuatu kawasan itu.

Bila mana longgokan sampah berlaku terutamanya di kawasan kediaman penduduk, ia bukan sahaja boleh mengundang bau yang kurang menyenangkan malah boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, tikus dan ulat sampah sekaligus memberi risiko wabak penyakit seperti denggi dan leptospirosis (kencing tikus).

 

Ambil Contoh Di Negara Jepun

Mengambil contoh di negara Jepun misalnya, mereka sama sekali tidak menyediakan tong sampah di beberapa kawasan kerana mereka mahu menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan budaya kitar semula bagi membantu ketiadaan tong sampah ini.

Apa yang mereka lakukan adalah dengan menyediakan mesin kutipan layan diri yang mana sampah disediakan mengikut kategori yang mampu menjadi tempat masyarakat Jepun melupuskan sampah mereka.

Sumber: https://iluminasi.com

Perkara ini mudah menjadi budaya Jepun kerana amalan kitar semula yang mereka amalkan sudah menjadikan mentaliti masyarakat mereka menyokong langkah sebegini.

Jika di Malaysia misalnya, memang banyak wujudnya tong sampah di merata-rata tempat sehinggakan mereka tidak menghiraukan sama ada tong sampah itu akan penuh atau tidak, janji mereka dapat buang.

Di Jepun, masyarakat mereka memandang serong tabiat makan atau minum di tempat awam seperti yang kerap diamalkan kita kerana ia salah satu penyebab mengapa sampah sarap dibuang di merata tempat dan sehingga menyebabkan PBT terpaksa menyediakan banyak tong sampah di kawasan itu.

Di negara kita, jika tong sampah dipasang sensor sekalipun tetapi pengurusan kutipan sampah tidak dijalankan secara sistematik, masalah yang sama akan timbul juga.

Sumber: https://iluminasi.com

Senang sahaja, kedua-dua belah pihak perlu sama-sama berganding bahu memastikan pengurusan sampah itu diselenggara dengan baik di mana masyarakat perlu dididik dengan cara yang betul mengenai pembuangan sampah.

Kontraktor yang sudah dilantik PBT itu juga perlulah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah kerana rakyat sudah membayar mereka untuk mengutip kesemua sampah itu.

Jangan culas dalam membuat kerja! Kemudian kemuka idea-idea yang dilihat tidak relevan sebegini…

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah logik memasang sensor pada tong sampah bagi mengelak tiada longgokan sampah berlaku walaupun kutipan secara berjadual dijalankan?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN