Baru-baru ini, tular di laman Twitter tentang perkongsian seorang lelaki yang menceritakan kisah dia membuat laporan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melaporkan tentang kereta yang memotong di garisan kecemasan.

Melalui status Twitter tersebut, dia berkongsi bahawa setiap pemandu yang menyaksikan atau menjadi mangsa sebarang kesalahan trafik boleh membuat laporan secara terus kepada pihak JPJ.

Namun begitu, laporan tersebut mestilah lengkap dengan bukti dan maklumat yang tepat tentang kejadian dan kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut.

Sumber : Twitter

Dia turut berkongsi contoh templat untuk membuat surat laporan kepada pihak JPJ.

 

Menyusahkan Ambulan Dan Kes-kes Kecemasan

Sumber : Art of Kei Car

Sebelum ini sudah banyak kes-kes yang dilaporkan oleh pengguna jalanraya seperti kenderaan empat roda yang kecil mahupun yang besar sesuka hati menggunakan lorong kecemasan dan menghalang laluan ambulan serta kereta-kereta yang mempunyai kes kecemasan .

Pernah sebelum ini, mangsa kemalangan yang dibawa oleh ambulan untuk ke hospital tidak dapat diselamatkan kerana tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas yang teruk, tambahan pula lorong kecemasan yang sepatutnya menjadi laluan ambulan diguna oleh pemandu-pemandu yang degil dan tidak bertanggungjawab.

Sumber : Buasir Otak

Memang tidak dinafikan keadaan trafik di Kuala Lumpur sangatlah teruk terutamanya pada waktu keluar dan masuk pejabat namun itu tidak memberi lampu hijau kepada pemandu-pemandu ini untuk melanggar undang.

 

Tetap Buat Walaupun Dah Diberi Peringatan

Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kesalahan lalu lintas ini namun masih ramai yang tetap melakukan kesalahan tersebut tanpa menghiraukan pemandu yang lain.

Sumber : The Malaysian Times

Siapa yang tidak marah apabila orang lain entah dari mana datang tiba-tiba mahu menyelit dan masuk kedalam barisan.

Yang penting, sikap bertolak ansur dan menghormati sesama pemandu haruslah diamalkan dengan baik bagi menjaga keselamatan semua. Janganlah kita mementingkan diri sendiri dalam pemanduan kerana banyak risiko yang boleh berlaku dek kerana sikap tidak bertanggungjawab kita itu.

Sumber : Yazied Ajied

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, jika semua pemandu memberi kerjasama dalam membanteras kesalahan di jalanraya adakah trafik di Malaysia akan lebih baik?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN