Lipas merupakan serangga paling pengotor kerana sifatnya yang suka berlegar di dalam sampah sekaligus meninggalkan pelbagai bakteria menerusi najis yang banyak dan boleh menyebabkan manusia jatuh sakit.

Sumber:Himpunan Cerita Lawak

Tetapi tahukan anda, lipas kini bukan lagi dianggap serangga yang jijik dan kotor malah ia merupakan agen penyembuh penyakit di negara China.

Mungkin ramai yang tidak menyangka serangga berkenaan ada khasiatnya untuk penyembuhan.

Enam Bilion Lipas Diternak

Bertempat di Xichang, daerah Sichuan, China, sebuah ‘ladang’ untuk menternak lipas telah siap dibina.

Sebanyak hampir enam bilion lipas diternak diladang berkenaan untuk dijadikan agen penyembuhan pelbagai penyakit di negara berkenaan.

Sumber:Media Permata

Menurut laporan media tempatan, South China Morning Post, ladang itu menempatkan lipas dari baka Periplaneta Americana atau lebih dikenali sebagai lipas Amerika.

Kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent.

Bahan Asas Untuk Ubat-Ubatan

Menurut pengusaha ladang lipas, Geng Nengfu, kesemua lipas itu disimpan dalam bilik gelap di bawah suhu 10 darjah Celcius dan ia digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan.

Sumber:Media Permata

Bahan asas ini diamalkan sejak 2000 tahun lalu lagi dalam dunia perubatan mereka.

Lipas yang memiliki ciri-ciri seakan kupu-kupu ini dibiakkan untuk dibuat ubat.

Ubat yang terhasil daripada pembiakan lipas ini telah banyak menyelamatkan pesakit di China.

Bela Lipas Dapat RM28,000 Sebulan

Siapa sangka, selain dijadikan asas ubat-ubatan untuk penyembuhan penyakit, lipas juga boleh dijadikan sumber pendapatan yang sangat lumayan.

Sumber: Era.je

Seorang lelaki di Taiwan telah membela lipas sehingga menjadi sumber pendapatannya yang mencecah RM 28, 000.

Pada mulanya dia hanya membeli lipas sebagai makanan haiwan peliharaannya sahaja, tetapi bila difikirkan semula kos untuk membeli lipas memakan kos, beliau mengambil keputusan untuk membela supaya dapat beranak pinak. 

Sumber: Era.je

Selepas enam bulan membina ladang dan membela serangga itu, dia mempunyai 30,000 ke 40,000 ekor lipas sekarang ini.

Bela Lipas Sebagai Haiwan Peliharaan

Kebanyakan rakyat Malaysia pasti geli dengan lipas kerana serangga perosak ni kotor, geli dan boleh terbang.

Tetapi lain pula kisahnya bagi seorang kanak-kanak di Oklahoma ini apabila dia obses memelihara ribuan ekor lipas di rumahnya.

Sumber: Sinar.my

Shelby mula memelihara serangga perosak ini sejak berusia empat tahun lagi. Dia memelihara lipas adalah kerana ingin mendidik masyarakat agar tidak perlu takut dengan serangga perosak itu kerana dalam masa yang sama, haiwan ini boleh menjadi kelakar dan comel.

Ibu-bapa Shelby juga terpaksa menerima hobi anaknya ini dan sehingga kini Shelby telah mengumpul lebih dari 7000 ekor lipas dan dia boleh menerangkan setiap keistimewaan lipas tersebut.

Yang geli dan jijik dengan serangga ini rasanya boleh pengsan dengan kehadiran lipas ini. Yang terbang pun tidak boleh bawa bincang, inikan pula nak bela. Kecuali anda seorang pengotor!

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa yakin lipas adalah agen penyembuhan penyakit?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN