Sabtu lepas, berlangsungnya satu perhimpunan besar-besaran di pusat bandar Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ribuan wanita dan lelaki ingin mengekpresikan penghargaan terhadap wanita-wanita di dunia.  Menurut sumber, perhimpunan itu merupakan usahasama persatuan Sisters In Islam (SIS) dalam menyambut hari wanita sedunia yang secara tahunannya akan disambut pada 8 Mac.

Apa yang memeranjatkan dan menimbulkan tanda tanya, mengapakah perarakan yang sepatutnya focus terhadap pembangunan dan hak wanita bertukar menjadi perarakan yang menuntut hak LGBT? Yang menjadi pertanyaan, untuk tujuan apakah rakyat berkumpul pada sabtu lepas? Untuk menyambut hari wanita ataupun mempertahankan hak LGBT? Apakah kaitan wanita dan LGBT? Mengapakah sambutan hari wanita seperti sudah disalah erti oleh sesetengah pihak dan menimbulkan kekeliruan orang ramai tentang sambutan hari wanita.

Sumber : Sufarah Azizah

Menurut maklumat dari sumber yang turut hadir bagi menyertai perarakan sambutan hari wanita sedunia, sekumpulan penyokong LGBT tiba-tiba muncul dan menyelit sama masuk ke dalam perarakan dan menyampaikan tuntutan mereka. Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Siti Kasim dan Marina Mahathir atas tanda sokongan terhadap perjuangan yang dilakukan.

Perhimpunan ini menerima perhatian hampir semua pihak sama ada rakyat marhaen mahupun pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia kerana mesej yang cuba disampaikan seolah-olah lari dari motif utama perarakan ini diadakan. Dan menurut pihak berkuasa juga, perarakan ini tidak menerima kelulusan dari pihak berkuasa serta boleh dikategorikan salah dari sisi undang-undang.

 

Mengapakah Hari Wanita Disambut?

Secara umumnya hari wanita disambut setiap tahun di seluruh dunia bagi menghargai setiap wanita di atas jasa dan pengorbanan mereka. Merujuk kepada keterangan yang dibuat oleh pihak SIS, perarakan tersebut adalah bertujuan untuk menghapuskan segala jenis kekejaman terhadap semua jantina, mengharamkan perkahwinan kanak-kanak, mendapat hak dan kebebasan untuk bersuara dan memilih, menuntut gaji minimun sebanyak RM 1,800 dan menghapuskan patriaki serta membina sistem demokrasi yang setara untuk semua golongan.

 

Kenapa Terselit Slogan ‘LGBT’?

Apakah agenda yang terselindung disebalik perarakan yang diadakan? Mengapakah golongan-golongan LGBT ini semakin berani bersuara dan menuntut hak mereka yang tidak berasas. Apa yang mereka ingin tuntut sebenarnya?

Sumber : Henrymakow

Seperti yang ramai sedia maklum ataupun sengaja tutup mata, Malaysia merupakan negara Islam di mana sebarang perbuatan yang berkaitan pertukaran jantina oleh seorang Muslim adalah haram dan tidak boleh dilakukan.

Tidak dinafikan, ada sesetengah kaum lelaki yang perwatakannya mungkin sedikit lembut dan sopan-santun, malah ada juga wanita yang sedikit kasar dan sukakan aktiviti-aktiviti lasak namun itu bukanlah menjadi penyebab untuk seseorang itu mengubah fitrah mereka dan membelakangkan agama.

Isu LGBT ini semakin menjadi-jadi sehinggakan ramai individu dari golongan ini sewenang-wenangnya menayang dan mengistihar bahawa mereka itu perempuan/lelaki sehingga berani untuk berkahwin dan mempunyai anak. Lihat sahaja contoh yang kita ada sekarang, seorang usahawan ‘wanita’ yang terkenal dengan slogan ‘Let’s Cantik’, berani mendakwa dirinya sebagai seorang ‘ummi’ kepada kedua anak angkatnya. Tidak salah untuk mempunyai anak, tapi ini melibatkan agama dan sampai ketahap mana lah kekeliruan ini akan berterusan dan terus merosakkan akidah kita sebagai seorang muslim?

 

Perarakan LGBT Dan Bencana Alam, Apa Kaitannya?

 Jika sebelum ini, bencana tsunami besar yang melanda Palu, Indonesia dikaitakan dengan kegiatan LGBT yang semakin berleluasa diamalkan di negara tersebut terutamanya dikalangan orang Islam seolah-olah tidak takut dengan kuasa Allah.

Sumber : Siakap Keli

Dan dua tiga hari sebelum ni, kawasan Putrajaya dan Shah Alam dilanda ribut yang sangat dasyat sehingga tumbang pokok dan ada sesetengah kawasan yang dilanda hujan batu. Fenomena ni cukup membimbangkan orang ramai dan ramai yang tidak berani keluar bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Ada juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kegiatan songsang yang hangat dituntut oleh golongan-golongan LGBT ini. Sejauh mana kebenarannya? Tiada siapa yang mampu merungkai.

Sumber : Sahara Yacob

Dengan kemajuan yang melanda dunia, kebanyakan individu juga lebih bersikap terbuka dalam melihat sesuatu isu dan suka menjadikan negara barat sebagai sesuatu rujukan. Pengaruh liberal sama ada dari segi fahaman sains mahupun berkaitan agama sentiasa diterima dengan hati yang terbuka tanpa merujuk kepada Al-Quran dan ajaran agama Islam.

Adakah itu faktor mengapa sesetengah larangan yang jelas dinyatakan di dalam Al-Quran ditolak ketepi demi memuaskan nafsu dan kehendak diri sendiri? Sehinggakan ramai yang sanggup menutup sebelah mata dengan kisah-kisah sejarah Islam lampau. Kisah teladan kaum Nabi Lut yang dibalikkan negeri mereka kerana mengamalkan seks songsang dan aktiviti maksiat yang berleluasa hanyalah dianggap dongeng dan tidak memberikan keinsafan mahupun peringatan. Apa yang kita tunggu sebenarnya?

 

Bertindak Sekarang Sebelum Terlambat

 Jika dilihat dari sudut yang berbeza, adalah perlu untuk kita dalami dengan lebih dekat mengapa golongan-golongan LGBT ini terlibat dengan gejala ini. Adakah mereka pernah mengalami trauma yang teruk sehingga mereka memilih untuk bertukar jantina? Malah ada yang seolah-olah tidak pedulikan hukum dan yang ada dinyatakan di dalam Al-Quran.

Semua pihak memainkan peranan yang sangat penting, ini kerana kitalah yang akan mencorak masa depan negara kita. Sikap ambil tahu dan prihatin dapat menjadikan isu yang kritikal dapat dibendung mahupun diperbaiki di masa hadapan.

Jangan hanya pandai menunding jari dan menghakimi kesalahan seseorang tanpa usul periksa, dalamilah mereka,selamilah hati mereka. Bimbinglah mereka sama-sama ke jalan kebenaran, betulkan mana yang salah. Perubahan pasti berlaku jika kita sama-sama mengalas tanggungjawab sosial ini bersama.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah golonga LGBT melakukan perarakan tersebut demi menuntut hak mereka?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN