Baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa gempa bumi dan kejadian tsunami yang berlaku di Palu, Sulawesi, bulan lalu merupakan hukuman daripada Allah akibat aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang diamalkan penduduk sekitar.
Dalam pada itu, Zahid turut menyatakan kebimbangannya terhadap golongan LGBT di Malaysia kerana kejadian tsunami tersebut dikhabarkan berlaku disebabkan hukuman Allah sebagai balasan kepada lebih kurang 1,000 golongan LGBT yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
Dakwaan Zahid ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati beberapa anggota Parlimen yang membidas kenyataan beliau berhubung kejadian itu.
Beberapa anggota parlimen yang turut membidas kenyataan beliau adalah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa serta salah seorang pemimpin Islam terkemuka Indonesia Ahmad Syafii Maarif.
Tidak terkecuali juga, netizen di media sosial yang turut sama mengecam dakwaan Zahid yang dilihat tidak masuk akal dengan mengaitkan aktiviti LGBT menjadi punca gempa bumi dan tsunami berlaku.
Dakwaan Zahid Turut Dibidas Beberapa Anggota Parlimen dan Pemimpin Islam
Kenyataan yang dibuat Zahid bukan sahaja tidak masuk akal malah pemimpin Islam terkemuka Indonesia juga terkejut dengan kenyataan yang dibuat beliau sebagai ‘orang penting’.
Pemimpin Islam terkemuka Indonesia, Ahmad Syafii Maarif berkata, hanya orang yang tidak penting sahaja yang dilihat membuat kenyataan seperti itu namun tidak bagi Zahid yang dianggap sebagai orang penting dan sanggup membuat dakwaan demikian.
Katanya, apa yang mengejutkan, orang penting seperti Zahid sendiri sanggup membuat kenyataan seperti itu dengan mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang mengorbankan ribuan mangsa dengan aktiviti LGBT.
Bukan itu sahaja, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad turut sama membidas kenyataan Zahid.
Syed Saddiq ketika dipetik menerusi laman Twitternya dengan sinis mempersoalkan adakah bala akan menimpa pengamal rasuah dan pihak yang bersekongkol dengan pihak yang mencuri wang rakyat?
Kenyataan itu dipercayai ekoran Zahid telah ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah ekoran dakwaan rasuah ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Malah, Nik Nazmi turut sama membidas kenyataan Zahid dengan mengatakan bahawa anak kecilnya yang berumur tujuh tahun juga tahu bahawa gempa bumi tersebut berpunca dari kedudukan geografi dan bukannya disebabkan aktiviti LGBT.
Punca gempa bumi dan Tsunami Palu berlaku
Proses pencairan tanah yang berlalu di Palu antara punca menjadikan kawasan tersebut tenggelam serta mengundang kejadian tsunami.
Hal itu berikutan, tanah yang mencair itu telah menyebabkan banjir lumpur yang turut mengakibatkan berlakunya mendapat tanah di bawah perairan aras laut.
Mengikut teori sains, apabila gempa bumi berlaku, lapisan di bawah permukaan bumi menjadi cari seperti lumpur sekaligus menjadikan aliran lumpur itu mengheret semuanya ke dalam tanah.
Difahamkan, fenomena tersebut bukan sahaja boleh berlaku di atas tanah yang ditebus guna tetapi kawasan cetek berhampiran laut atau sungai juga berisiko tinggi untuk mengalami fenomena yang sama.
Selain itu, keadaan teluk yang sempit juga dilihat membantu memperkuatkan ombak tsunami yang dikenal pasti sebagai faktor utama bencana alam itu menjadi teruk.
Selain itu, sistem amaran tsunami yang tidak mencukupi di kawasan Palu juga menjadi punca rakyat tidak dapat membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejadian bencana alam tersebut.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 skala richer itu turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu dan selang beberapa minit kemudian menggoncang wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.
Ia bukan setakat menggoncang bumi Palu malah telah meragut lebih 1,200 nyawa di pulau berkenaan yang didiami sekitar 17 juta penduduk.
Gempa bumi tersebut bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa malah turut sama memusnahkan harta benda dan premis kediaman, hotel serta perniagaan di sekitar Palu.
KATA ORANG
Ring of Fire Caused #Palu Quake, Not #LGBT Activities. A prominent #Indonesian #Muslim leader has pilloried Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi for claiming that the Palu earthquake was God’s punishment for the immoral activities committed by the LGBTI… https://t.co/j7OujEAMYn pic.twitter.com/gfWcZ8WEAJ
— Alturi.org (@AlturiOrg) October 26, 2018
Zahid di kecam kerana mengaitkan bencana di Palu kerana LGBT https://t.co/U3iTIXxkNq
— Haji [email protected] (@HajiMat5) October 25, 2018
Namanya Ahmad Zahid Hamidi, politikus UMNO Malaysia keturunan Indonesia yg mengaitkan gempa di Palu dg perilaku LGBT. Padahal dia sendiri sedang diperiksa karena kasus korupsi. Ini contoh politikus #Sontoloyo pic.twitter.com/vsvLk5E6IV
— Fauzan (@al_fauzannn) October 25, 2018
Invoke melaporkan bhwa Nik Najmi mendakwa bhw tragedi di Palu X ada kena-mgena dgn kegiatan LGBT di Pulau tsb. Tambahnya lagi bdk2 pun tahu apa yg berlaku di Palu adalah disebabkan kedudukannya berdekatan dgn lingkaran gunung berapi.
— Isac Johore (@isacjohore) October 25, 2018
I can’t believe our ex DPM is someone who actually thinks the earthquake in Palu is due to the LGBT community.
— Shamaine Othman ✊🏼 (@shamaineothman) October 24, 2018
Ni dah bodoh tahap dewa dah ni.
Seriously- do Malaysians hate being smart ? Ingat tak kat zaman sekolah- pandai sikit je kena ejek. Macam we thrive on being stupid.