Kini hampir semua orang mampu menaiki kapal terbang untuk pergi ke mana-mana sahaja yang mereka mahukan.
Pihak syarikat penerbangan juga mempunyai syarat-syarat yang perlu penumpang patuhi seperti berada awal di lapangan terbang sebelum masuk ke dalam kapal terbang.
Terbaru, tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang kematian ayahnya telah dihalang untuk menaiki kapal terbang disebabkan lewat lima minit sahaja pada 10 Februari yang lepas.
Kakitangan Tidak Ada Belas Kasihan
Seorang warganet yang menularkan kejadian tersebut di laman twitternya, Nurul Adira Mohamad telah menyifatkan kru penerbangan Air Asia ke Tawau itu sebagai tidak berhati perut.
Adira juga menyatakan penumpang wanita yang bernama Siti Aisyah Thomas, yang telah dihalang untuk menaiki kapal terbang telah menerima berita kematian ayahnya di Tawau pada jam 12.30 tengahari pada tarikh yang sama.
Bukan aisyah seorang sahaja yang menaiki kapal terbang tersebut, tetapi abangnya Firman Kai Thomas turut berada di dalam kapal terbang tersebut telah memberitahu ‘ground staff’ dan ‘cabin crew’ untuk tunggu adiknya sebentar kerana bukan sengaja adiknya lambat.
Walaupun abangnya merayu kepada kru penerbangan AK5740 untuk membenarkan adiknya memasuki pesawat namun menurut Nurul Adira, rayuannya bersama penumpang lain yang turut bersimpati juga tidak dilayan.
Mohon Ihsan Rakan-Rakan
Setelah tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Tawau itu, Aisyah terpaksa membeli tiket baru dari KLIA ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) kerana penerbangan pesawat yang tidak dibenarkan naik itu merupakan penerbangan terakhir dari KLIA ke Tawau.
Bertambah sedih lagi, Aisyah terpaksa bermalam di KKIA dan terpaksa menunggu penerbangan pada pada 11 Februari ke Tawau sambil berharap sempat berjumpa dengan arwah ayahnya buat kali terakhir.
Bukan itu sahaja, Aisyah telah membelanjakan lebih RM1000 untuk membeli tiket pulang ke Tawau.
Menurut Adira lagi, Aisyah dapat pulang ke Tawau atas pertolongan kawan-kawannya yang sanggup memberikan sumbangan kewangan memandangkan Aisyah bukanlah orang yang berkemampuan.
Juruterbang Ada Sebab Kenapa
Setelah isu ini tular, akhirnya seorang juruterbang tampil memberi penjelasan berkaitan dengan perkara tersebut.
Juruterbang tersebut menyatakan, secara dasarnya tidak ada masalah pun sekiranya kakitangan di bahagian darat dimaklumkan perkara sebenar dan semua atas budi bicara kakitangan berkenaan.
Kata juruterbang itu lagi, tidak menjadi masalah kalau tertangguh lima hingga sepuluh minit apatah lagi melibatkan kes kecemasan seperti kematian dan tidak salah jika saling memahami dan membantu orang dalam kesusahan.
Namun kakitangan di bahagian darat sudah mematuhi jadual penerbangan kerana ketepatan masa berlepas pesawat dijadikan pengukur Indeks Prestasi Utama (KPI).
Jika berlaku penangguhan penerbangan sudah pasti akan menjejaskan KPI kakitangan di bahagian darat dan elaun mereka juga akan dipotong juga, kata juruterbang tersebut.
Air Asia Mohon Maaf
Air Asia memohon maaf atas apa yang menimpa Siti Aisyah Thomas di mana krunya tidak memberi kebenaran untuk menaiki kapal terbang kerana lewat selama lima minit pada 10 Februari lalu.
Namun pihak Air Asia juga cuba untuk menghubungi penumpang berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara sebenar yang terjadi.
Mungkin dengan sikap toleransi dan bertimbang rasa kepada penumpang yang mengalami kecemasan sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.
KATA ORANG
yang cakap pasal rules and semua tu nanti bila dah kena dekat diri sendiri when your parents meninggal dunia macam mana saudari ni kena, memang aku tepuk tangan.
— azminuddinhakim (@hakimmohammad_) February 12, 2019
My condolences to Siti Aisyah and family. I’m really sad reading this thread. How could you guys be so heartless @AirAsia this is how you teach your crew @tonyfernandes ? Robbing money from passengers with your RM3 charge but can’t help a soul. What a great human being, kudos! 👏🏻
— Miss Saxobeat (@johan_sarah) February 12, 2019
Ground staffs tu semua hanya menurut perintah and rules. Mungkin mereka juga simpati tapi takut dgn tindakan yg bakal diterima kalau membenarkan pax tadi naik. Its a heartbroken incident and I hope @tonyfernandes can look into this and come out with some exceptional rules maybe?
— Haie Hadid (@haiehadid) February 12, 2019
If you tolerate one case, there’ll be 10 more later with 10 different stories for being late. It’s not easy to run airline business. If they are late, it’ll effect their KPI and performance statistics. It’s a slippery slope so if you need to fly, just be on time
— Inbaraj (@Inbarajs) February 12, 2019