Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai peniaga mengenakan harga hampir RM1,000 untuk tiga tiga biji durian jenis duri hitam, ochee dan D200 kepada seorang wanita di Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang.

Sumber: MakanLena

Difahamkan ketika kejadian, berlaku pergaduhan di antara pemilik kedai dengan wanita tersebut sehingga pemilik kedai membuat aduan kepada penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang disebabkan ketidakpuasan hati dari penggunanya.  

Apabila disiasat, pihak KPDNHEP mendapati harga tiga biji durian yang dijual itu munasabah dan tiada unsur pencatutan.

Namun lain pula jadinya apabila pemeriksaan lanjut dilakukan, pihak mereka dapati pemilik kedai berkenaan meletakkan tanda harga yang mengelirukan serta mempamerkan tanda harga di dalam bahasa Mandarin. 

Akibatnya, kompaun RM2,000 dikenakan terhadap pemilik tersebut! Lain aduan yang dibuat, lain pula kesalahan yang mendapat. 

 

Peniaga Perlu Faham Garis Panduan Berniaga

Rasanya ramai sahaja peniaga di luar sana yang masih tidak cakna terhadap garis panduan berniaga tidak kira peniaga Melayu atau bukan Melayu. 

Biasalah, bagi peniaga Cina mereka mungkin berasa selesa apabila meletakkan harga dalam bahasa Mandarin mungkin kerana pelanggan yang mereka sasarkan itu hanyalah dalam kelompok mereka sendiri.

Tetapi janganlah sampai garis panduan berniaga juga anda tidak hiraukan. 

Sekarang ini, mana-mana peniaga tidak kiralah peniaga atas talian mahupun peniaga kedai runcit, pasar basah, pasar tani, pasar malam, pasaraya besar, pasar mini, kiosk, kedai sukan, kedai emas, butik pakaian, aksesori sekalipun diwajibkan untuk meletakkan tanda harga dengan jelas pada setiap barangan yang dijual dengan: 

  • Meletakkan tanda harga pada setiap barang atau contoh barangan yang dipamerkan bagi jualan.
  • Menandakan setiap barang tersebut dengan tanda harga yang menunjukkan harga tunai bagi tiap satu unit, satu unit timbangan atau bagi setiap sukatan barangan tersebut.
  • Sekiranya jenis atau saiz barangan tidak sesuai ditandakan harga pada barang itu atas sebab jenis atau saiz, penjual runcit boleh menggunakan satu senarai harga yang menyatakan perihal barang dan harganya dengan jelas.
  • Perihal dan harga ini hendaklah ditandakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Malaysia dan terjemahan sekiranya penjual runcit tidak memahami Bahasa Malaysia.
  • Saiz dan warna tanda harga hendaklah dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna.
  • Harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
  • Pengguna hendaklah mempunyai akses kepada harga pada setiap masa.

 

Tiba Masanya Kuatkuasakan Dengan Lebih Tegas Undang-Undang Sedia Ada

Sumber: Sinar Harian

Sekiranya mana-mana penjual gagal mematuhi garis panduan ditetapkan, mereka sama sekali boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Nasib la kena kompaun RM2,000 sahaja! Bagi penjual di luar sana, jadikan pengajaran. Jika ada yang masih meletakkan tanda harga dalam apa sahaja tulisan selain dari Bahasa Malaysia, ambil maklum tentang perkara ini.

Jika nak diikutkan, bukan di Pulau Pinang sahaja yang banyak berlaku situasi seperti ini. Negeri-negeri lain juga sama sahaja. Adakah disebabkan kelemahan penguatkuasaan itu menyebabkan ramai peniaga sewenang-wenangnya melanggar akta yang ada?

Jadi, sudah sampai masanya penguatkuasa jalankan operasi mengejut di seluruh negara dengan memeriksa dan menguatkuasakan dengan tegas undang-undang ini. Jika memang sudah terang-terang mereka lakukan kesalahan, tindakan tegas sememangnya perlu diambil dengan segera bagi melindungi hak pengguna.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah disebabkan kelemahan penguatkuasaan itu menyebabkan ramai peniaga sewenang-wenangnya melanggar akta yang ada?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN