Agak lama netizen tidak mendengar nama selebriti yang penuh kontroversi, Dato Noruliman atau lebih dikenali sebagai Dato Boy Iman. Artis yang terkenal sekitar awal 2000-an dalam filem Blok 404 dan Kem 505 terpalit dalam beberapa kes penipuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini .
Antaranya penipuan membabitkan hartanah bernilai jutaan ringgit serta penipuan tahap pendidikan.
UM Nafi Pelajar PhD
Di pihak Universiti Malaya (UM), Pejabat Komunikasi Korporat UM telah mengesahkan tiada pendaftaran graduan atas nama Dato Noruliman sebagai penuntut peringkat doktor falsafah (PhD) di UM. Malah, nombor id kad pelajar yang dipaparkan adalah palsu.
Selain dikatakan menerima pendidikan PhD, beliau turut mengakui pernah menerima ijazah doktor kehormat. Memetik laporan Utusan Malaysia, pemberian itu diterima dari kolej yang mempunyai jaringan dengan universiti di Chennai, India.
Sambung Master Pula
Setelah terpalit dengan penipuan pendidikan di peringkat PhD, kali ini beliau tampil sekali lagi dengan pengumuman melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Pengumuman tersebut dilakukan di laman media sosial Instagram miliknya.
Berdasarkan hantaran terbaru di laman Instagram tersebut, Dato Boy Iman menyatakan bahawa beliau telah menerima Kad Pelajar dengan dipaparkan gambar, nama beliau serta nombor id pelajar. Dikatakan pemberian kad pelajar tersebut telah memberikan semangat luar biasa buat dirinya.
Ini merupakan azam tahun 2019 buat Dato Boy Iman untuk melanjutkan pelajaran. Berdasarkan maklumat dari kad pelajar yang dipaparkan, beliau menyambung pelajaran di peringkat Master dalam Pentadbiran dan Perniagaan. Walau bagaimanapun, lambang logo institusi pendidikan tersebut tidak dapat dipastikan kerana ditutup.
Difahamkan, Program Eksekutif Master merupakan program yang ditawarkan kepada mana-mana individu yang sudah bekerja untuk menyambung pelajaran hanya dengan menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apa yang difahamkan program ini tidak dibenar untuk diguna pakai sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD.
Netizen Sangsi
Bagi sesetengah netizen, mungkin ada yang berasa curiga dengan tindakan Dato Boy Iman itu. Ia ekoran sebelum ini beliau mempertahankan tahap pendidikan PhD yang diterimanya meskipun dinafikan oleh pihak UM.
Malah, berdasarkan rekod pelbagi kontroversi penipuan sebelum ini sudah tentu membuatkan ramai pihak tidak mempercayainya.
Sama ada benar atau pun tidak beliau menyambungkan pembelajaran di peringkat Master, terpulang kepada netizen untuk menilai. Sekiranya benar, kita mengharapkan agar yang terbaik buat dirinya untuk berubah.
KATA ORANG
Oklah tu buat PhD dulu lepas tu Master, lepas tu ambik Ijazah diikuti dengan Diploma, ambik SPM pulak....lepas tu ambik PT3, lulus ambik UPSR.
— Abdullah Mohd Yunos (@AbdullahMY74) April 4, 2019
Last sekali baru ambik Tadika Kemas https://t.co/1fcccmLvnT
Sudah²lah @Boy_Iman asyik nak menipu orang ramai. Penting sangat ke gelaran Doktor (Falsafah) tu? Tak cukup ke gelaran palsu Dato' kau tu? Berani betul kau kencing orang ramai. @UniMalaya pun dah keluarkan kenyataan. Harap pihak @PDRMsia buka siasatan kes penipuan Man Belon nie. https://t.co/yx1vwUzVVg
— © النورولاسوان مصطف ® (@encikISWAN) April 6, 2018
Tuduhan menipu ni satu hal. Satu lagi yang aku geram dengan Dato Dr Boy Iman ni, perut dia.
— SAZWAN (@Sazwan_Bensahar) September 23, 2017
Sama ada 'Dato' 'Dr' iman boy girl tu menipu ke tak korg fikir sdrilah. Malas nak cakap byk dgn manusia yg x suka guna otak.
— L.E.N.G (@AMuslimRozlan) September 8, 2017