Bagi masyarakat Islam, Al-Quran adalah kitab suci yang sangat dimuliakan. Malah, setiap orang Islam juga perlu menghormati dan menjaga adab terhadap setiap naskah Al-Quran it.

Tetapi lain pula dengan remaja perempuan ini yang bertindak biadab dengan memijak senaskhah Al-Quran yang dipercayai berlaku di Kelantan gara-gara mahu membuktikan dia tidak berzina dengan seorang lelaki.

Tindakan remaja ini tular di Facebook sejak semalam sambil dirakam individu lain dan disaksikan dua lagi remaja perempuan yang turut bercakap dalam dialek Kelantan hingga mengundang reaksi marah netizen yang rata-ratanya menyelar tindakan remaja terbabit.

 

Buat Akuan Sumpah

Berdasarkan rakaman tersebut, remaja itu dilihat telah disoal sekumpulan remaja perempuan berhubung perbuatan zina sambil seperti mengangkat sumpah di depan seorang lagi rakan perempuannya yang memintanya membuat pengakuan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sumber: http://www.kualalumpurviral.com

Remaja itu kemudiannya dilihat mengangkat kitab Al-Quran yang berwarna hijau apabila melihat kereta Perodua Kancil melalui kawasan terbabit sebelum meletakkannya di dalam raga motosikal.

Mereka juga mengunakan bahasa tidak sopan dan turut bergelak ketawa sambil remaja terbabit mengaku berzina tanpa kerelannya.

Malah, remaja terbabit dipaksa minum air penawar kononnya untuk menyokong sumpah yang dilakukan.

 

Undang Pelbagai Reaksi

Sumber: Siakap Keli

Video yang mula tular di Facebook sejak petang semalam hingga ke hari ini nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya marah dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan gadis itu.

Tidak kurang juga, ada yang mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kesemua remaja terbabit.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menerangkan situasi sebenar yang berlaku di dalam rakaman terbabit.

Ada yang mengatakan remaja terbabit sebagai orang kehilangan upaya (OKU), lurus bendul dan lembam berikutan cara remaja ini yang dilihat jenis ‘ikut arahan orang’ di dalam video itu.

 

Remaja Ditahan Polis

Sumber: Facebook Kawe Anok Kelate

Keempat-empat remaja ini telah berjaya dikesan pihak polis dalam serbuan di Tanah Merah, Kelantan dan ditahan untuk membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim mengatakan kesemua suspek berusia 17 tahun itu telah ditahan untuk dibawa ke Mahkamah Tanah Merah dan dikenakan perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 21 Julai ini yang mana kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

 

Kurang Didikan Agama Jadi Punca?

Memang tidak dinafikan, masalah sosial remaja yang kerap berlaku pada hari ini adalah disebabkan kurangnya didikan agama dari ibu bapa.

Bila anak lakukan kesilapan, memang ibu bapalah yang akan dipersalahkan kerana seolah-olah tidak pandai menjaga anak sehinggalah anak mudah sekali terpengaruh dengan budaya tidak sihat hingga sanggup bertindak di luar batasan.

Pendidikan dari rumah itu sangatlah penting. Ibu bapa perlu beri bimbingan serta pendidikan agama yang terbaik buat anak-anak supaya mereka tidak diperalatkan atau membuli rakan-rakan sesuka hati dengan membabitkan “agama” sendiri.

Perlu tahu bahawa soal agama bukan boleh dibawa main walau untuk gurauan semata-mata. Al-Quran itu adalah untuk dijunjung dan bukannya dipijak sesuka hati. Jika kitab suci pun berani diperlekehkan, rukun Islam yang lain apatah lagi…

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN