Sumber: Wanista

Sudah pastinya setiap individu mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Mengukir kejayaan, menggapai cita-cita serta memiliki si dia untuk menjadi cinta hati terbaik bagi diri mereka.

Namun begitu, bagi golongan wanita, ramai yang mengeluh perubahan yang dialami oleh pasangan selepas perkahwinan. Perubahan yang berlaku pada pasangan seolah-olah dianggap seperti tidak memikirkan diri mereka sama sekali. Hakikatnya tidak sama sekali.

Sumber: India Times

Fasa Sebelum Kahwin Sangat Indah

Benar, fasa sebelum perkahwinan merupakan fasa yang indah buat setiap individu khususnya wanita. Mana tidaknya, dari sekecil-kecil perkara seperti memberi bunga, membalas mesej dan whatsapp-whatsapp romantik sehingga kepada menyanyikan lagu cinta kepada wanita tanpa rasa malu adalah bertujuan untuk membuktikan ketelusan hati memiliki anda.

Namun begitu, sekiranya perkara yang sama tidak dilakukan selepas perkahwinan bukanlah bermaksud mereka tidak mencintai anda, tetapi kerana mereka sudah pun memiliki anda. Perlu diketahui, ketika ini keutamaan telah berubah. Dari fasa memiliki anda kepada fasa memberi makan dan tempat tinggal yang selesa kepada anda.

Sumber: Flickr

Menunggu Kata-Kata Cinta Seperti Menunggu Kucing Bertanduk

Ketika ini, menantikan kata-kata cinta daripada seorang lelaki seperti menunggu kucing bertanduk atau seperti menunggu buah yang takkan gugur. Walaupun anda menantikan ungkapan tersebut bertahun-tahun lamanya.

Jangan pernah menyangka kehidupan selepas kahwin seperti dalam siaran drama Melayu ‘petang-petang’. Dilahirkan dalam keluarga kaya, berkahwin dengan orang berjaya, mempunyai masa romantik yang banyak bersama, melancong ke sana dan ke sini serta pelbagai lagi.

Terimalah realiti kehidupan yang sebenar. Realiti hidup tidak seperti apa yang kita idam-idamkan. Membandingkan realiti sebenar dengan filem akan membuatkan anda kecewa.

Sumber: Sains Komputer

Ketika ini, setiap pasangan sedang memikirkan beban tanggungjawab yang dipikul. Bukan sekadar makan minum, tetapi bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro, bayaran rumah, kereta barangan dapur dan segala-gala lagi yang membuatkan lelaki lebih banyak memikirkan perkara yang lebih penting.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar membuatkan pasangan anda mencari jalan terbaik untuk sama-sama survive.

Definisi Romantik Selepas Berkahwin Berubah

Bukan situasi sahaja berubah, definisi romantik juga berubah selepas anda melayari bahtera rumah tangga. Tidak romantikkah lelaki yang membantu anda melakukan kerja-kerja rumah, membersihkan rumah, membasuhkan kereta anda, membelikan baju dan keperluan anda? Sama ada anda sedar mahupun tidak, definisi romantik telah pun berubah ke arah perkara yang lebih utama.

Mungkin juga ramai yang tertanya-tanya kenapa lelaki tidak berbual-bual dengan si isteri seperti mana mereka berbual-bual dengan orang lain? Apa yang anda perlu tahu nilaian lelaki adalah berbeza dengan wanita. Mereka lebih tertarik bercerita mengenai objek/ barang seperti motor kereta, sukan, politik dan sebagainya.

Bagi wanita pula, perbincangan mereka berkisar soal manusia dan perasaan. Disebabkan wanita lebih suka menonton filem romantik, membaca novel dan menatap majalah hiburan, maka mereka lebih cenderung bercakap tentang diri mereka, keluarga, perasaan dan kecantikan.

Lelaki Tetap Menjadi Pendengar Setia Anda

Ini menjadi faktor kenapa wanita lebih suka bercakap-cakap berbanding lelaki. Bagi wanita, bercakap mampu melegakan perasaan mereka, meluahkan apa yang terpendam. Tapi itu tidak bermakna lelaki tidak melayan anda. Lelaki tetap akan mendengar keluhan anda dalam masa yang sama memikirkan solusi terbaik buat anda.

Sumber: Asyraffarique

Namun, jangan pernah mempertikaikan kasih sayang suami kepada anda. Percayalah lelaki tetap memiliki sifat romantik buat anda.

Nilailah sifat romantik seorang suami itu tatkala mereka berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga yang baik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Benarkah lelaki kurang romantik?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN