“Habis belajar nanti, cepat-cepat mohon kerja kerajaan!”

“ Engkau tak nak mohon kerja kerajaan ke, senang anak cucu nanti.”

Anda pernah dengar ungkapan ini? Ataupun anda salah seorang yang memikirkan tentang  perkara yang sama?

Namun bukan semua orang mahu berkerja dibawah sektor kerajaan. Ada yang ingin membuka perniagaan sendiri, bekerja secara bebas ataupun membuka kedai makanan.

Namun rata-rata golongan masyarakat suka berkhidmat di bawah sektor kerajaan dek kerana manfaat yang boleh mereka miliki sehinggalah tamat waktu perkhidmatan.

Walaupun anda bekerja sebagai kerani Am sahaja, anda tetap akan mendapat manfaat yang sama seperti bantuan perumahan. Dimana anda layak menyewa kuarters-kuarters yang ada dibina di seluruh Malaysia dengan harga yang sangat murah.

Siapa yang tidak mahu manfaat sebegitu bukan?

Dan satu lagi faktor yang menyebabkan mengapa ramai yang berpusu-pusu ingin memohon untuk bekerja di bawah sektor kerajaan adalah kerana kemudahan untuk staf kerajaan memohon pinjaman malah sehinggakan ada yang membuat pinjaman berkali-kali.

Hanya orang yang bekerja swasta tahu betapa sukarnya ingin memohon pinjaman dengan bank, tidak kiralah pinjaman rumah, kereta mahupun pinjaman peribadi.

 

Wanita Kerja Kerajaan Sasaran Lelaki

Namun pernahkah anda terdengar, wanita-wanita yang bekerja kerajaan sering menjadi pilihan lelaki-lelaki Malaysia kerana mudah untuk diminta membuat pinjaman dikemudian hari?

Seperti pengakuan yang dibuat oleh seorang lelaki, yang didedahkan oleh rakannnya.

Sumber : Facebook (Harith Faisal)

Terkejut atau marah? Apa pendapat anda tentang pengakuan tersebut?

Namun itulah realitinya, bukan satu dua wanita yang pernah buat pengakuan sebegitu malah terlalu ramai.

Dan rata-rata daripada mereka mengaku bahawa mereka terpedaya dengan pujuk rayu si suami yang bijak menyusun ayat untuk memancing mereka.

Lebih menyedihkan, apabila hutang sudah keliling pinggang, suami pula beralih arah dan menceraikan mereka dengan alasan tidak lagi sependapat.

Maka tinggallah mereka dengan hutang yang banyak, dan tiada tempat untuk lari lagi.

 

Ketatkan Syarat Pinjaman Wang

Patutkah permohonan pinjaman oleh penjawat awam juga perlu mula diketatkan kerana semakin hari semakin banyak kes-kes sebegini mula dilaporkan.

Yang menyedihkan, orang yang membelanjakan wang pinjaman boleh hidup bebas tanpa sebarang beban. Orang yang terperangkap pula yang terpaksa menanggung beban seorang diri.

Sungguh tidak adil.

Dan jika dilihat secara kasar, memang tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang suka berhutang.

Adakalanya ianya dilakukan semata-mata untuk nampak mewah dan kaya sedangkan semuanya adalah hasil dari wang pinjaman yang dilakukan mereka.

Malah ada yang sanggup membuat pinjaman semata-mata hanya untuk melancong mahupun membeli telefon bimbit baru.

Wajarkah mereka berbuat demikian?

Kerana itu, sangat relevan untuk pihak bank mengetatkan lagi syarat kelayakan untuk membuat pinjaman walaupun untuk penjawat awam agar dapat membanteras sikap pemboros rakyat Malaysia yang semakin berleluasa.

Malah cara ini juga juga dapat mengelakkan orang-orang yang tidak bersalah dari dipaksa membuat pinjaman untuk kepentingan orang lain.

 

Jadilah Isteri Yang Bijak, Bukan Turut Sahaja Kata Suami

Sungguh tidak adil apabila ramai para isteri yang dipaksa membuat pinjaman atas nama mereka demi kegunaan si suami.

Alasan sebagai modal memulakan perniagaan yang belum tentu boleh menguntungkan tidak patut dipercayai sama sekali.

Malahan semua orang sedia maklum tentang risiko sesuatu pinjaman yang dibuat, lebih-lebih lagi apabila penolakan pembayaran hutang dibuat terus melalui sistem gaji mereka.

Memang benar, jika sesuatu berlaku kepada si penama yang membuat pinjaman, pinjaman tersebut akan dianggap langsai kerana dilindungi oleh takaful.

Namun, bagaimana pula jika si suami menceraikan anda disaat anda masih berhutang?

Bolehkah hutang tersebut dianggap langsai ataupun anda tetap kena menyelesaikan hutang tersebut walaupun si suami sudah lepas tangan?

Beringatlah sebelum terkena, jangan hanya kerana ingin mendapat gelaran ‘isteri mithali’ anda sanggup meletakkan diri sendiri pada risiko yang tidak wajar sebegitu.

Jadilah tegas dengan pendirian anda, jangan hanya tunduk membabi buta.

Bagi yang masih belum berkahwin, jadikanlah kisah ini pengajaran. Memang betul, ramai lelaki di luar sana yang baik-baik belaka, namun ramai juga yang mempunyai agenda tersembunyi yang hanya akan ditunjukkan bila anda sudah sah nanti.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN