Kecoh satu video yang tular di media sosial mengenai seorang lelaki cina dikatakan nampak hantu didalam keretanya.

Sumber:YouTube

Dalam video berkenaan jelas kelihatan yang dia secara tiba-tiba menghentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat dan menjerit meminta tolong.

Kejadian dilaporkan berlaku di persimpangan Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi semalam.

Sebut Kalimah Allah

Apa yang mengejutkan orang ramai, dalam keadaan dia berlari berkeliaran sambil meminta tolong, lelaki berkenaan turut menyebut kalimah Allah dan meminta orang ramai menghantar beliau ke masjid yang berhampiran.

Apakah yang menyebabkan dia bertindak demikian? Mungkin kerana terlalu takut dengan ‘penampakan hantu’ di dalam kenderaannya itu menyebabkan dia bertindak begitu.

Persoalannya kini, adakah benar-benar wujudnya hantu pada masa ini? mungkin ada dikalangan kita tidak percayainya da menyifatkannya benda mengarut.

Namun di dalam islam kita wajib percaya perkara-perkara yang ghaib atau tidak nampak seperti malaikat, jin dan sebagainya.

“Allah Beri Hidayah”

Namun, ada juga yang menganggap lelaki cina itu diberikan hidayah sehingga ingat nama Allah dalam keadaan yang begitu takut.

Memang benar dan jelas bahawa hidayah itu milik Allah dan ia didatangkan kepada HambaNya dengan pelbagai bentuk rupa dan cara.

Mungkin masyarakat kita melihat tindakan lelaki berkenaan macam kelakar tetapi itulah bukti kebenaran yang maha Esa.

Mungkin Dirasuk Atau Mabuk

Tetapi rata-rata netizen pula menyangka lelaki berkenaan mungkin dirasuk atau terlalu mabuk sehinggakan fikirannya celaru dan kononnya ternampak kelibat hantu didalam kenderaannya itu.

Mereka mempersoalkan rasional kewujudan hantu ditengah bandaraya pada jam 7 pagi.

Secara terperincinya, orang ramai juga masih tidak mengetahui apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan. Namun, kejadian seperti ini tidak pernah lagi berlaku di negara kita.

Gangguan Jin

Al-Qur’an memperakui adanya jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Qur’an sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam.

Sumber:Kickstory | Lifestyle Blogger

Gangguan jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yang tidak dapat kita nafikan. Allah SWT menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus.

Kerana itu, jin berupaya menyakiti dengan memasuki badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan dalam pelbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya.

Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Tanda-Tandanya

Apabila jin-jin ini memasuki badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita.

Sumber:SentiasaPanas

Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu.

Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Sumber:islamudina.com

Selain itu, gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit.

Lebih 80 Jin Yang Ada Dalam Badan Manusia

Ada pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu.

Sumber:imedik

Kebanyakan pesakit yang sakit akibat gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka.

Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda masih percaya kewujudan hantu pada masa ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN