Akhirnya rakyat Kelantan dapat menikmati lebuh raya pertama yang dibuka sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos 2018. Lebuh raya pakej pertama 1B Pasir Hor ke Kadok ini dikawal selia oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek mega itu bernilai RM1.8 bilion itu terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu Pakej 1, 2 serta 3 melibatkan jajaran sepanjang 73 kilometer.

Rakyat Kelantan pastinya teruja melalui lebuh raya yang berharga RM168 juta ini dan akan menempuh beberapa perkampungan, sawah padi dan beberapa jambatan.

Jajaran ini memiliki kualiti gred R5 iaitu jalan dengan kelebaran minimum 3.5 meter dan ketinggian sehingga enam meter dari aras tanah.

Di samping laluan empat lorong dua hala, Pakej 1B melibatkan pembinaan enam jambatan, dua persimpangan lampu isyarat, dua jejambat serta lima terowong kecil atau vehicular box culvert (VBC) bagi memudahkan pesawah berulang-alik di kawasan itu.

 

Dua Lagi Lebuh Raya Akan Dibina Kemudahan Buat Rakyat Kelantan

Untuk projek lebuh raya fasa 2 dan 3 sedang dijalankan. Bagi fasa 2A ia dibina melalui Kadok ke Ketereh sejauh 6.4 kilometer melibatkan peruntukkan RM170 juta yang mana ia dijangka disiapkan November 2018.

Bagi fasa 2B pula, dari Ketereh ke Kok Lanas sejauh tujuh kilometer yang berharga RM200 juta juga sudah dimulakan pembinaan di peringkat awal.

Pakej ini juga bersambung dengan Pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dengan jarak keseluruhan 390 km, adalah jalan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Selatan dan Kuala Lumpur, selain melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 yang ingin ke Kelantan.

Untuk pengetahuan, syarikat Kontraktor Chengal Jati yang memperolehi kedua-dua projek tersebut.

 

Pandangan Mereka Tentang Lebuhraya Baru Ini

Sumber: Orebule

Ada segelintir rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang menerima pembangunan yang dijalankan di negeri itu dan tidak terkecuali juga mereka yang menentang dan membangkitkan isu lain, sedangkan projek lebuh raya sudah lama dinantikan buat rakyat Kelantan.

Pada 28 Mei 2012, bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah dan meletakkan batu asas pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Felcra Mek Nab, Berangan, Machang.

Projek ini sepatutnya sudah siap pada tahun 2017 lagi tetapi baru sekarang ia siap dibinia untuk Fasa 1. Difahamkan isu pembinaan lebuh raya ini terus menjadi perbualan hangat apabila Kerajaan Pas Kelantan turut menukar kontraktor yang dilantik beberapa kali malah salah sebuah syarikat tersebut turut memfailkan saman kerana mendakwa ditamatkan kontrak tidak mengikut prosedur.

Apabila lebuh raya ini siap dibina, timbul pula isu kononnya rakyat Kelantan mahukan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) diteruskan kerajaan persekutuan.

Ia susulan Kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan pada ketika ini tidak mampu untuk membayar kos projek tersebut.

Malah tegasnya, buat masa ini, Malaysia tidak memerlukan projek seumpama itu.

Keputusan dibuat Dr Mahathir itu juga telah dimaklumkan kepada rakan sejawatnya, Li Keqiang dan Presiden China, Xi Jinping pada lawatan lima harinya ke China sebelum ini.

 

Jimat Masa Balik Kampung

Sumber: Berita Harian Online

Dengan pembukaan sebahagian jajaran Pakej 3 Central Spine Road (CSR) dari Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis ke Kampung Seberang Jelai, Kuala Lipis, Pahang dengan empat lorong ia telah menjimatkan masa perjalanan perantau dari Kuala Lumpur selama 60 minit.

Jadi dengan pembukaan lebuh raya baru Fasa 1, 2, dan 3 nanti, sudah pasti perjalanan mereka lebih selesa terutama di musim perayaan, cuti sekolah dan sebagainya.

Sumber: Sinar Harian

Kalau sebelum ini mereka terpaksa bersesak berbelas jam, namun dengan pembukaan banyak lebuh raya di Kelantan, kesesakan jalan raya ini dapat diatasi dengan baik.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Fatin wajar dipersalah?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN