Baru-baru ini tular video seorang remaja berusia 14 tahun menikahkan dua orang kakaknya pada bulan September 2018.

Muhammad Amierul Adlie Basiran mengambil alih tanggungjawab sebagai anak tunggal lelaki selepas bapanya, Basiran Ali meninggal dunia akibat kanser sebulan sebelum dua orang kakaknya akan berkahwin.

Sumber: mstar.com.my

Amierul menjadi wali buat kali pertama untuk kakak ketiganya Nur Aina Nabihah Basiran pada 22 September 2018.

Manakala, pada 29 September 2018, Amierul sekali lagi menjadi wali untuk pernikahan kakak keduanya, Nur Amirah Basirandi.

Pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah bapanya agar mengambil alih tugasnya menjaga keluarga dipegang erat oleh Amierul.

Perkara itu membuatkan dia lebih matang dari usia apabila dia berani memikul tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh arwah bapanya itu.

Rata-rata netizen memuji akhlak Amierul dan juga kematanganya lebih pada usia dalam menjalankan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya itu.

 

Layakkah Amierul Jadi Wali?

Sumber: Bernama News Channel (Twitter)

Kebanyakkan persoalan yang timbul berhubung usia Amierul. Umur 14 tahun jadi wali? Bolehkah begitu? Sahkah pernikahan kakak-kakaknya itu? Tahukah Amierul apa itu wali?

Sebelum ini pun netizen kecoh pasal perkahwinan bawah umur, ada yang membidas katanya tidak matang, tidak pandai uruskan rumahtangga dan sebagainya, dan ada juga yang menyokong.

Tetapi bagaimana dengan Amierul? Masih dibawah usia 18 tahun tetapi boleh jadi wali lagi dan mampu kahwinkan kakak-kakaknya.

Netizen berhak bersuara tetapi persoalan itu semua boleh dijawab kerana ahli keluarga Amierul menyatakan pihak keluarga telah merujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka untuk calon menjadi wali.

Apabila cukup syarat utama untuk menjadi wali, Amierul telah dipilih untuk wakil sebagai wali bagi pernikahan kakak-kakaknya itu dan dia juga bersetuju untuk memikul tanggungjawab itu.

 

Syarat Sah Jadi Wali

Dalam Islam, untuk menjadi wali adalah dari ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin perempuan.

Sumber: Berita Harian Online

Wali adalah amat penting dalam satu akad perkahwinan tanpa wali perkahwinan itu tidak sah.

Islam mensyariatkan wali dalam perkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan.

Wali itu pula mesti memenuhi syarat utamanya, iaitu:

Islam
Baligh
Berakal – Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
Lelaki
Adil
Merdeka.

 

Jenis Wali

a) Wali Mujbir
laitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas kepada seseorang gadis.

b) Wali bukan mujbir
laitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.

Wali mujbir boleh mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara samada yang sudah cukup umur atau belum tanpa perlu meminta izin gadis tersebut.

Wali mujbir disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada terlebih dahulu.

Wali bukan mujbir, mestilah meminta izin terlebih dahulu daripada gadis.
Antara tanda yang menunjukkan gadis bersetuju sudah memadai dengan diam atau dia tersenyum

c) Wali hakim
Seseorang boleh berkahwin menggunakan wali hakim/wali raja di atas sebab-sebab berikut:

1.Muallafah
2.Anak luar nikah
3.Wali ghaib
4.Wali enggan
5.Tidak ada wali nasab
6.Wali berada jauh melebihi dua marhalah (86 km) ,sukar untuk dihubungi melalui mana-mana alat telekomunikasi samada secara lisan atau bertulis.

Tiada apa yang pelik dalam kes Amierul yang baru berusia 14 tahun ini menjadi wali. Jika cukup syarat sah anda menjadi wali ia adalah sah disisi agama.

KATA ORANG

@baebychubby Yes benda ni sensitive kan? Lagi kita anak perempuan. If nak kahwin, dia akan jadi wali kita. I pun always fikir benda tu hm

then ada jugak yang datang memohon “wali raja” sebab dia mualaf. dia nak kahwin tapi takde wali. convert since 2012. hahaha suka pulak aku duduk dalam ni. baru tahu dalam dunia ada macam macam hal.

Imagine calling your parents toxic, tapi bila kahwin, duit kenduri A-Z mak ayah keluar, ayah yang jadi wali nikahkan & so on....#ICantRelate twitter.com/syafiqhariz1/s…

I wish ayah panjang umur and dapat jadi wali masa i kahwin nanti. Amin... ayah mesti akan cover dari nangis and i would cry. Hahahah cause im the only his little's girl 😁 twitter.com/Awantona/statu…

KATA ANDA

Adakah anda rasa relevan remaja bawah 18 tahun menjadi wali?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN