Bukan mudah menjadi seorang pemimpin, setiap perkara dan gerak-geri yang dilakukan akan diperhatikan secara terperinci oleh orang ramai. Lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu menjawat jawatan penting dalam sebuah badan yang penuh berintegriti. Sudah pasti kesilapan kecil pun tetap akan diperbesar.

Sumber: Umno Online

Perkara ini yang berlaku kepada Latheefa Koya. Selepas perlantikan beliau selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penuh kontroversi, hari ini beliau dipalit dengan kontroversi terbaru. Bukan tugas atau tindakan, tetapi bintang kebesaran yang terpapar pada baju uniform rasmi SPRM miliknya.

Warga Maya Persoalkan

Ramai pengguna mula mempersoalkan kesemua bintang kebesaran di bajunya, ini kerana tempoh beliau menjawat jawatan selaku ketua pesuruhjaya tidaklah sampai sebulan, tetapi sudah penuh di dada. Sedangkan hanya orang yang mempunyai pengalaman yang lama dan bertauliah sahaja yang layak diberikan kesemua bintang kebesaran.

Sumber: Alex Fred Diglin

Memetik laporan Malaysiakini, pelbagai kritikan lain turut dilontarkan oleh warga maya. Ada yang mempersoal jumlah pingat yang dipakai serta bar perkhidmatan yang hampir penuh. Malah, ada juga yang bertanya siapa yang diberi ‘upah’ untuk membeli kesemua pingat tersebut.

Alang-alang isu semakin panas, UMNO mengambil kesempatan dengan meminta SPRM memperincikan bintang kebesaran yang diterima oleh Latheefa. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa, perkara itu perlu dilakukan atas prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan yang menjadi sandaran SPRM.

Sumber: Facebook TTKM

Perlu Melalui Prosedur Untuk Mendapatkan Bar Perkhidmatan

Bagi sesuatu jabatan kerajaan yang melibatkan uniform (kecuali polis dan tentera) mereka perlu melalui prosedur tertentu bagi mendapatkan penganugerahan bar perkhidmatan. Setiap bar yang diberi pula perlulah mendapatkan penilaian dari segi tahun berkhidmat, sumbangan dan pencapaian.

Untuk mendapatkan pelbagai bar perkhidmatan cemerlang, individu tersebut mestilah mempunyai sumbangan yang luar biasa kepada jabatan atau negara. Tetapi dalam kes Latheefa terdapat perbezaan.

Bolehkah Latheefa Koya Memakai Kesemua Bar Perkhidmatan Tersebut?

Jawapannya boleh sekiranya beliau benar-benar berkelayakan. Namun definisi kelayakan terletak di bahu SPRM sendiri untuk menjelaskan. Namun beberapa penjelasan menarik daripada seorang warga maya yang bekerja sebagai jabatan kerajaan mungkin boleh dipertimbangkan.

Sumber: Facebook Encik Adil Rafael
Sumber: Encik Adil Rafael

Apa pun SPRM perlu bertanggungjawab memberi penjelasan kepada kemelut yang melanda ini bagi memastikan imej mereka sebagai badan yang berintegriti tidak terhakis. Kepercayaan rakyat merupakan teras penting bagi SPRM.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Bolehkah Latheefa memakai kesemua bar perkhidmatan tersebut
24 votes · 24 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN