Pelbagai pertikaian wujud atas pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Johor Sheikh Omar Ali sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Hanya kerana Sheikh Omar adalah dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), ia menjadi persoalan beberapa pihak mengenai perkara ini.
DAP hanyalah sebuah parti yang tidak melibatkan agama seseorang, jadi tidak ada isu mengapa Sheikh Omar ini tidak layak dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Yadim.
Lantik Ikut Merit Dan Kelayakan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof mengesahkan pelantikan Sheikh Omar berdasarkan merit, kelayakan dan pengalaman.
Sheikh Omar dilantik atas kelayakannya sebagai seorang yang ada latar belakang agama.
Mujahid menegaskan tidak ada persepsi negatif kerana beliau seorang muslim, ada merit dan juga ada sumbangan idea yang baik sebelum ini.
Sheikh Omar, yang juga exco pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan ekonomi kreatif Johor telah mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya (UM) dengan pengkhususan dalam dakwah.
Pelantikan Sheikh Omar itu dipercayai yang pertama melibatkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan kerajaan pusat.
Sheikh Omar juga merupakan seorang aktivis dengan pemahaman Islam yang jelas, hanya kerana beliau ahli DAP, haknya dinafikan? Itu tanggapan yang salah.
Dikritik Pemimpin Pembangkang
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoal pelantikan tersebut.
Asyraf mendakwa ini kerana DAP merupakan parti yang secara konsisten tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi bagi negara ini.
Persoalan itu ditimbulkan dalam akuan facebooknya selain menegaskan Yadim seharusnya kekal sebagai badan dakwah ulung melangkaui parti politik yang berperanan melebarkan kefahaman Islam dan menyebarkan dakwah Islamiah dan Islahiah di kalangan rakyat sejak penubuhannya 1974.
Nampaknya satu persatu institusi Islam mula diusik dan dirobek oleh Kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang didominasi DAP kini.
Dalam nada yang sama, Pas juga membuat kenyataan yang sama menyifatkan penstrukturan baru Yadim di bawah kerajaan Pakatan Harapan bakal menyaksikan DAP mencorak badan amanah itu dan akan menyimpang jauh daripada matlamat asal penubuhannya pada tahun 1974.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyudin Hassan, Yadim diambang akan berubah menjadi entiti untuk kepentingan politik Pakatan Harapan.
Ini, katanya, berdasarkan komposisi ahli-ahli lembaga badan itu yang kini dibarisi sebahagian besarnya di kalangan pemimpin parti-parti Pakatan Harapan termasuk dari DAP.
Sehubungan itu, kata Takiyudin, Pas turut meragui dasar dan pendekatan baru Yadim mampu mencapai matlamat penubuhannya untuk menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta badan bukan kerajaan (NGO).
Kumpulan pendesak Melayu Perkasa pula mempersoal relevan pelantikan Sheikh Omar ini yang didakwa mempunyai pemikiran liberal kerana sanggup bersekongkol dengan dasar DAP.
Naib Presiden Perkasa, Hassan Basri Muhammad berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara seorang ahli DAP yang pimpinannya kebanyakannya dikuasai bangsa cina dilantik menganggotai lembaga pengarah sebuah agensi Islam yang berteraskan dakwah.
Persoalannya timbul bukan isu kelayakan akademi walaupun menggunung ijazahnya dalam bidang pengajian Islam tetapi ia lebih signifikan tentang pemikiran dan perjuangan liberal beliau sehingga sanggup bersengkokol dasar parti Dap.
Naratif Lama BN Untuk Menakut-Nakutkan Pihak Lain
Susulan kritikan itu, Sheikh Omar berkata, tindakan Asyraf menggunakan DAP untuk menakutkan orang ramai adalah naratif lama yang dibawa BN.
Sebaliknya, jelas Sheikh Omar, dengan pelantikannya dalam Yadim, skopnya untuk berdakwah lebih luas dan tidak terhad sebagai pemimpin DAP.
Tidak sepatutnya kenyataan bersifat sentimen ini dikelaurkan oleh Asyraf sewajarnya beliau menyatakan sesuatu yang baik bagi menjaga kepentingan yayasan berkenaan.
DAP Hanya Sebuah Parti
Rata-rata rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno dan juga Perkasa yang melihat tidak melihat kelayakan Sheikh Omar dilantik.
Mereka menegaskan DAP hanyakah sebuah parti dan bukannya mewakili pemikiran Sheikh Omar sebagai seorang Islam. Sheikh Omar sememangnya layak untuk menjadi anggota lembaga Yadim.
Asyraf sebagai orang Melayu dan Islam sepatutnya tidak menimbulkan persoalan begini, malah menyokong tindakan kerajaan melantik Sheikh Omar yang juga sebangsa dan seagama dengannya.
Kecualilah Mujahid lantik orang bukan Islam sebagai anggota lembaga Yadim. Rakyat pun akan membantah sekeras-kerasnya pelantikan tersebut.
Dan untuk rekod, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah mengulangi pendirian bahawa parti itu tegas memperakui Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Nampaknya, Umno cuba memainkan sentimen perkauman lagi di negara ini. Cukuplah! rakyat sudah muak dengan permainan kotor ini.
KATA ORANG
awat pakat bising perlantikan Adun dan Exco DAP Sheikh Omar sebagai ahli lembaga Yadim.. dia ada kelulusan dalam bidang Usuluddin.. Dulu PAS ok jer , takda bising pun bila Azeez Rahim peniaga... https://t.co/2xPB37omae
— Aqimmmmmmm (@MyNameIsAqim) January 30, 2019
Ironinya, klu betullah dap tu anti islam, sheikh tu dah kn pecat sbb terima jawatan tu atau dap akn tegas halang dia masuk yadim, tp x berlaku, kita doa semoga sheikh ni jd penghubung usaha dakwah yg bukan cara pas dgn dap, dibimbing oleh ustaz nik omar, tolong jgn cemburu
— Gibaok23 (@gibaok23) January 30, 2019
Apa masalah kalau letak Sheikh Omar sebagai ahli lembaga pemegang amanah YADIM- hanya sebab parti dia DAP ke?
— aponakdikato (@apanakdikato) January 30, 2019
Dia org islam, Melayu, lulusan Usuluddin, aktivis
Sblm ni letak org umno, bnyk jadi penyamun je.
Tak masuk akal alasan sebab apa tidak boleh terima Sheikh Omar sebagai ahli lembaga pemegang amanah YADIM- hanya sebab parti dia.
— Syahredzan Johan (@syahredzan) January 30, 2019
Islam, Melayu, lulusan Usuluddin, aktivis - semua tu tak penting, sebab dia DAP. Mengarut betul.