Langkawi dikenali sebagai pusat peranginan utama di Malaysia kerana kepadatan pelancong asing dan juga tempatan ke sana pada satu-satu masa.

Tarikan utama jika pelancong berkunjung ke Langkawi adalah Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Dataran Helang, kereta kabel, pantai Cenang, dan banyak lagi tempat yang boleh mereka terokai.

Tetapi baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata syarikat dari Korea Selatan yang berpusat di Pulau Nami membayangkan minat mereka untuk melabur kira-kira RM30 juta untuk memulakan pengembaraan ‘zipline’ dari paras ketinggian 700 meter, yang akan menjadikannya antara zipline paling mendebarkan di dunia.

Dan sudah tentulah, sektor pelancongan Langkawi akan berada di puncak tertinggi jika minat syarikat itu melabur dalam produk pelancongan dan menjadikan ia satu kenyataan kelak.

 

Sumber: Ziprider

Zipride di Dunia

Di Pulau Nami, Zipride dibina pada titik struktur tertinggi adalah kira-kira 20 meter.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata syarikat berkenaan, yang memegang francais bagi teknologi zipline Amerika Syarikat, hanya menerapkan kepakaran mereka di Pulau Nami yang telah pun menarik kunjungan ramai pengunjung yang menggemari aktiviti mendebarkan itu dari seluruh dunia.

Sumber: Book Me

Bagaimanapun, beliau perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), kerajaan negeri Kedah dan Anggota Parlimen Langkawi yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlebih dahulu.

Di Queenstown, New Zealand juga menawarkan perkhidmatan ini, dimana penunggang akan meluncur 130 meter di atas Sungai Kawarau dengan kelajuan sehingga 60kph. Pada akhir mereka akan diputar 180 darjah.

 

Projek Zipride Satu Pembaziran?

Walaubagaimanapun, timbul pula perdebatan netizen mengenai cadangan pembinaan zipride ini di Langkawi, ada yang mengatakan lebih baik menggunakan membuat satu projek yang lebih bermanfaat.

Mereka menyifatkan ia satu pembaziran. Dengan kos RM30 juta boleh membina lebih 20 buah hospital atau sekolah yang akan memberi manfaat kepada rakyat di Langkawi.

Namun projek ini boleh dilihat dari sudut ekonomi dimana ia merupakan pelaburan dari pihak luar untuk membangunkan Langkawi. Dengan Kos RM30 juta, pulangannya pasti berganda kerana kepadatan pelancong ke negeri itu.

Jika ingin menaiki kereta kabel perlu beratur panjang, apatah lagi Zipride yang kemungkinan bakal dibina di Langkawi ini.

Bayangkan harga tiket untuk kereta kabel bagi warganegara dewasa adalah RM40, kanak-kanak RM30.

Pelancong asing pula bagi dewasa RM55 dan kanak-kanak 40. Jadi kalau dengan jumlah pelancong yang datang ketika musim perayaan, cuti sekolah, Langkawi boleh mendapat keuntungan berpuluh atau mungkin beratus ganda dari pelaburan yang dikeluarkan.

Jumlah keuntungan itu kelak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan ekonomi dan keselesaan rakyat di Langkawi.

Zipride juga dipercayai akan menarik lebih ramai lagi pelabur ke Langkawi dan memodenkan negeri itu ke persada dunia dalam sektor pelancongan.

 

Menarik Lebih Pelancong

Sumber: Viator

Lebih 2,000 pemain industri pelancongan luar negara memberi maklum balas positif untuk menjadikan Langkawi sebagai lokasi pelancongan selepas mereka meneliti kawasan peranginan itu.

Berdasarkan perangkaan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), tahun 2017, Langkawi menerima 3.6 juta pelancong dan mereka menjangkakan jumlah itu meningkat kepada empat juta pada tahun 2020.

Sumber: Hippo On Tour

Peningkatan jumlah pelancong ini juga dibantu dengan kapasiti prasarana Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) yang ditambah baik bagi menampung jumlah kehadiran pelancong.

Dikatakan sebanyak 232 penerbangan seminggu kini untuk ke Langkawi, meliputi dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura dan empat penerbangan dari China.

Sumber: Langkawi Guides

Tidak kurang hebat juga bagi pelancong yang memasuki Langkawi menerusi jeti di Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

Kalau cuti perayaan atau cuti sekolah kepadatan pelancong sangat tinggi. Kadang-kadang hotel boleh penuh di sekitar Pantai Cenang dan bandar Kuah.

Tidak mustahil Zipride akan menjadi salah satu punca ekonomi di Langkawi.

KATA ORANG

No result could be fetched.

KATA ANDA

Perlukah Zipride dibina di Langkawi?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN