Setiap jodoh, ajal , maut telah ditetapkan oleh Allah dan  tidak boleh dipertikaikan. Sebab itu ada terjadinya adik berkahwin terlebih dahulu daripada kakak.

Situasi ini dipanggil sebagai langkah bendul.  Ia merupakan suatu perkara yang agak bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat dahulu.

Ini kerana orang dahulu berpendapat sepatutnya jika mengikut susunan, yang tua akan berkahwin dahulu daripada yang muda.

Sekadar Gambar Hiasan

Sekiranya adik berkahwin terlebih dahulu, kakak akan mendapat ‘hadiah’ dari bakal suami si adik. Ia dilaksanakan adalah untuk menjaga hati si kakak yang lebih berumur.

Pada zaman moden sekarang juga terdapat keluarga yang masih mengamalkan adat langkah bendul ini.

Tidak menyalahi syarak sekiranya ikhlas untuk memberikan hadiah tersebut.  Tetapi, jika berlebihan sehingga menjadi kewajipan dan mengundang beban kepada pasangan yang ingin berkahwin, maka ia menyalahi syarak Islam yang memudahkan perkahwinan.

 

Apa maksud Langkah Bendul

Mesti ada yang tertanya kenapa bendul dikaitkan dengan perkahwinan kan? Bendul mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud balok kayu yang dipasang dari tiang ke tiang untuk menegakkan rumah atau menutup lantai.

 Bendul di muka pintu (pintu depan) mempunyai fungsi sebagai ‘sempadan’ iaitu pemisah antara bahagian luar dengan dalam rumah.

Sumber: Vocket

Dalam ungkapan Melayu lama, disebut ‘pintu muka menyambut adat’. Maka ada yang menyebut bendul ini sebagai ‘batas adat’.

Jadi, apabila adik berkahwin terlebih dahulu dari kakak, orang dahulu mungkin menanggap ianya melangkaui batas adat.

 

Adat vs Agama

Apa yang dapat dilihat, masyarakat melayu lebih mengutamakan adat daripada agama. Mereka menganggap jika tidak mengikut adat, habislah melayu di dunia ini. Sedangkan di dalam Islam tidak ada masalah atau tidak menjadi kesalahan untuk adik berkahwin dahulu daripada kakak.

Islam mengajar untuk bertolak ansur dan berkasih sayang. Jika si kakak mahupun si adik yang bertemu jodoh terlebih dahulu, maka segeralah berkahwin untuk menghalalkan hubungan dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak sepatutnya.

Sebaliknya jika mengikut adat orang Melayu, kalau si adik berkahwin dahulu sebelum kakak (langkah bendul), si kakak akan makin susah untuk dapat jodoh.

Selain itu, mereka juga menyifatkan ianya adalah satu penghinaan terhadap si kakak dan kakak akan berasa terhina.

Di zaman moden ini mungkin tidak terpakai dengan adat tersebut terutama wanita lebih mengutamakan kerjaya dari jodoh.

 

Sepersalinan Pakaian

Sebagai kakak, jika mengetahui adik mahu bernikah dulu darinya, sudah pasti perasaan gembira menguasai diri tetapi dalam masa yang sama pasti ada sekelumit rasa sedih di dalam hati. Sedih kerana adik sudah tidak akan tinggal sebumbung juga sedih kerana diri masih belum disunting lagi.

Walaupun dalam Islam tidak ada istilah langkah bendul, Islam jugak mengajar kita bertoleransi dan menjaga perasaan sesama insan apatah lagi keluarga sendiri. Sebab itu adat langkah bendul ini diwujudkan supaya kakak tidak terlalu berasa hati sangat dengan pernikahan si adik.

Jadi, dalam adat ni, bila sesorang itu ingin berkahwin langkah bendul, maka disyaratkan pengantin mesti memberikan hadiah atau sepersalinan kepada kakak seperti mana si adik ini terima dari bakal suami. Untuk apa? Ia bagi menjaga perasaan kakak.

Sekadar Gambar Hiasan

Tetapi adat ini jadi mengarut apabila ada yang menetapkan untuk mendapat emas, berlian dan barangan mahal yang lain. Bayangkan jika si adik mempunyai tiga atau empat kakak, takkan semuanya mahu diberikan emas berlian?

Untuk mengikut adat haruslah berpada-pada jangan sehingga membebankan dan melanggar hukum syarak.

 

Tips Sebagai Kakak Langkah Bendul

Sebagai kakak juga, anda perlulah memahami adik anda. Jangan membebankan dia dengan perkara yang tidak wajar. Sekiranya adik menyatakan niat mahu berkahwin dahulu, sokonglah niat mereka.  Berkahwin adalah lebih baik bagi mereka daripada keluar berdua tanpa ikatan yang halal dan sah.

Selain itu, janganlah kakak susahkan adik dengan pelbagai pemintaan hadiah. Jika adik ikhlas untuk memberi, kita menerima tetapi janganlah meminta. Jangan disebabkan hasutan orang luar, kakak tidak menghiraukan kesusahan adik untuk menyiapkan semuanya.

Kakak juga perlu bersikap positif . Apabila positif, maka kakak tidak akan bersedih hanya kerana adik akan kahwin dahulu sebelum kakak. Jodoh setiap orang telah ditetapkan sama ada cepat atau lambat sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah masih relevan untuk menggunakan adat 'Langkah Bendul' dalam zaman sekarang ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN