Jika sebelum ini, Taman Nasional Komodo, di Indonesia ditutup selama setahun bagi meningkatkan populasi komodo disebabkan jumlah populasi habitat itu semakin berkurangan setiap tahun.

Sumber: Tibet Discovery

Kini, kerajaan China pula mengambil langkah untuk menutup Everest Base Camp di bahagian sempadan negaranya kepada pendaki serta pelancong berikutan lambakan sampah yang ditinggalkan oleh mereka.

Besar kemungkinan, permit untuk mendaki ke puncak gunung ini juga hanya dihadkan sebanyak 300 permit setiap tahun.

Adakah disebabkan penguatkuasaan yang lemah menyebabkan pendaki ini berani meninggalkan timbunan sampah mereka begitu sahaja? Atau sikap pendaki itu sendiri?

Di mana pergi kesedaran sivik itu? Sama-sama kita fikirkan.

 

Pendaki Masih Kurang Kesedaran Sivik

Sumber: The Vocket

Melihat kepada keadaan sampah yang bertan-tan, jelas sekali menunjukkan kurangnya kesedaran sivik mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan pelancong dan pendaki.  

Memang, aktiviti mendaki gunung ini sesuatu yang mencabar dan memerlukan kekuatan emosi serta fizikal, tetapi tindakan membuang sampah di merata-rata tempat itu adalah sesuatu yang tidak wajar.

Sumber: Tibet Travel

Sudahlah, glasiar semakin mencair disebabkan kepanasan global, ditambah pula dengan lambakan sampah sarap manusia, ianya boleh menyebabkan berlakunya pembebasan bahan bertoksik ke udara selain mengundang masalah kesihatan disebabkan sisa-sisa kumbahan manusia yang tidak diuruskan dengan baik.

Manakala sekiranya sampah itu ditanam, bahan-bahan bertoksik itu kemudiannya dikhuatiri akan diserap tanah, sekaligus menjejaskan kualiti tanah itu pula.

 

25 Tan Sampah Di Gunung Everest

Memang tidak dinafikan, Gunung Everest adalah antara kawasan tumpuan pelancong dari seluruh dunia yang kagum dengan kemegahan puncak tertinggi di dunia itu.

Tidak kurang juga kepada mereka yang gemarkan cabaran dan mahu mempertaruhkan nyawa untuk mencabar diri bagi menakluk salah satu keajaiban dunia.

Sumber: Dailymail

Jika dilihat menerusi gambar yang dikongsikan beberapa portal media antarabangsa, amat sedih sekali apabila gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8,850 meter itu turut sama dijadikan tempat buangan sampah tertinggi dunia.

Apa yang lebih mengejutkan, pada 2017,  anggaran nilai sampah yang ditinggalkan di kem-kem oleh pelancong dan pendaki mencecah sehingga 25 tan sampah!

Bukan sahaja bekas makanan, keluli, botol plastik, tin minuman alkohol, khemah pendaflour, peralatan pendakian, tong gas kosong yang ditinggalkan malah mayat manusia yang sudah reput serta najis manusia juga dikatakan bersepah di laluan ke puncak gunung.

Sayang bukan apabila gunung yang menjadi kekaguman masyarakat dunia, dicemari begitu sahaja tanpa dibersihkan.

 

Kenakan Arahan Baru ‘Kutip Sampah’

Sumber: thestar.com

Sebelum ini, ada sahaja penguatkuasaan dibuat oleh kerajaan Nepal dengan melaksanakan deposit sampah sebanyak AS$4,000 (RM15,000) bagi setiap pasukan yang akan dipulangkan jika setiap pendaki membawa turun sekurang-kurangnya lapan kg sampah.

Sementara di Tibet pula, setiap pendaki dikehendaki untuk membawa turun jumlah sampah sama dan sekiranya tidak, mereka bakal didenda AS$100 (RM400) setiap kg.

Dan yang terbaru, mereka turut mengambil langkah dengan menutup Everest Base Camp di bahagian sempadan negaranya kepada pelancong yang ingin mendaki dan mungkin jumlah pendaki juga akan diterhadkan kepada 300 setiap tahun. 

Sumber: Youtube

Manakala bagi pelancong biasa, mereka hanya dibenarkan mendaki sehingga ke Rongbuk Monastery sahaja. 

Ya, mungkin inilah cara yang berkesan untuk mengurangkan jumlah sampah sekaligus mendidik pendaki serta pelancong untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat termasuk di kawasan kem memandangkan penguatkuasaan pada hari ini dilakukan lebih ketat lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah dengan mengenakan denda serta arahan baru yang mengkehendaki pendaki serta pelancong untuk mengutup sampah sekurang-kurangnya 8kg, satu langkah yang baik?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN