Kewujudan kamera intip atau spycam yang menyerupai pelbagai objek seperti penyangkut baju, pen, pemetik api kini dilihat bagai cendawan tumbuh memandangkan orang ramai boleh membelinya di dalam talian dengan harga murah.

Namun, kamera intip ini sering disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan mengintip dengan meletakkan kamera tersebut di dalam tandas tanpa disedari untuk merakam gambar atau video.

Bukan sahaja di dalam tandas, kamera intip sebegini juga sering dijumpai di bilik persalinan baju perempuan, atau di beberapa bahagian di dalam hotel mahupun kedai.

Baru-baru ini, satu lagi kes kamera intip menyerupai pemetik api menjadi tular di media sosial apabila seorang netizen memuat naik gambar tersebut di laman Twitter sehingga menjadi perbualan hangat netizen yang berpendapat tindakan itu adalah bagi tujuan tidak sepatutnya.

 

Kamera Intip Sering Diletak Di Dalam Tandas

Sumber: Suka Viral

Dengan lambakan kamera intip sebegini di pasaran, amat mudah sekali mereka lakukan perbuatan terkutuk ini untuk mengintip kaum wanita.

Walaupun sebelum ini sudah banyak kes melibatkan kamera intip seperti penyangkut baju menjadi tular di media sosial namun kini mereka menggunakan kamera intip berbentuk pemetik api pula.

Sumber: Oh Bulan

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Sopie Ahmad itu dikatakan menjumpai pemetik api tersebut di dalam tandas sebelum mendapati pemetik api itu merupakan kamera intip!

Selepas menyemak pemetik api tersebut, terdapat juga kad memori di dalamnya.

Jumpa pula di dalam tandas, jelas sekali si pelaku ini mempunyai niat yang tidak baik untuk mengintip mangsa.

 

Kamera Intip Mudah Dibeli Di Dalam Talian

Sumber: Oh Bulan

Dalam perkara ini, timbul persoalan mengapa pengendali laman dengan sewenang-wenangnya boleh membenarkan peniaga menjual alat yang jelas sekali boleh disalahgunakan untuk tujuan melakukan jenayah.

Seperti apa yang dikongsikan oleh salah seorang netizen, mereka mengatakan bahawa kamera intip sebegini boleh didapati di laman jual beli popular pada harga sekitar RM50 hingga RM153.96 sahaja.

Selain boleh dibeli di dalam talian, kamera intip ini juga boleh dibeli di kebanyakan kedai perkakas elektrik di sekitar Jalan Pudu, Chow Kit dan Jalan Petaling.

Sumber: Harian Metro

Kejadian yang menimpa mangsa ini bukan kali pertama dilaporkan berlaku malah sebelum ini juga sudah banyak aduan diterima mengenai kes-kes sebegini yang mana tahun lalu seorang remaja perempuan terkejut apabila menemui kamera tersembunyi di dalam penyangkut baju yang diletakkan di dalam tandas sebuah rumah tumpangan di Selayang.

Apa yang membimbangkan, sekiranya mangsa tidak menyedari adanya kamera intip tersebut, segala gambar dan rakaman yang dibuat menerusi kamera tersebut akan dijadikan sebagai bahan lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Malah, ada juga yang menggunakannya untuk dijadikan sebagai bahan ugutan si pelaku terhadap individu tertentu.

 

Kes-Kes Melibatkan Kamera Intip Yang Dilaporkan

Sumber: SAYS Seismik

Sebelum ini, banyak laporan mengenai kamera intip dilaporkan yang mana pada 26 Oktober 2018, seorang pengguna Facebook, Muhammad Khairuldin Zulkefli turut berkongsi kejadian sama melibatkan kes kamera intip yang dipasang di dalam tandas sebuah kedai mamak yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menurutnya, kamera tersebut menyerupai penyangkut baju yang diletakkan pada paras pinggang yang diletakkan di dalam tandas lelaki dan wanita.

Malah pada tahun 3 Februari 2014 juga turut dilaporkan berita mengenai tiga kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam tandas anggota kesihatan wanita di Unit Kecemasan, Hospital Bentong, Pahang.

Kegiatan sebegini boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan wanita kerana segelintir pengintip ini dipercayai menggunakan gambar serta video untuk menghasilkan cakera padat video (VCD) lucah bagi tujuan komersial atau untuk kepuasan diri sendiri.

Tidak kira kaum wanita mahupun lelaki, anda dinasihat untuk lebih berhati-hati dengan memeriksa kawasan sekitar tandas, bilik hotel mahupun bilik persalinan baju yang sering menjadi lokasi kamera intip sebegini.

Ada beberapa tips yang boleh kita ambil untuk mengesan kamera tersembunyi:

  • Periksa sekeliling bilik dan perhatikan mana-mana barang yang ada di dalam bilik yang kelihatan mencurigakan seperti susunan bunga dalam pasu, gambar yang tergantung di dinding dan sebagainya.
  • Periksa sekali smoke detector atau speaker, kerana kamera tersembunyi sering dipasang di dalamnya.
  • Periksa juga mana-mana wayar yang didapati mencurigakan.
  • Dengar dengan teliti dan pastikan keadaan bilik sunyi. Biasanya kamera tersembunyi ini akan mengeluarkan bunyi click atau buzz apabila beroperasi.
  • Tutup lampu dan perhatikan jika ada lampu kecil yang berwarna merah atau hijau.
  • Guna handphone dan cuba telefon seseorang. Jika ada bunyi yang menganggu panggilan tesebut, maknanya panggilan tersebut diganggu oleh electromagnetic field dari alatan lain seperti kamera.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah kerajaan memantau penjualan kamera intip yang dilihagt semakin berleluasa di pasaran masa kini?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN