Kehadiran motosikal di laluan utama jalan raya menimbulkan rasa tidak senang bagi pengguna yang memandu kereta.

Mereka yang menunggang motosikal di laluan tengah dan kanan jalan raya dianggap bahaya kerana lebih berisiko berlakunya kemalangan. 

sumber: Harian Metro

Dalam kesesakan lalu lintas, kehadiran mereka ini tidak digemari, kerana mereka yang menunggang motosikal ini lalu di tengah-tengah laluan kereta sehingga berlaku sedikit kerosakan pada kereta akibat bergesel dan ada yang sampai tercabut cermin sisi.

Adakah perkara ini salah mereka yang menunggang motosikal? Soalan ‘mengapa tidak guna laluan motosikal?’ mungkin akan dibalas dengan ‘apa lagi pilihan yang kami ada?’.

 

Cadang Laluan Khas Untuk Motosikal

Hampir semua jalan raya di Kuala Lumpur dan juga bandar-bandar lain sudah mempunyai laluan motosikal. 

sumber: MotoMalaya

Menurut Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) , Datuk Suret Singh, penyediaan laluan khas untuk motosikal mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya .

Tambahnya, langkah tersebut perlu disokong dengan penguatkuasaan yang efektif bagi mengelak penyalahgunaan laluan oleh kenderaan lain.

 

Keadaan Laluan Khas Yang Teruk

Antara punca mengapa pengguna motosikal tidak menggunakan laluan khas yang disediakan adalah disebabkan jalan yang berlubang dan pecah, laluan sempit dan terlalu gelap lebih-lebih lagi pada waktu malam. 

sumber: MotoMania

Itu sebab pengguna suka menggunakan laluan utama walaupun sudah tahu boleh mendatangkan risiko kepada mereka.

Sudah la gelap, keadaan jalan pula teruk ditambah dengan jalan berlubang, berlopak dan tidak rata serta berpasir sudah pasti pengguna tidak akan memilih untuk menggunakan laluan khas ini.

 

Terdedah Kepada Jenayah Samun

Jika diteliti, penggunaan laluan motosikal juga lebih berisiko tinggi terutamanya pada waktu malam.

Dengan keadaan tidak ada lampu, pengguna laluan khas tersebut hanya bergantung kepada lampu laluan utama sahaja.

Jenayah samun sangat mudah terjadi kerana tidak banyak kenderaan dan lebih berisiko terjadi pada waktu malam.

 

Perlu Kepada Tindakan Segera

Baru-baru ini, mereka yang tidak menggunakan laluan khas yang disediakan telah disaman dalam Ops Selamat 14 di Kilometer 2.5 Lebuh raya Koridor Guthie (GCE).

Sebanyak 232 saman telah dikeluarkan oleh PDRM ketika operasi berkenaan.

sumber: Kosmo

Jumlah saman yang begitu banyak disebabkan kesalahan tidak menggunakan laluan khas motosikal menunjukkan pihak berkuasa dan kerajaan perlu membuat penelitian dalam menyelesaikan masalah berkenaan laluan tersebut.

Bagi pengguna, mereka lebih rela di saman daripada terpaksa mengharungi risiko yang tidak menjamin keselamatan mereka.

Selain itu, pihak PDRM juga perlu membuat rondaan berkala di semua laluan motosikal yang dirasakan berisiko tinggi berlakunya jenayah serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) juga perlu meningkatkan kualiti laluan khas penunggang motosikal agar kemudahan itu selamat dan selesa digunakan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Setuju atau tidak jika kenderaan motosikal berkuasa tinggi juga perlu menggunakan laluan khas tanpa sebarang alasan?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN