Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang memaklumkan bahawa dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas memakan laksa yang dijual di gerai di Kampung Landak Kupang, Baling di Kedah.
Dua individu disahkan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan laksa kebok di gerai berkenaan 6 Oktober 2018.
Difahamkan laksa itu diperbuat diperbuat daripada kebok, iaitu alat pemutar tradisional yang menghasilkan laksa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan notis perintah tutup premis ke atas gerai tersebut kerana disyaki mempunyai kaitan dengan 19 kes keracunan makanan termasuk melibatkan dua kematian.
Penutupan premis tersebut berkuat kuasa serta merta di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Berdasarkan notis yang dikeluarkan, gerai laksa itu diarah tutup sehingga kerja-kerja membasmi kuman, serangga, tikus dan apa sahaja keadaan yang menyebabkan bermula serta merebak penyakit berjangkit kepada orang ramai dilakukan dengan sempurna.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, sembilan kes dengan dua kematian dilaporkan di negeri Perak manakala 10 lagi kes dilaporkan berlaku di negeri ini.
Tunggu Keputusan Sampel
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sudah menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap premis terbabit dan siasatan mendapati ramuan laksa yang dijual tiada kaitan dengan ‘Iceberg Lettuce’ seperti yang tular di media sosial.
Buat masa ini masih menunggu keputusan daripada sampel makanan yang sudah dihantar ke makmal untuk analisa. Selain itu, sampel najis daripada dua kes keracunan makanan di Baling adalah positif Salmonella spp.
Penjual Laksa Akui Tertekan
Daud Ismail merupakan penjual laksa di gerai berkenaan, berkata dia sudah berniaga hampir 15 tahun dan tiada kes seumpamanya direkodkan. Beliau akui agak tertekan dengan isu yang membabitkan gerainya kerana menjejaskan punca pendapatannya.
Daud yang berasal dari Kampung Landak, Kupang, yakin laksa yang dijual sejak 2003 tidak tercemar kerana disediakan dengan baik seperti biasa.
Beliau juga memberitahu, dengan pelbagai berita yang tular ketika ini menunjukkan seolah-olah dia sudah diputuskan bersalah. Beliau mahu pihak luar menunggu keputusan sampel dan tidak membuat sebarang kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan.
Keluarga Mangsa Fobia Makan Laksa
Siapa yang tidak fobia? Laksa yang dimakan telah menyebabkan ahli keluarga kita sendiri meninggal. Mungkin laksa adalah asbab berlakunya kematian.
Sementara itu, menurut seorang doktor iaitu Dr Rushdan Noor, beliau menyatakan penyakit bawaan makanan jangan diambil ringan kerana makanan keperluan harian manusia.
Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.
Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh jangan makan di luar.
Yang penting banyakkan meminum air masak untuk lebih selamat. Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.
Dan punca kematian juga telah dijelaskan oleh Dr Rushdan seperti ini:
KKM Perlu Turun Padang Siasat Gerai Kotor
Rasanya pihak kesihatan perlu memantau dengan lebih kerap gerai-gerai makan ditepi jalan, semak kebersihan makanan, bahan mentah, bekas-bekas simpanan makanan, alat membuat makanan, persekitaran dan sebagainya.
Jangan tunggu aduan baru nak siasat, kita tidak mahu perkara ini berulang lagi. Bukan hanya restoran besar perlu gred kebersihan, gerai kaki jalan juga perlu pemantauan.
KATA ORANG
What caused such mass food poisoning? Mmg beracun bena kah laksa itu? I've been eating laksa since forever, various of laksa, but this baffles me. Smh https://t.co/ft0Ja6ct4x
— BənNvsz (@Nvszhrnl) October 12, 2018
kes laksa beracun tu aku suspek pekerja diorg jgk yg khianat. Kalu ko cmpur racun paraquat(racun rumpai) dlm 5ml kawah laksa pon, laksa tetap rasa laksa tk de rasa racun...
— Rahmat (@Maxim_Rahmat) October 12, 2018
Mcm2 bala, lepas arak beracun, laksa pulak beracun tapi menteri2 PH sibuk nak sokong pesta arak
— S.Ismael (@norris_anggun71) October 11, 2018
@ndiane_ RT @lanzpara: Kes laksa beracun yang menyebabkan kematian,elok buat masa ni stop gunakan salad,singapore dah haramkan salad import. pic.twitter.com/LXOMqN9284
— Asyraf Ibrahim® (@asyraffe) October 11, 2018